Jika sebelum ini, Datuk Seri Ahmad Maslan sering berkongsi resipi masakannya di laman sosial, kini Ahli Parlimen Pontian itu sering 'makan luar' dan berkongsi resit makanan yang dianggapnya mahal sejak pelaksanaan Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST). Menerusi laman Twitternya kebelakangan ini, Ahmad Maslan sering 'mengeluh' dengan harga makanan di restoran yang dianggapnya mahal sejak pelaksanaan cukai berkenaan. Selain berkongsi gambar resit, Ahmad mendedahkan terdapat 'caj tersembunyi' dikenakan beberapa restoran tersebut. Tindakan Ahmad Maslan itu bagaimanapun mendapat kecaman netizen memandangkan beliau sebelum ini tidak pernah berkongsi mana-mana resit di laman sosial ketika era Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) dilaksanakan. Dalam masa sama, netizen juga menyindir Ahmad Maslan yang kini sudah jarang 'masuk dapur', sebaliknya kerap makan di luar sejak cukai SST dilaksanakan. Masa GST dulu, tak ada pun kongsi resit di Twitter "Zaman GST dia kata harga murah, tapi selalu masak dan cipta resipi tanpa GST. "Tapi, zaman SST dia kata harga melambung, tapi asyik makan di luar," sindir netizen. Malah, ada yang menyifatkan Ahmad Maslan sebagai seorang tidak tahu malu dan bersikap seperti meludah ke langit. Saya tak lah bodoh sangat - Ahmad Maslan "Kalau tak nak SST, beli beras makan nasi goreng tanpa SST. Ahmad Maslan ni macam meludah ke langit, tak tahu malu ke?" perli netizen. Bumbu Desa Malaysia juga telah menjelaskan hal sebenar berhubung 'caj tersembunyi' didakwa Ahmad Maslan, namun dipercayai beliau masih belum membalas tweet berkenaan. Dah balas tweet Bumbu Desa belum? Mungkin selepas ini Ahmad Maslan boleh cipta resipi tanpa SST untuk dikongsikan bersama rakyat yang tidak mampu makan di luar? - CARI
|
41
Bagus |
21
Marah |
32
Terkejut |
29
Sedih |
31
Lawak |
47
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
lolita737: xpernah xkelakar dia ni..
Foxey replied at 21-9-2018 06:02 PM
Tak sangka banyak gak resipi dia dulu2
matkpop replied at 21-9-2018 09:54 PM
gigih nya snap segala. kat sarawak plak tu, jauh nau.
matkpop replied at 21-9-2018 09:55 PM
nak belajar resipi dia tak?
Foxey replied at 22-9-2018 01:18 AM
Naik apa tu boleh sampai in 20 mins?
ADVERTISEMENT