CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Suami Tampar, 'Ragut' Beg Isteri OKU

20-9-2018 05:40 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 2437| Komen: 11

Description: Seorang lelaki ditahan reman selepas 'meragut' beg tangan milik isterinya hingga mengalami kecederaan.
Seorang lelaki ditahan reman selepas 'meragut' beg tangan milik isterinya hingga mengalami kecederaan.

Sinar Harian melaporkan, suspek, 47, menyerang isterinya yang juga seorang Orang Kelainan Upaya (OKU) lembam di Jalan Balik Bukit, Kuala Terengganu kira-kira jam 10 pagi Rabu.



Gambar Hiasan

Difahamkan, mangsa berusia 36 tahun itu bekerja sebagai pembantu kedai makan dan sedang berjalan kaki berseorangan untuk ke tempat kerja sebelum diserang suaminya.

"Mangsa dihampiri sebuah kereta dipandu suspek sebelum bertindak menghalang perjalanannya.

"Kemudian, suspek keluar daripada kenderaan itu dan menampar muka mangsa beberapa kali, lalu meragut beg tangan dibawa wanita itu sebelum beredar.


"Tergamam diperlakukan sedemikian oleh suaminya, mangsa tidak mampu berbuat apa-apa dan hanya melihat begnya yang mengandungi dokumen penting termasuk lesen memandu, kad pengenalan dan kad bank serta wang tunai RM100 dilarikan lelaki itu," kata sumber kepada Sinar Harian.

Menurut laporan, perbuatan suspek didorong rasa tidak puas hati kerana mangsa masih berdegil tidak mahu pulang ke rumah selepas puas dipujuk.

Tambah sumber, kejadian itu menyebabkan mangsa mengalami kecederaan di lutut kerana terjatuh ketika diragut dan sakit di muka akibat tamparan suaminya.

Polis kemudian membuat tangkapan sejurus laporan dibuat dan suspek diperintahkan Mahkamah Majistret Kuala Terengganu supaya ditahan reman selama empat hari untuk membantu siasatan mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan/18(A) Akta Keganasan Rumah Tangga 2012. - CARI
19

Bagus
23

Marah
18

Terkejut
31

Sedih
21

Lawak
17

Bosan

Friends Rank (129 people)

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote zulka 20-9-2018 04:50 PM
macam2...
Quote supernaturalee 20-9-2018 04:57 PM
sape yg lembam sbnrnya ni

ape pny laki lah

Quote Aerhys 20-9-2018 04:58 PM
Jahatnya suami tergamak ragut isteri sendiri. Dah la isteri tu oku pula
Quote noor2 20-9-2018 05:02 PM
Macam2 masalah laki bini sekarang ni. ..hehe. ...ada yang sampai berbunuh pun ada. ...
Quote shernazz 20-9-2018 05:39 PM
Udah kenapa
Ko kawen dgn org lembam plak tu..
Choi lah...
Ke ko yang lembam.skali sebenornye
Quote EvieWanKenobi 20-9-2018 06:58 PM
harap dah kena tangkap..
Quote putericahaya999 20-9-2018 08:18 PM
keje malas
menyusahkan bini je kejenye
Quote clarizsa 20-9-2018 10:52 PM
Oh org lembam pun boleh kawin rupanyaa
Quote buapakperut 20-9-2018 11:13 PM
ke tersalah ragut bini sendiri? kesian isteri tu dahle oku, dpt suami syetan
Quote Foxey 20-9-2018 11:56 PM
Sampai macam ni sekali
Quote DARSITA 21-9-2018 01:14 AM
emak ayah si isteri akan menasihati anak mereka supaya kembali kepangkuan suami. Si isteri pun tak buat report polis sebab sayangkan laki tak berguna itu  lagi.

Lihat semua komen(11)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 06:03 PM GMT+8 , Processed in 0.270461 second(s), 40 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top