CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Dipenjara 8 Tahun Sebab Tikam Mati Perogol Isteri

13-10-2021 02:52 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 5021| Komen: 13

Description: Mahkamah menjatuhkan hukuman penjara lapan tahun terhadap seorang lelaki atas kesalahan membunuh individu yang merogol isterinya.
Mahkamah menjatuhkan hukuman penjara lapan tahun terhadap seorang lelaki atas kesalahan membunuh individu yang merogol isterinya.

Memetik laporan Indo Zone, Yos Ariansyah menikam individu terbabit sehingga maut pada 28 Mac 2021 selepas mengetahui isterinyamenjadi mangsa rogol  Dedi Irawan, 34.


Berang dengan tindakan jijik itu, Yos kemudian berusaha mencari perogol.


Yos
Kredit foto: Indo Zone

Dia yang terlihat perogol itu menunggang motosikal memintanya memberhentikan kenderaannya, namun permintaannya tidak diendahkan. 

Hal itu membuatkan Yos semakin berang lalu membaling kayu ke arah perogol berkenaan sebelum menikamnya berkali-kali.

Perogol terbabit yang mengalami kecederaan parah akibat luka tikaman disahkan meninggal dunia.

Berikutan kejadian, dia didapati bersalah kerana membunuh individu yang merogol isterinya. 


Difahamkan tempoh lapan tahun itu adalah yang paling minimum daripada tuntutan pihak pendakwa yang mahukan hukuman penjara 12 tahun dikenakan ke atasnya. 

Meskipun begitu, peguam Yos Ariansyah sedang berbincang sama ada mahu membuat rayuan ataupun tidak.


Sumber: OHBulan

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote FOTHER-MUCKER 13-10-2021 02:57 PM
Ini ke yang berlaku 10 tahun lepas di planet MARS tu kan?
Quote cheezel 13-10-2021 02:58 PM
teruknya hukuman dunia. lebih kurang kes kt malaysia yg owner rumah bunuh perompak kebun dia. semoga ada keadilan untuk org yg teraniaya. mestilah geram bini kne rogol.
Quote Skuau 13-10-2021 03:06 PM
bunuh perogol bini pon kena 8 taun ka??? hukuman perogol pulak canna???(kalo didapati bersalah).
Quote nononcrux 13-10-2021 03:16 PM
kurangkan la hukuman tu, bukan niat pon nak membunuh utk pertahankan hak saja
Quote awanysss 13-10-2021 03:18 PM
Skuau replied at 13-10-2021 03:06 PM
bunuh perogol bini pon kena 8 taun ka??? hukuman perogol pulak canna???(kalo didapati bersalah).:cur ...

ni la silapnya..
dia pegi amik keje polis+keje tuhan..

kalau dia tikam masa kejadian rogol tu,
boleh argue pertahankan diri ke apa..
ni dia g jumpa org tu sihat walafiat, dia yg carik pulak tu..
tu semua dah constitute niat dia nak bunuh..



Quote mdhelmi 13-10-2021 03:36 PM
nampak macam memang keluar bawa pisau untuk menikam
atau mmg ada niat nak bunuh
bukan tertikam berkali2
huhu
Quote Skuau 13-10-2021 03:51 PM
Edited by Skuau at 13-10-2021 03:54 PM
awanysss replied at 13-10-2021 03:18 PM
ni la silapnya..
dia pegi amik keje polis+keje tuhan..



mana la perogol tu wasap dia..bgtau bila nk pi merogol bini dia...
Quote CiliPadiSedap 13-10-2021 03:55 PM
Skuau replied at 13-10-2021 03:06 PM
bunuh perogol bini pon kena 8 taun ka??? hukuman perogol pulak canna???(kalo didapati bersalah).:cur ...

kena sebat dengan malaikat mungkar nangkir rakib atib. lg teruk.
Quote imanjannah 13-10-2021 04:03 PM
klu dirogol dan do bunuh, baru puas hati hakim tu ye, sakit pulak hati aku,
Quote awanysss 13-10-2021 05:11 PM
Skuau replied at 13-10-2021 03:51 PM
mana la perogol tu wasap dia..bgtau bila nk pi merogol bini dia...

report polis..
pastu bgtau polis siapa suspek etc..
itu keje polis..

dia boleh carik perogol tu tanpa bantuan polis pun dah tunjukkan keyakinan dia..
mungkin progol org yg dia kenal..
Quote pekanwoohoo 13-10-2021 05:20 PM
Kira okay lah tu kena penjara je berbanding kena hukuman mati. Dia pun mesti puas hati jugak lah perogol tu mati. Yang penting dendam berbalas.
Quote nakkomenjugak 13-10-2021 07:29 PM
#freemyguy

Kalau western world dah berhashtag dahhh
Quote heythere123 14-10-2021 09:59 AM
morally wrong, tapi in a way orang akan kesian dekat dia sebab yg dia bunuh tu penjahat jugak

Lihat semua komen(13)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 06:36 AM GMT+8 , Processed in 0.048212 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top