CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

"Rasa Macam Tak Percaya" - Ashraf Muslim Team Pertama Malaysia Bawa Jemaah Umrah

13-10-2021 03:44 PM| Diterbitkan: Lilrose| Dilihat: 7225| Komen: 23|Original author: Oleh: LilRose

Description: Ashraf Muslim menzahirkan rasa syukur apabila diberi kepercayaan untuk membawa deligasi malaysia mengerjakan umrah.
Ashraf Muslim menzahirkan rasa syukur apabila diberi kesempatan untuk membawa deligasi malaysia mengerjakan umrah.


Kredit foto: IG


Berkongsi mengenai perkara itu di Instagram, Ashraf teruja mengatakan bahawa kumpulannya merupakan yang pertama dari Malaysia untuk menunaikan ibadah tersebut di tanah suci Mekah.

"Tiada kata yang boleh terucap dengan Allah SWT. selain TERIMA KASIH ALLAH and I LOVE YOU ALLAH! Banyak nak dibetulkan dalam diri yang hina ini.

"Ya Allah, rasa macam tak percaya. Ya Allah.. Engkau jagalah, lindungilah keluargaku, sahabat-sahabatku dan mereka yang ku sayang serta harta bendaku ya Allah," antara coretannya.



Kredit foto: IG

Di ruangan komen, rata-rata pengikutnya mendoakan agar segala urusan Ashraf dipermudahkan.


Kredit foto: IG

Sebelum ini, Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi mengumumkan hanya mereka yang lengkap dos vaksin yang diluluskan negara itu boleh menunaikan umrah dan melawat dua masjid suci di Mekah dan Madinah, lapor Gempak. - CARI

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote slyfynx 13-10-2021 03:55 PM
1. I is jeles.
2. Berhati2 kalau pos mende camni, tkt jatuh riak.
3. I is jeles.
4. Dosa buat orang jeles.
5. I is jeles.
Quote Rdizz 13-10-2021 03:57 PM
Berapa agaknya kos umrah post covid, masih baru lagi mesti sop ketat dan mahal gilerrr. Org kebanyakan mungkin x mampu lagi.
Quote Cik_jantung 13-10-2021 03:58 PM
Edited by Cik_jantung at 15-1-2022 12:33 AM

...........
Quote ilacantik 13-10-2021 04:30 PM
Bukan indonesia dah awal2 bukak ke? Meols ada je follow IG TA umrah Indonesia. Di saat kita semua masih berkurung, mereka aman2 buat umrah, kena swab test kat depan bilik hotel bagai. Reporter TV3 pun dah berjangkit jadi kaki claim ke apa?
Quote Julia20 13-10-2021 04:41 PM
Rdizz replied at 13-10-2021 03:57 PM
Berapa agaknya kos umrah post covid, masih baru lagi mesti sop ketat dan mahal gilerrr. Org kebanyak ...

Saya baru tengok Andalusia punya promo, kalau duduk Kat Safwah di Makkah, harganya RM8890, kalau hotel yg jauh sikit RM6990, Umrah post covid ni 5 mlm di Makkah & 5 mlm di Madinah.
Quote tompie 13-10-2021 05:05 PM
dalam 7500 ke atas, cuti sekolah tambah dalam 500.
bilik berdua, bas half capacity.
tapi kena vaksin pfizer / AZ, Sinovac dan lain2 kena tunggu booster shot.
balik Malaysia kena kuarantin, kat sana takyah.
Mintak2 Allah permudahkan aku untuk buat Umrah Aamiin
Quote R2D2 13-10-2021 05:30 PM
ni team pertama
Ashraf agensi mana?

Quote BlackOpium 13-10-2021 05:54 PM
Seronoknya dapat pergi sana.
Quote chandrahusin 13-10-2021 05:56 PM
R2D2 replied at 13-10-2021 05:30 PM
ni team pertama
Ashraf agensi mana?

yg baju putih tu ke Ashraf Muslim?
Quote haruslah 13-10-2021 06:01 PM
Edited by haruslah at 13-10-2021 06:05 PM
tompie replied at 13-10-2021 05:05 PM
dalam 7500 ke atas, cuti sekolah tambah dalam 500.
bilik berdua, bas half capacity.
tapi kena vak ...


Bukan sinovac haritu pun dah boleh ke?
Kat mana ntah iols baca..
Arab saudi dah izinkan

Edited:

KUALA LUMPUR: Kerajaan Arab Saudi dilapor membenarkan individu yang mengambil suntikan vaksinasi Sinovac menunaikan umrah, dengan syarat mendapatkan dos ketiga seperti mana ditetapkan.

Presiden Persatuan Agensi Pelancongan Umrah dan Haji Malaysia (PAPUH), Datuk Seri Razali Mohd Sham, berkata syarat pengambilan dos penggalak itu hanya dikenakan kerajaan Arab Saudi kepada vaksin jenis Sinovac.

"Berdasarkan maklumat terbaharu, Arab Saudi mahu suntikan kali ketiga bagi Sinovac sahaja manakala Pfizer dan Astra Zeneca tidak memerlukan dos penggalak ini.

"Ia bermakna mereka yang mengambil suntikan Sinovac sebelum ini dibenarkan menunaikan umrah namun perlu mengambil suntikan kali ketiga," katanya kepada BH, hari ini.

Sebelum ini, beberapa agensi pelancongan memaklumkan mengenai syarat tambahan bagi umrah norma baharu termasuk suntikan Sinovac tidak diterima.

Syarat lain yang dikenakan ialah kebenaran membabitkan sekali umrah sahaja, 25 orang dalam sebuah bas, hanya bilik berdua dibenarkan dan jemaah berusia 18 tahun ke atas boleh menunaikan umrah.

Ogos lalu, kerajaan Arab Saudi meluluskan dua lagi vaksin COVID-19 iaitu Sinovac dan Sinopharm selain Oxford-AstraZeneca, Pfizer-BioNTech, Johnson & Johnson dan Moderna.

Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi sebelum ini turut merancang meningkatkan jumlah jemaah umrah sehingga mencecah 120,000 orang sehari.

Arab Saudi mula menerima permohonan umrah dari luar negara untuk jemaah yang divaksin pada 9 Ogos lalu.

Pada masa sama, Razali berkata, syarat tambahan dikenakan kerajaan Arab Saudi menyebabkan kos umrah bagi seorang jemaah meningkat antara RM2,000 hingga RM3,000.

Beliau berkata, peningkatan itu tidak dapat dielak berikutan penambahan kos visa, ujian saringan kendiri, kemudahan penginapan dan pengangkutan.

Katanya, ia menjadikan kos bagi menunaikan umrah meningkat kepada RM8,500 berbanding kira-kira RM5,500 sebelum ini.

"Dulu kos visa sekitar RM250 hingga RM300 sekarang meningkat kepada RM600 membabitkan insurans dan kos ujian saringan sekali.

"Syarat tambahan dikenakan kerajaan Arab Saudi sememangnya menyebabkan kos umrah meningkat," katanya.
Quote missus_meow 13-10-2021 06:20 PM
haruslah replied at 13-10-2021 06:01 PM
Bukan sinovac haritu pun dah boleh ke?
Kat mana ntah iols baca..
Arab saudi dah izinkan

yg sinovac kena booster ... pfizer rasanya ....
Quote Rdizz 13-10-2021 08:24 PM
Julia20 replied at 13-10-2021 04:41 PM
Saya baru tengok Andalusia punya promo, kalau duduk Kat Safwah di Makkah, harganya RM8890, kalau h ...

Oooo, naik sikit ja dgn rega 2018, hotel makkah tower. Makkah tower sebelah safwah. Mungkin bil hari dah kurang sikit, pakej yg dulu total 12 hari kalau x silap.
Syukur sgt kalau harga x beza sgt dgn dulu, ada peluang nk pegi lagi. Yg igt harga mahal tu sebab badal hj saja pun rm18k musim hj baru ni. Torkojut jugak.

Tqvm for the info sis
Quote Rdizz 13-10-2021 08:31 PM
tompie replied at 13-10-2021 05:05 PM
dalam 7500 ke atas, cuti sekolah tambah dalam 500.
bilik berdua, bas half capacity.
tapi kena vak ...

Ooo.. lega dgr rega x naik gila2, syukur. Tapi tetaplah lebih tinggi dr seblum covid, sbb bilik ber2 ja, bas half capacity.

Moga Allah mudahkan dan rezekikan tompie buat umrah. Aminnnn
Quote Rdizz 13-10-2021 08:54 PM
Edited by Rdizz at 13-10-2021 08:56 PM
Rdizz replied at 13-10-2021 08:24 PM
Oooo, naik sikit ja dgn rega 2018, hotel makkah tower. Makkah tower sebelah safwah. Mungkin bil ha ...


Maaf silap, tempoh sama, 12 hr tu termasuk perjalanan dr msia dan perjalanan balik. Bil hr sebenar di madinah dan mekah sama 10 hr. Th 2019 bukan 2018.
Quote R2D2 13-10-2021 10:10 PM
chandrahusin replied at 13-10-2021 05:56 PM
yg baju putih tu ke Ashraf Muslim?

aku pun awalnya rasa mcm dia
tgk berita
tak ada tulis dia gi agensi mana


Quote LadyCarefree 14-10-2021 07:25 AM
Laaaa benda team pertama macam ni pon jd sesuatu yg diriakkan. Serupa yibbit team pertama masuk gaza lepas 'perang' katanya.
Quote Nnasda53 14-10-2021 09:59 AM
Semoga di permudahkan segala urusan.
Mmg yang pertama kena hebahkan juga ya.

Semoga iols pun dapat menjejakkan kaki di sana..InsyaAllah.
Quote Supersirap 15-10-2021 11:23 PM
Tahniah diucapkan, semoga dipermudahkan segala urusan semasa berada di Tanah Suci
Quote jas7512 16-10-2021 12:15 AM
Byk sgt nama ashraf sampai dlm hati i tertanya  eh bkn dah mati ke ashraf muslim..rupanya ashraf lain...maaf ya ..x pasal2 telah mengarwahkan kome...

Lihat semua komen(23)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 06:36 AM GMT+8 , Processed in 0.161592 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top