CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Jatuh Atas Bumbung Rumah Lepas Berpaut Pada Roda Pesawat

17-8-2021 08:04 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 2026| Komen: 5

Description: Sekurang-kurangnya dua penumpang pesawat tentera Amerika Syarikat (AS) yang digunakan dalam proses pemindahan penduduk di Kabul dilaporkan maut.
Sekurang-kurangnya dua penumpang pesawat tentera Amerika Syarikat (AS) yang digunakan dalam proses pemindahan penduduk di Kabul dilaporkan maut.

Berdasarkan rakaman video dan imej yang tular dalam media sosial, dua penumpang tersebut didakwa ‘terkeluar dan terjatuh’ dari pesawat dalam dua insiden berasingan.




Namun, media tempatan tidak dapat memastikan bagaimana insiden tersebut berlaku dan sekiranya dua kejadian itu saling berkaitan.

Agensi berita di Kabul sebelum ini melaporkan, terdapat tiga penduduk Afghanistan dipercayai berpaut pada bahagian roda pesawat ketika kapal terbang berlepas sebelum pegangan mereka terlepas lalu terjatuh di kawasan kediaman.

Beberapa saksi memberitahu, mereka terdengar bunyi benda jatuh yang kuat sebelum menyedari ada mayat terjatuh atas bumbung rumah.

Terdahulu, ratusan penduduk Afghanistan mengejar dan cuba memanjat badan pesawat tentera AS yang bakal berlepas di landasan.


Sehubungan itu, helikopter Apache digunakan untuk menyuraikan orang ramai yang disifatkan ‘terlalu terdesak’ untuk melarikan diri dari negara ini.

Kekecohan yang berlaku juga menyebabkan operasi penerbangan dihentikan buat sementara waktu bagi meredakan keadaan di lapangan terbang Kabul.

Tentera AS memaklumkan, operasi akan disambung semula selepas keadaan kembali reda dan tidak berbahaya. 


Sumber: Utusan

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote merrissa 17-8-2021 08:59 AM
ada tiga thread dh kot pasal ni

tjuk je lain2 isi sama
Quote nakkomenjugak 17-8-2021 09:15 AM
its raining men
Quote imransulaiman 17-8-2021 09:54 AM
Sedihnya baca berita macam ni.. Semoga kita dijauhkan daripada musibah... Mana lagi covid, mana lagi politik, mana lagi ancaman keselamatan, mana lagi masalah ekonomi... Na'uzubillah
Quote Ayda89 17-8-2021 12:27 PM
Kesian rakyat afghan.. Terutama yg perempuan. Taliban dah kuasai sepenuhnya afghan
Quote Babai 17-8-2021 12:29 PM
merrissa replied at 17-8-2021 08:59 AM
ada tiga thread dh kot pasal ni

tjuk je lain2 isi sama

Dia tu selalu tertinggal bot.

Lihat semua komen(5)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 05:36 AM GMT+8 , Processed in 0.041712 second(s), 34 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top