View: 5592|Reply: 22
|
"Rasa Macam Tak Percaya" - Ashraf Muslim Team Pertama Malaysia Bawa Je
[Copy link]
|
|
Ashraf Muslim menzahirkan rasa syukur apabila diberi kesempatan untuk membawa deligasi malaysia mengerjakan umrah.
Kredit foto: IG
Berkongsi mengenai perkara itu di Instagram, Ashraf teruja mengatakan bahawa kumpulannya merupakan yang pertama dari Malaysia untuk menunaikan ibadah tersebut di tanah suci Mekah.
"Tiada kata yang boleh terucap dengan Allah SWT. selain TERIMA KASIH ALLAH and I LOVE YOU ALLAH! Banyak nak dibetulkan dalam diri yang hina ini.
"Ya Allah, rasa macam tak percaya. Ya Allah.. Engkau jagalah, lindungilah keluargaku, sahabat-sahabatku dan mereka yang ku sayang serta harta bendaku ya Allah," antara coretannya.
Kredit foto: IG
Di ruangan komen, rata-rata pengikutnya mendoakan agar segala urusan Ashraf dipermudahkan.
Kredit foto: IG
Sebelum ini, Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi mengumumkan hanya mereka yang lengkap dos vaksin yang diluluskan negara itu boleh menunaikan umrah dan melawat dua masjid suci di Mekah dan Madinah, lapor Gempak. - CARI |
|
|
|
|
|
|
|
1. I is jeles.
2. Berhati2 kalau pos mende camni, tkt jatuh riak.
3. I is jeles.
4. Dosa buat orang jeles.
5. I is jeles. |
|
|
|
|
|
|
|
Berapa agaknya kos umrah post covid, masih baru lagi mesti sop ketat dan mahal gilerrr. Org kebanyakan mungkin x mampu lagi. |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by Cik_jantung at 15-1-2022 12:33 AM
........... |
|
|
|
|
|
|
|
Bukan indonesia dah awal2 bukak ke? Meols ada je follow IG TA umrah Indonesia. Di saat kita semua masih berkurung, mereka aman2 buat umrah, kena swab test kat depan bilik hotel bagai. Reporter TV3 pun dah berjangkit jadi kaki claim ke apa? |
|
|
|
|
|
|
|
Saya baru tengok Andalusia punya promo, kalau duduk Kat Safwah di Makkah, harganya RM8890, kalau hotel yg jauh sikit RM6990, Umrah post covid ni 5 mlm di Makkah & 5 mlm di Madinah.
|
|
|
|
|
|
|
|
dalam 7500 ke atas, cuti sekolah tambah dalam 500.
bilik berdua, bas half capacity.
tapi kena vaksin pfizer / AZ, Sinovac dan lain2 kena tunggu booster shot.
balik Malaysia kena kuarantin, kat sana takyah.
Mintak2 Allah permudahkan aku untuk buat Umrah Aamiin |
|
|
|
|
|
|
|
ni team pertama
Ashraf agensi mana?
|
|
|
|
|
|
|
|
Seronoknya dapat pergi sana. |
|
|
|
|
|
|
|
yg baju putih tu ke Ashraf Muslim?
|
|
|
|
|
|
|
|
Edited by haruslah at 13-10-2021 06:05 PM
tompie replied at 13-10-2021 05:05 PM
dalam 7500 ke atas, cuti sekolah tambah dalam 500.
bilik berdua, bas half capacity.
tapi kena vak ...
Bukan sinovac haritu pun dah boleh ke?
Kat mana ntah iols baca..
Arab saudi dah izinkan
Edited:
KUALA LUMPUR: Kerajaan Arab Saudi dilapor membenarkan individu yang mengambil suntikan vaksinasi Sinovac menunaikan umrah, dengan syarat mendapatkan dos ketiga seperti mana ditetapkan.
Presiden Persatuan Agensi Pelancongan Umrah dan Haji Malaysia (PAPUH), Datuk Seri Razali Mohd Sham, berkata syarat pengambilan dos penggalak itu hanya dikenakan kerajaan Arab Saudi kepada vaksin jenis Sinovac.
"Berdasarkan maklumat terbaharu, Arab Saudi mahu suntikan kali ketiga bagi Sinovac sahaja manakala Pfizer dan Astra Zeneca tidak memerlukan dos penggalak ini.
"Ia bermakna mereka yang mengambil suntikan Sinovac sebelum ini dibenarkan menunaikan umrah namun perlu mengambil suntikan kali ketiga," katanya kepada BH, hari ini.
Sebelum ini, beberapa agensi pelancongan memaklumkan mengenai syarat tambahan bagi umrah norma baharu termasuk suntikan Sinovac tidak diterima.
Syarat lain yang dikenakan ialah kebenaran membabitkan sekali umrah sahaja, 25 orang dalam sebuah bas, hanya bilik berdua dibenarkan dan jemaah berusia 18 tahun ke atas boleh menunaikan umrah.
Ogos lalu, kerajaan Arab Saudi meluluskan dua lagi vaksin COVID-19 iaitu Sinovac dan Sinopharm selain Oxford-AstraZeneca, Pfizer-BioNTech, Johnson & Johnson dan Moderna.
Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi sebelum ini turut merancang meningkatkan jumlah jemaah umrah sehingga mencecah 120,000 orang sehari.
Arab Saudi mula menerima permohonan umrah dari luar negara untuk jemaah yang divaksin pada 9 Ogos lalu.
Pada masa sama, Razali berkata, syarat tambahan dikenakan kerajaan Arab Saudi menyebabkan kos umrah bagi seorang jemaah meningkat antara RM2,000 hingga RM3,000.
Beliau berkata, peningkatan itu tidak dapat dielak berikutan penambahan kos visa, ujian saringan kendiri, kemudahan penginapan dan pengangkutan.
Katanya, ia menjadikan kos bagi menunaikan umrah meningkat kepada RM8,500 berbanding kira-kira RM5,500 sebelum ini.
"Dulu kos visa sekitar RM250 hingga RM300 sekarang meningkat kepada RM600 membabitkan insurans dan kos ujian saringan sekali.
"Syarat tambahan dikenakan kerajaan Arab Saudi sememangnya menyebabkan kos umrah meningkat," katanya. |
|
|
|
|
|
|
|
yg sinovac kena booster ... pfizer rasanya ....
|
|
|
|
|
|
|
|
Julia20 replied at 13-10-2021 04:41 PM
Saya baru tengok Andalusia punya promo, kalau duduk Kat Safwah di Makkah, harganya RM8890, kalau h ...
Oooo, naik sikit ja dgn rega 2018, hotel makkah tower. Makkah tower sebelah safwah. Mungkin bil hari dah kurang sikit, pakej yg dulu total 12 hari kalau x silap.
Syukur sgt kalau harga x beza sgt dgn dulu, ada peluang nk pegi lagi. Yg igt harga mahal tu sebab badal hj saja pun rm18k musim hj baru ni. Torkojut jugak.
Tqvm for the info sis |
|
|
|
|
|
|
|
tompie replied at 13-10-2021 05:05 PM
dalam 7500 ke atas, cuti sekolah tambah dalam 500.
bilik berdua, bas half capacity.
tapi kena vak ...
Ooo.. lega dgr rega x naik gila2, syukur. Tapi tetaplah lebih tinggi dr seblum covid, sbb bilik ber2 ja, bas half capacity.
Moga Allah mudahkan dan rezekikan tompie buat umrah. Aminnnn |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by Rdizz at 13-10-2021 08:56 PM
Rdizz replied at 13-10-2021 08:24 PM
Oooo, naik sikit ja dgn rega 2018, hotel makkah tower. Makkah tower sebelah safwah. Mungkin bil ha ...
Maaf silap, tempoh sama, 12 hr tu termasuk perjalanan dr msia dan perjalanan balik. Bil hr sebenar di madinah dan mekah sama 10 hr. Th 2019 bukan 2018. |
|
|
|
|
|
|
|
aku pun awalnya rasa mcm dia
tgk berita
tak ada tulis dia gi agensi mana
|
|
|
|
|
|
|
|
Laaaa benda team pertama macam ni pon jd sesuatu yg diriakkan. Serupa yibbit team pertama masuk gaza lepas 'perang' katanya. |
|
|
|
|
|
|
|
Semoga di permudahkan segala urusan.
Mmg yang pertama kena hebahkan juga ya.
Semoga iols pun dapat menjejakkan kaki di sana..InsyaAllah. |
|
|
|
|
|
|
|
Tahniah diucapkan, semoga dipermudahkan segala urusan semasa berada di Tanah Suci |
|
|
|
|
|
|
|
Byk sgt nama ashraf sampai dlm hati i tertanya eh bkn dah mati ke ashraf muslim..rupanya ashraf lain...maaf ya ..x pasal2 telah mengarwahkan kome... |
|
|
|
|
|
|
| |
|