|
View: 21966|Reply: 4
|
[Tempatan]
JAIM pecat setiausaha masjid didakwa tonton video lucah
[Copy link]
|
|
|
JAIM pecat setiausaha masjid didakwa tonton video lucah
Oleh Farhana Yaacob - Januari 27, 2026 @ 2:51pm
facebook sharing buttonwhatsapp sharing buttontwitter sharing button
Rahmad bercakap dalam sidang media di Bangunan JAIM Bukit Palah, di sini, hari ini. Foto NSTP/FARHANA YAACOB
MELAKA: Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) menamatkan perkhidmatan setiausaha sebuah masjid di Bukit Baru yang terpalit dengan kontroversi rakaman video lucah tular di media sosial baru-baru ini.
Exco Pendidikan, Pengajian Tinggi dan Hal Ehwal Agama negeri, Datuk Rahmad Mariman berkata, keputusan itu dibuat dalam Mesyuarat Jawatankuasa Tadbir Urus Masjid (JKTU) yang diadakan pagi tadi.
Katanya, setiausaha itu juga turut mengemukakan surat peletakan jawatan kepada JAIM.
Beliau berkata, peletakan jawatan itu diterima sekali gus menamatkan tugas individu terbabit sebagai setiausaha masjid serta pengerusi sebuah surau kampung di Paya Ikan, yang kedua-duanya adalah lantikan di bawah JAIM.
"Mesyuarat JKTU sudah membincangkan perkara ini dan kita mengambil keputusan untuk menamatkan perkhidmatan beliau berdasarkan surat peletakan jawatan yang diterima," katanya ketika ditemui pemberita selepas mesyuarat JKTU di Bangunan JAIM Bukit Palah, di sini, hari ini.
Dalam perkembangan sama, Rahmad yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ayer Molek berkata, status imam tiga atau imam rawatib yang merakamkan video berkenaan diserahkan sepenuhnya kepada jawatankuasa masjid.
Katanya, pelantikan imam terbabit bukan dibuat melalui JAIM, sebaliknya dilantik oleh jawatankuasa masjid dan menerima elaun daripada pihak berkenaan.
"Oleh itu, jawatankuasa masjid diberi kuasa untuk menerima atau menolak peletakan jawatan imam itu," katanya.
Sementara itu, beliau berkata sehingga kini pihaknya masih belum mengenal pasti individu yang bertanggungjawab menyebarkan rakaman video tular berkenaan.
Rabu lalu, Berita Harian melaporkan isu tular video memaparkan seorang lelaki sedang menonton video lucah dipercayai di dalam pejabat sebuah masjid di Bukit Baru, di sini.
Video berdurasi satu minit 59 saat di media sosial memaparkan seorang lelaki yang didakwa setiausaha masjid, serta dikaitkan dengan sebuah parti politik, sedang leka menonton video lucah di dalam sebuah bilik dipercayai pejabat masjid.
Perbuatan lelaki itu dirakam individu lain sebelum mengetuk tingkap dan pintu pejabat berkenaan.
Individu di dalam pejabat kemudian membuka pintu namun menafikan melakukan sebarang perbuatan salah.
Menurut perakam video itu, rakaman dibuat sebagai bukti kejadian yang didakwa berlaku pada jam 9.13 pagi, 27 Disember lalu.
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Menurut perakam video itu, rakaman dibuat sebagai bukti kejadian yang didakwa berlaku pada jam 9.13 pagi, 27 Disember lalu.
Baru habis Dhuha ka? Kalu takada benda nak buat pi la tolong vacuum carpet ka, siram pokok bunga tepi masjid ka, susun rak kitab ka, check microphone ka.... |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Imam pun letak jawatan,setiausaha di pecat |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
susah nak cakap
tapi berdasarkan video yang beberapa saat tu, nampak macam orang tua tu cuma tonton pop-up ads.. biasa lah tu PC kat masjid, orang tua yang uruskan maybe takde adblocker dan dah infested by malware/virus2 lain
teori bangkem, maybe orang tua tu tengah bukak website yang tak menyalahi syarak, tapi tetibe keluar iklan popup lucah.. maka pakcik ni pon terlayan jugak ler dah namanya lelaki kan |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Aku yg selalu repair henset ni..rata2 jupe je benda lucah..tapi ramai org tua ni tak sengaja..psl iklan bagai..mana dorg tau seting ad block VPN bagai..kdg2 terbuka pop-up apps ntah apa2..hasil dari klik link berita karut nyamar shoppe bagai.masukla malware lucah ..nak buang tak reti..nak format reset diorg tak tau nak bakup data..poning nak bakup 128gb data |
|
|
|
|
|
|
|
|
| |
|