CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Menyamar Jadi Pegawai SPRM, Bekas Suami Pelakon Popular Ditahan

28-6-2018 04:58 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 10094| Komen: 31

Description: Dua individu direman oleh Mahkamah Majistret Putrajaya selama empat hari atas dakwaan menyamar sebagai pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi meminta suapan untuk menyelesaikan kes ...
Dua individu direman oleh Mahkamah Majistret Putrajaya selama empat hari atas dakwaan menyamar sebagai pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi meminta suapan untuk menyelesaikan kes rasuah.


Berita Harian  melaporkan, salah seorangnya adalah bekas suami kepada seorang pelakon popular.

Kedua-duanya yang masing-masing berusia 37 dan 38 tahun ditahan oleh SPRM di sebuah hotel terkemuka di ibu negara.

Difahamkan kedua-dua suspek meminta wang suapan sebanyak RM1 juta daripada seorang lelaki yang mempunyai kes membabitkan SPRM.

Foto: Berita Harian
Malah mereka juga menggunakan surat rasmi kerajaan bagi meyakinkan mangsa.


"Mangsa yang percaya, seterusnya bersetuju untuk bertemu kedua-dua suspek bagi membincangkan mengenai kes tersebut.

"Bagaimanapun, perbuatan mereka terbongkar apabila mangsa menyedari dirinya tidak mempunyai sebarang kesalahan membabitkan rasuah."

Hasil penahanan, SPRM turut merampas wang tunai RM50,000, dua telefon bimbit dan beberapa dokumen berkaitan.

"Kedua-dua suspek akan dibawa ke Mahkamah Majistret Putrajaya pagi ini bagi tujuan permohonan reman.

"Siasatan lanjut dijalankan di bawah Seksyen 16(a)(B) Akta SPRM 2009." -CARI
6

Bagus
6

Marah
3

Terkejut
4

Sedih
3

Lawak

Bosan

Friends Rank (22 people)

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • miss_bear


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote chinta89 28-6-2018 11:46 AM
sapelah deols ni suka2 menyamar
Quote sofiazara 28-6-2018 11:50 AM
apa salahnya (kata najib)
orang itu cuma minta hadiah dan derma
Quote insulin 28-6-2018 11:51 AM
Kantoiiii......
Quote ninjago 28-6-2018 11:55 AM
berani gila menyamar time2 negara tgh hot ngan berita2 expose sana sini.. memang dah ready nak kena jail & sebat agaknya ye
Quote Modngengade 28-6-2018 01:10 PM




PUTRAJAYA - Dua individu direman selama empat hari oleh Mahkamah Majistret Putrajaya hari ini atas dakwaan menyamar sebagai pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi meminta suapan untuk menyelesaikan kes rasuah.

Majistret Shah Wira Abdul Halim membenarkan permohonan reman SPRM mulai hari ini sehingga 1 Julai ini.

Salah seorang daripadanya adalah bekas suami kepada seorang pelakon popular.

Semalam, SPRM telah menahan kedua-dua suspek kira-kira jam 5.30 petang dan 10.15 malam.

Kedua-dua suspek berusia 37 dan 38 tahun itu ditahan di sebuah hotel terkemuka di ibu negara.

Menurut sumber, kedua-dua suspek dikatakan telah meminta wang suapan sebanyak RM1 juta daripada seorang lelaki yang didakwa mempunyai kes membabitkan SPRM.

Ujarnya, kedua-suspek juga dikatakan turut menggunakan surat rasmi kerajaan yang diperoleh daripada internet bagi menyakinkan mangsa.

"Mangsa yang percaya, seterusnya bersetuju untuk bertemu kedua-dua suspek bagi membincangkan mengenai kes tersebut.

"Bagaimanapun, perbuatan mereka terbongkar apabila mangsa menyedari dirinya tidak mempunyai sebarang kesalahan membabitkan rasuah," katanya di sini hari ini.

Tambah sumber, susulan penahanan itu, SPRM turut merampas wang tunai berjumlah RM50,000 daripada seorang suspek dan dua telefon bimbit serta beberapa dokumen berkaitan.

"Kedua-dua suspek akan dibawa ke Mahkamah Majistret Putrajaya pagi ini bagi tujuan permohonan reman.

"Siasatan lanjut dijalankan di bawah Seksyen 16(a)(B) Akta SPRM 2009," ujarnya.
Quote susukambingbest 28-6-2018 01:16 PM
ex hsben saper plk ni kaki kelentong. nasib la plakon tu dah brcerai dgn dia. klau tak, malu je
Quote Buritan 28-6-2018 01:20 PM
Aku lebih berninat somi sape.. mesti kawin hari tuu grand grand.. ujung ujung abuk pun tak do
Quote Manjahati 28-6-2018 01:26 PM
Bekas suami sapa tu
Quote carly_lah 28-6-2018 01:30 PM
padan muka...
Quote bakingsoda 28-6-2018 01:42 PM
nak jd pelakon jugak tapi tak kesampaian kot tu yg buat watak sendiri
Quote nisako 28-6-2018 01:58 PM
bekas suami sape eh?...…….
Quote prettyuglybabe 28-6-2018 02:08 PM
cuba hantar thread ni gi board gossip..
kejap je pakar CSI tau laki sapa
Quote laksmanabentan 28-6-2018 02:13 PM
mesti muka helok2 kan sbb leh menyamar jadi pegawai SPRM ni..
kalau muka separuh siap, sure takde sapa yg percaya nanti...
ermmm.... siapa kan suami bekas isteri pelakon nih...
Quote Thanatus 28-6-2018 02:53 PM
tak tahu kenapa tapi bila aku baca news nii aku terbayangkan bekas suami sari yanti
Quote ckenj 28-6-2018 03:16 PM
bekas suami spe pulak nih...
Quote MarryPottet 28-6-2018 03:30 PM
June 28, 2018
Menyamar pegawai SPRM, bekas suami pelakon direman


PUTRAJAYA: Bekas suami seorang pelakon bersama seorang rakannya direman 4 hari bagi membantu siasatan kes menyamar sebagai pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan meminta suapan sebanyak RM1 juta.

Perintah reman berkuatkuasa hari ini dikeluarkan oleh Majistret Shah Wira Abdul Halim selepas menerima permohonan SPRM dan kes disiasat di bawah Seksyen 16 (a) (B) Akta SPRM 2009.

Suspek yang tidak bekerja berumur 37 dan 38 tahun itu ditahan pada 5.30 petang dan 10.00 malam semalam di sebuah hotel di ibu negara ketika proses rundingan dan penyerahan bayaran tersebut berlangsung.

Menurut jurucakap SPRM, bekas suami pelakon berumur 38 tahun yang bertindak selaku perantara mendekati mangsa yang juga seorang ahli politik bergelar Datuk bagi menawarkan bantuan menyelesaikan kes rasuah yang didakwa melibatkan individu itu.

Katanya modus operandi lelaki tersebut ialah mengaku mengenali pegawai SPRM yang boleh membawanya berjumpa ”pegawai tinggi” suruhanjaya itu dan membantu menyelesaikan kes. — LAGI

Beliau berkata kedua-dua suspek juga dikatakan turut menggunakan surat rasmi kerajaan yang diperoleh daripada internet bagi menyakinkan mangsa.

Semakan SPRM bagaimanapun mendapati mangsa tidak mempunyai rekod sedang disiasat suruhanjaya itu seperti didakwa suspek, katanya.

Beliau berkata mangsa yang curiga mengenai perkara itu membuat laporan kepada SPRM dan berpakat bagi menangkap kedua-dua lelaki tersebut.

“Susulan itu, satu pertemuan diatur antara suspek dan mangsa di sebuah hotel sebelum kami menyerbu dan menahan mereka,” katanya.

Beliau berkata sebanyak RM50,000 yang dibayar sebagai wang pendahuluan oleh mangsa turut dirampas selain 2 telefon bimbit serta serta beberapa dokumen berkaitan milik suspek.
Quote sambaldurian 28-6-2018 03:37 PM
Kiranya mangsa skg dh ada rekod rasuah la ni sbb dh byr rm50k ke saspek. Maksudnya mangsa pun maybe ade terjebak sikit la tu tp kes belum smpai kt sprm yg sebenar, tu sanggup byr rm50k kt suspek. Bila check xde pun kes naik
Quote MarryPottet 28-6-2018 05:22 PM
sambaldurian replied at 28-6-2018 03:37 PM
Kiranya mangsa skg dh ada rekod rasuah la ni sbb dh byr rm50k ke saspek. Maksudnya mangsa pun maybe  ...

50k adalah wang bertanda yg disediakan oleh sprm untuk perangkap malaun 2 ekor tu
Mangsa dah plan dgn pegawai sprm utk jumpa 2 ekor kat hotel. So mangsa bgtau saspek kononnya nak serah wang pendahuluan rm50k kat hotel sekian sekian & bila wang dah bertukar tangan pegawai2 sprm muncul untuk tangkap saspek
Memang sop sprm untuk bukti pendakwaan kena ada transaksi yakni wang bertukar tangan baru ada kes yg kukuh untuk didakwa
Quote sharlenetexas 28-6-2018 05:39 PM
Clue general pulak
1) siapa pelakon wanita yg dah bercerai aka mak jan?
Takkan fatin pipah tu Tu sampai skrg gaduh ex laki bini.

Takde clue lain ke?

Lihat semua komen(31)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

30-4-2024 04:04 AM GMT+8 , Processed in 0.057934 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top