CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

Kesian Gila Perempuan Tu, Dia Dah Bangga Dengan Teman Lelakinya Yang Romantik. Rupanya...

21-9-2018 10:00 AM| Diterbitkan: Cari-Zidni| Dilihat: 11567| Komen: 25|Original author: Oleh: Whitney

Description: Antara perkara yang membahagiakan dalam hidup adalah mempunyai pasangan yang sentiasa menemani dan ada di saat kita sedih dan gembira. Semestinya, ramai yang inginkan pasangan yang mengambil berat, be ...


Antara perkara yang membahagiakan dalam hidup adalah mempunyai pasangan yang sentiasa menemani dan ada di saat kita sedih dan gembira. Semestinya, ramai yang inginkan pasangan yang mengambil berat, bertolak ansur dan memahami tetapi bukan semua orang mendapat pasangan sebegitu bukan? Bagi menyemarakkan hubungan pula, pelbagai cara yang dilakukan oleh setiap pasangan yang bercinta untuk menunjukkan ketulusan cinta dan kasih sayang mereka sama ada dengan memberi hadiah, bunga atau kata-kata romantis.

Seorang pengguna twitter telah memuat naik status yang diambil dari status twitter seorang wanita. Status tersebut mempunyai 'screenshot' perbualan seorang wanita dengan teman lelakinya yang berasa terharu dan bahagia apabila teman lelakinya menghantar kata-kata romantis buat dirinya. Tetapi, yang lucunya, rupa-rupanya kata-kata romantis yang ditulis itu bukanlah karangan ayat teman lelaki wanita itu sendiri tetapi diambil daripada status pengguna twitter yang lain.




Acah-acah romantis la kononnya

Rata-rata netizen tergelak dan terhibur dengan status lelaki ini yang dengan sengaja membongkar perangai sesetengah lelaki yang acah-acah romantis dan 'plastik' dalam hubungan cinta.




Kesian kat wanita yang dapat teman lelaki macam tu

Malah, beberapa orang netizen berasa kasihan dengan wanita tersebut yang begitu teruja memuat naik status di twitternya bagi menunjukkan betapa bahagia mempunyai teman lelaki yang dilihat begitu ikhlas mencintainya melalui kata-kata yang diberikan. Bagaimanapun, ia agak memalukan kerana ayat daripada teman lelakinya itu sama seperti status yang dimuat naik oleh seorang pengguna twitter yang lain.



Lebih baik dapat teman lelaki tak romantik

Netizen turut tertanya-tanya adakah wanita ini sudah mengetahui tentangnya? Ada netizen yang berasa lebih baik mempunyai teman lelaki yang tidak terlalu romantis dari segi kata-kata kerana ia belum tentu lahir ikhlas dari hati.


Bak kata orang, dalam bercinta dan berkasih sayang perlulah berpada-pada. Jangan mudah terpengaruh dengan kata-kata yang manis sahaja kerana ia belum membuktikan kasih sayang yang sebenar. Setuju tak? - CARI 

8

Bagus
28

Marah
8

Terkejut
11

Sedih
20

Lawak
15

Bosan

Friends Rank (90 people)

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote slipar_jepon 21-9-2018 10:06 AM
byk main twitter ni hahaha
Quote kikuri 21-9-2018 10:28 AM
maybe pakwe dia tak taw nak beromantis bagai... tu yang copi paste ayat twitter tu... akak husnuzon
Quote meow_tompok 21-9-2018 11:34 AM
kesiannya pompuan ni... cepat betul jadik sayur
Quote Artemesiaa 21-9-2018 12:09 PM
Jenis kuat berangan cepat cair dengan kata2 cam ni sebab banyak hidup dalam mimpi dan angan2 dari reality sebenar kehidupan
Quote hasniey 21-9-2018 12:48 PM
Ala...ayat kopipes pon kalau ikhlas apa salahnye.igt semua org ni mcm penulis novel ke?ayat2 cinta romantis dh brsusun dlm kepala
Quote BoLapciOus 21-9-2018 01:20 PM
Xckup romantik lg nk melting tu
Quote gerbera.memopad 21-9-2018 01:43 PM
Sampai kahwin je ke you're my only one dia tu. Lepas dah kahwen? You're one of my two... three... four? Bahayanya
Quote bakingsoda 21-9-2018 01:49 PM
gf tanya dah subuh ke kul 630, bf kul 8 baru reply husnuzon dia duduk masjid sampai dhuha baru balik cek phone
Quote kakyungpilah85 21-9-2018 02:45 PM
bakingsoda replied at 21-9-2018 01:49 PM
gf tanya dah subuh ke kul 630, bf kul 8 baru reply  husnuzon dia duduk masjid sampai dhuha baru ba ...

haha..kan...mana tau kot2 tolong pak imam lipat sejadah pas dhuha ke kan...
Quote kakyungpilah85 21-9-2018 02:46 PM
haha...ayat macam ni masa nak mengayat je...cube kalau dah kahwin...mampus la nak dpt ayat macam ni
Quote helicornia 21-9-2018 03:39 PM
gelinya bf bagi ayat gitu
Quote gummiebear 21-9-2018 04:11 PM
Dah apa yang nak disampaikan adalah sama, so yeah copy paste je lah
Quote Sazida 21-9-2018 04:27 PM
tak pernah dpt ayat mcm ni dari suami iols. katanya geli nk mengarang ayat2 kasanova... paling sweet dpt pun love you masa dia nk tidur. tu jerrr
Quote Foxey 21-9-2018 05:22 PM
Agaknya boyfriend dia ni nak luahkan perasaan tapi tatau camana nak cakap. Tengok kat Twitter ada ayat cantik, apa lagi, kopi pes je la.
Quote PandaSaka 22-9-2018 06:38 PM
apasal part gemuk hitam kulit tak licin tu dia padam? hahaha
Quote salmon-suki 22-9-2018 08:15 PM
Mana lg better,bf y romantis atau bf y acah2 romantis atau bf y x romantis?huhuhu~
Quote salmon-suki 22-9-2018 08:15 PM
Mana lg better,bf y romantis atau bf y acah2 romantis atau bf y x romantis?huhuhu~
Quote purpler 23-9-2018 08:18 AM
Sazida replied at 21-9-2018 04:27 PM
tak pernah dpt ayat mcm ni dari suami iols. katanya geli nk mengarang ayat2 kasanova... paling sweet ...

orang yang belum kahwin je yang selalu buat ayat macamni....
teringat ada penceramah dari indonesia kata....
orang yang belum kahwin ni puisi pun sanggup dia copy-paste....
kesian yg perempuanlah... sampai ke sudah syok sendiri
ni ceramahnya pasal macammana nak mencintai seseorang... https://www.youtube.com/watch?v=2pW6TGW56-Q
Quote umbut 23-9-2018 08:28 AM
purpler replied at 23-9-2018 08:18 AM
orang yang belum kahwin je yang selalu buat ayat macamni....
teringat ada penceramah dari indones ...

Betul... sebelum kahwin romantik bagai.. dah dpt, lepas kahwin... hilang jiwang2.. sebab lelaki fokus pd tanggungjawab pas kahwin.. katanya

Lihat semua komen(25)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 12:50 AM GMT+8 , Processed in 0.064303 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top