Seorang wanita terpaksa pergi ke balai polis bagi meminta bantuan untuk membuka kunci basikal pada lehernya. Dalam kejadian pada 7 Oktober lalu, anak lelaki wanita tersebut yang berusia empat tahun didakwa memasang kunci itu pada leher ibunya, namun ia tidak dapat dibuka kerana kanak-kanak berkenaan terlupa nombor kodnya.
“Saya sedang membersihkan tandas ketika anak saya tiba-tiba memasukkan kunci basikal ke leher saya. Pada mulanya saya berasa ia lucu dan cuba membukanya, namun gagal. “Saya tahu nombor kod rantai itu, namun tidak dapat membukanya kerana anak saya sudah menukarnya, selain dia juga tidak mengingati apa nombornya,” katanya. Wanita tersebut mula panik dan terus pergi ke balai polis untuk mendapatkan bantuan. Setibanya di balai polis, anggota bertugas juga tidak dapat membuka kunci tersebut dan mereka menghubungi bomba. Tidak lama kemudian, kunci itu dapat dibuka dan wanita tersebut menzahirkan rasa lega. Video wanita itu menjadi tular dalam media sosial di China dan kebanyakan pengguna menasihatkan supaya mengawasi perlakuan anak supaya tidak berlaku perkara tidak diingini. Sumber: Utusan
|
pekanwoohoo replied at 13-10-2021 05:18 PM
Aduh. Cuba jelah satu satu nombor tu. Bukannya macam phone pun kalau salah kena disable berapa minit ...
manzilla replied at 14-10-2021 09:52 AM
Mask & faceshield nya mana? Ke dah capai 500% vaksinasi?
pekanwoohoo replied at 14-10-2021 10:28 AM
Kan? China negara asal Covid pun dah tak gelabah dengan Covid ni. Malaysia je masih gelabah ayam k ...
ADVERTISEMENT
Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet
28-3-2024 08:42 PM GMT+8 , Processed in 0.058006 second(s), 48 queries .
Powered by Discuz! X3.4
Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.