Kecoh baru-baru ini apabila busana dipakai Nita Hamzah ketika majlis pernikahannya pada Ahad lalu dikatakan seksi dan disifatkan sepertii 'belanja Tok Imam'.
Penyanyi itu bagaimanapun, tampil membidas kenyataan berkenaan dan menegaskan dia masih waras untuk memilih pakaian sesuai pada upacara akad nikah. "Saya memang seorang yang berfikiran terbuka, tapi saya masih boleh berfikir mana elok atau tidak. Tak mungkin saya pakai baju seksi ketika akad nikah. "Baju yang dikatakan terbelah di bahagian dada itu mempunyai lapik, mungkin mereka sangka ia seperti kulit saya," ujarnya kepada mStar Online. Dalam masa sama, Nita meminta jasa baik netizen untuk memberi mesej secara peribadi jika ingin menegur pemakaiannya. Bukan dengan menulis secara terbuka di ruangan komen. "Kalau niat untuk menegur, lebih baik beri mesej peribadi kepada saya bukan komen secara terbuka begitu. "Ia bukan sahaja buka aib, tapi beri peluang untuk dapat dosa dan mengundang perbalahan dengan pengikut saya pula," ujarnya. Nita atau Norhanita Hamzah bergelar isteri kepada Fareez, 30, dengan sekali lafaz pada pukul 11.45 pagi Ahad. Ini bukan kali pertama selebriti ditegur kerana pemilihan pemakaian yang boleh mengundang fitnah. Pun begitu, sebaiknya tegurlah dengan berhemah dan tidak mengaibkan. - CARI |
11
Bagus |
9
Marah |
9
Terkejut |
10
Sedih |
21
Lawak |
9
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
prettyuglybabe replied at 2-5-2018 11:33 AM
laki beliau muda dari beliau ke..
nampak sungguh muka beliau tua..
ADVERTISEMENT