Sejak jumlah nilai aset rampasan didedahkan, semakin kuat suara netizen mengecam mantan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor.
Jika sebelum ini, beg tangan Birkin menjadi bualan, kini beg jenama Bijan pula mencuri tumpuan masyarakat hingga rata-rata netizen menjadikannya bahan jenaka kononnya beg berkenaan menjadi pilihan Rosmah kerana jika diterbalikkan ejaannya, ia akan mengeja nama NAJIB. Tak kurang juga yang membandingkan nilai rampasan barangan mewah 'bekas Wanita Pertama' itu dengan Imelda Marcos, isteri kepada bekas presiden Filipina iaitu Ferdinand Marcos.
Dalam pada itu, sempat juga netizen menyindir kenyataan mengenai Rosmah yang dikatakan terkejut dengan jumlah dan nilai barang yang dirampas dari kediaman mereka. Banyak sangat sampai tak tahu berapa jumlahnya "Suami lain selalu tahu sebab isteri biasanya minta duit daripada suami bila nak beli apa-apa," sindir netizen. Malah, barangan kemas yang dinyatakan terutama tiara menjadi topik hangat diperkatakan di laman sosial. Rosmah dengan Najib fefeeling princess Barbie ke? "Dia ingat dia Sailormoon ke apa weh? "Ingatkan Dato Vida je gila pakai tiara. "Tiara tu hadiah juga ke? Seriuslah Rosmah ramai peminat," perli netizen. Sementara itu, ramai mempersoalkan hadiah diterima Rosmah memandangkan kebanyakannya lebih kepada keperluan wanita. Kenapa ramai bagi hadiah kepada Rosmah berbanding Najib? "Tak ada ke barang Najib dirampas seperti tali pinggang berharga RM5o ribu ke?" soal netizen. Lucu pun ada juga apabila melihat reaksi netizen terhadap Najib dan Rosmah. Pun begitu, ada benarnya juga tanda tanya mengenai hadiah yang mereka terima. Mengapa kebanyakan hadiah diterima merupakan barangan mewah yang lebih kepada aksesori wanita? - CARI |
20
Bagus |
12
Marah |
16
Terkejut |
14
Sedih |
18
Lawak |
22
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
munchkin: Cenderamata yg tun dapat dia pamer kat muzium langkawi sana. Setahu i depa rotate pameran. Sebab ada cenderamata dia tak dipamerkan disimpan di bilik2 ...
Cyempaka replied at 28-6-2018 10:25 PM
Aku bayangkan dia dok sorang2 dalam bilik pakai tiara dan ketawa depan cermin. Hahahha msia ni aku y ...
ADVERTISEMENT