Menghitung detik menjelang Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14), dapat kita lihat orang ramai sibuk turun padang untuk berkempen termasuk golongan selebriti. Jika sebelum ini, Serina Redzuawan memuat naik gambar serta pandangan mengenai parti biru pilihannya, terbaru Abby Abadi pula tampil berkongsi pandangannya tersendiri. BACA JUGA: "Tak Paksa Follow IG Pun, Kenapa Emo Saya Pilih Biru?" - Serina Redzuawan
Abby atau nama sebenarnya Arbaiyah Abdul Manan, 41, meluahkan rasa kecewanya terhadap menteri yang disifatkannya hanya menabur janji manis ketika pilihan raya. "Ramai rakyat dah sedar, tak perlulah pusing lagi ke skrip yang sama. Penat tengok drama ulangan. "Yang terus seronok bayar GST, silakan berjoget. "Rakan artis pun ada saya ternampak, terjerit-terjerit biru tua, biru tua," tulisnya di Instagram. Menerusi ruangan komen, ramai juga pengikutnya bersetuju dengan pendapat Abby itu dan mengharapkan perubahan yang membawa kebaikan demi rakyat. Dengan macam-macam isu yang timbul menjelang PRU-14, bukan Abby sahaja 'panas' dengan dunia politik hari ini. Malah, penyanyi Noorulhuda Abdul Wahab atau Nurul Wahab sebelum ini juga meluahkan kekesalannya terhadap tindakan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) membuang gambar Tun Dr Mahathir Mohamad dari papan iklan kempen kawasan Parlimen Seremban. BACA JUGA: Rakyat Tak Bodoh-Nurul Wahab Luah Perasaan, 'Panas' Dengan SPR
Kian terasa bahang PRU-14! Apakah keputusannya nanti? Sama-sama kita nantikan. - CARI |
4
Bagus |
1
Marah |
13
Terkejut |
12
Sedih |
10
Lawak |
6
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
marumaru replied at 7-5-2018 04:12 PM
janji manis sewaktu pilihanraya ke? macam tak je...
gomen kata gaji naik bulan 7, naik je...tol ...
Langaumerah replied at 7-5-2018 06:14 PM
Ramai je rakyat X paham GST & SST. Kalau dulu guna sst ( sale & service tax ) contoh satu company ...
ADVERTISEMENT