CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Filem & Drama Lihat artikel

Buruk, Low Class-Poster Filem Lunyai Dihentam, A.Aida Beri Penjelasan

2-5-2018 11:23 AM| Diterbitkan: Cari-Saiful| Dilihat: 12527| Komen: 48|Original author: Oleh: Saiful

Description: Sebelum ini poster filem Ratu Kala Jengking: Puteri Keranda memang 'lunyai' dihentam teruk oleh pelbagai pihak.
Sebelum ini poster filem Ratu Kala Jengking: Puteri Keranda memang 'lunyai' dihentam teruk oleh pelbagai pihak.

Susulan itu, penerbitnya, Datuk A.Aida tampil memberikan penjelasan.

Foto: Astro Gempak

"Poster yang dikatakan tidak menarik itu hanyalah poster sementara yang diletakkan di atas skrip yang sudah siap. Poster tersebut juga digunakan untuk 'working title' serta jemputan media sahaja.

"Poster sebenar filem itu bakal menggunakan rekaan KRU Studios dan Redzstone. Saya sangat serius dalam menerbitkan filem ini, sudah tentu semua perkara saya ambil berat, termasuklah poster filem.



"Saya akan pastikan semuanya berada dalam keadaan baik untuk dipersembahkan kepada penonton dan pihak media. Ini merupakan filem pertama saya, sudah pastinya saya akan menjayakan projek ini dengan sepenuh hati.

"Untuk memeriahkan lagi keadaan, saya juga akan mengadakan pertandingan mencipta poster menerusi laman Facebook. Pemenangnya pula akan diberikan hadiah bernilai ribuan ringgit," kata Aida kepada Astro Gempak.

Filem terbabit bakal diarahkan oleh Bade Hj Azmi dan dibintangi oleh Nadia Brian, Amar Asyraf, Mas Khan, Putra Amaris, Fauziah Nawi, Eyra Hazali, Dayang Areeda, Raja Azmi, Aprena Manrose dan ramai lagi.



Kata A. Aida lagi, filem tersebut adalah sebuah karya yang baik untuk diangkat ke layar perak.

"Saya sudah bergelumang dalam dunia penerbitan drama dan telefilem semenjak tahun 2003. Ramai orang bertanya, bilakah saya akan muncul dengan filem terbitan sendiri?

"Selama ini, saya belum mendapat ilham untuk menebitkan filem. Apabila idea Ratu Kala Jengking: Puteri Keranda muncul, saya terus menulis skrip tanpa henti dan apabila siap, saya yakin filem ini bakal menarik minat penonton."

Filem ini bakal menggunakan CGI dan menelan belanja sebanyak RM3 juta. -CARI
16

Bagus
9

Marah
7

Terkejut
12

Sedih
19

Lawak
10

Bosan

Friends Rank (73 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote newyork 2-5-2018 11:24 AM
Hahahhaha huduh pianggg
Quote beeeee 2-5-2018 11:26 AM
hahahahaah wey kedekut nye ko ni nak hire designer adoi buruk nak mampos
Quote cicicumel 2-5-2018 11:45 AM
Pelakon sendu
Quote fadz84 2-5-2018 11:47 AM
Tajuk so film indo thn 80an.. huhuhu...
Quote grizz 2-5-2018 11:53 AM
dh tau karya terunggul..nape x hire siap2 designer..
bile kne kutuk baru la kte dh upah org wt..
apada..
Quote myakayina 2-5-2018 11:59 AM
karya terunggul? dgn poster mcm tu? maigadd..
Quote chinta89 2-5-2018 12:01 PM
ni saje sbg publisiti. kalau dh jd perhatian mcm ni, barulah power kan A Aida iye dop???
Quote idakamaruddin 2-5-2018 12:11 PM
poster ni mmg memainkan faktor besar utk tarik org ke panggung

cth poster IT -  takyah susah byk2 image , setakat gamba belon seketul ngn tulisan IT je buat org teruja nk tgk cite dia

Quote biskutsusu 2-5-2018 12:11 PM
so katanya poster akan dibuat oleh KRU dan redzstone
kenapa nak buat pertandingan cipta poster lagi???????

nak bagi kru dan redzstone gaji buta?
Quote MadameOnion 2-5-2018 12:28 PM
kita tunggu jelah poster yang sebenarnya siap..pastu boleh hencap..tapi i memang tak percaya kualiti filem mahupun drama a.aida ni..drama andainya takdir tu nasib baik je dapat skrip n pelakon bagus..yang lelain, nan hado..contoh halimah jongang ntah pape je
Quote namieamuro 2-5-2018 12:30 PM
knp poster atas tu dh mcm assignment student yg baru 1st cube apps..semaknye..terlalu amatur
Quote namieamuro 2-5-2018 12:32 PM
Edited by namieamuro at 2-5-2018 12:33 PM
idakamaruddin replied at 2-5-2018 12:11 PM
poster ni mmg memainkan faktor besar utk tarik org ke panggung

cth poster IT -  takyah susah byk2 ...


kan sistur..it sinonim dgn belon..org tau simbolik belon..tayah bikin poster semak2..
Quote mandak20 2-5-2018 12:37 PM
namieamuro replied at 2-5-2018 12:32 PM
kan sistur..it sinonim dgn belon..org tau simbolik belon..tayah bikin poster semak2..

Karya agung katanya tapi terpaksa bergantung dengan muka pelakon.
Quote namieamuro 2-5-2018 12:43 PM
mandak20 replied at 2-5-2018 12:37 PM
Karya agung katanya tapi terpaksa bergantung dengan muka pelakon.

kalo die x tnjuk poster atas tu n skadar buat pgumuman majlis doa pn ok dh..die kate nk wat pertandingan kan...bdk2 skrg ni kreatip inovatip..apps pn dh canggih..xde la buruk benar pempuan jengking jadian
Quote Rainrein 2-5-2018 01:00 PM
Macam yindon punye sinetron. Buruk nau.
Quote minguk 2-5-2018 01:07 PM
macam tu ke poster? hmmmmmmmmmmmm
Quote missinpiece 2-5-2018 01:18 PM
Iols hire web designer pon hasilnya tetap sama hauk ape cite ?
Quote kakaro940 2-5-2018 01:19 PM
kayunya ratu kala jengking tu..mcm patung yg ble d cantum2 tangan dgn kaki tu..
Quote buragazz 2-5-2018 01:47 PM
Aku ingatkan tajuk filem nya "Lunyai" so make sense la klu dah posternya pun lunyai..

Lihat semua komen(48)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 05:16 PM GMT+8 , Processed in 0.075834 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top