CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Kenapa Kena 'Upload' Di IG Beriadah Di Bukit Bangkong?

17-8-2021 08:10 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 3567| Komen: 20

Description: Polis menyiasat tindakan sekumpulan individu yang didapati gagal mematuhi prosedur operasi standard (SOP) Fasa 2 Pelan Pemulihan Negara (PPN) ketika beriadah di Bukit Bangkong, Tanah Hitam, Chemor pad ...
Polis menyiasat tindakan sekumpulan individu yang didapati gagal mematuhi prosedur operasi standard (SOP) Fasa 2 Pelan Pemulihan Negara (PPN) ketika beriadah di Bukit Bangkong, Tanah Hitam, Chemor pada Ahad.


Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Yahaya Hassan berkata, perbuatan itu dikesan selepas video yang dimuat naik oleh seorang pemilik akaun Instagram tular di media sosial.


Tangkap layar video yang dimuat naik seorang pemilik akaun Instagram tular selepas didapati mereka gagal mematuhi SOP Fasa 2 PPN di Chemor. - Foto ihsan pembaca

"Polis Diraja Malaysia (PDRM) memandang serius perkara itu kerana kelihatan individu-individu terlibat beriadah secara berkumpulan dan gagal mematuhi SOP Fasa 2 PPN yang sedang berkuat kuasa di Ipoh.

"Satu laporan polis dibuat dan kes disiasat di bawah Peraturan 17 Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998," katanya dalam satu kenyataan di sini pada Isnin.


Menurutnya, orang ramai dinasihatkan supaya mematuhi SOP PPN yang dikeluarkan Majlis Keselamatan Negara (MKN) bagi mengelak risiko penularan wabak Covid-19.

"Polis akan mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana pihak yang didapati gagal mematuhi SOP dengan mengeluarkan kompaun kepada mereka mengikut akta terbabit," katanya.


Sumber: Sinar Harian

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote kyozsamurai 17-8-2021 08:17 AM
tak faham betul aku orang macam ni....mmg diaorg minta dikecam ke apa?
Quote domestobot 17-8-2021 08:20 AM
kalau tak upload camne nak tunjuk kat orang ramai depa pegi hiking? lagipun kalau tak upload kat social media, kira seolah-olah hiking tu tak pernah terjadi lah
Quote bukanomi 17-8-2021 08:29 AM
Saja la tu cari Pasal. Jaman now semua nk kena hapdet
Quote blekkep 17-8-2021 08:33 AM
Tgk rambut dh tau set2 rempit
Quote aderaderker 17-8-2021 08:47 AM
Bij this gen mmg semua kena upload kat socmed ka.

Padan muka sebab bodoh dek.
Quote shalalat 17-8-2021 08:52 AM
Lockdown lama sangat ni buat ramai jadi bodoh
Quote Manjahati 17-8-2021 08:57 AM
kyozsamurai replied at 17-8-2021 08:17 AM
tak faham betul aku orang macam ni....mmg diaorg minta dikecam ke apa?

Nk tunjuk level kebodohan juga
Quote misuke 17-8-2021 08:59 AM
Pasni sama2 beriadah dalm wad kobid pulak.bg tido atas lantai je.puak2 bebal gini x yah bg katil
Quote Tinot7 17-8-2021 09:11 AM
Camana voley terlepas kluar beramai2 nih?
Quote nakkomenjugak 17-8-2021 09:18 AM
set2 rambut perang blonde
hihihiii
ada duit Holiday
mesti ada duit nak bayar kompaun
Quote miminn 17-8-2021 09:20 AM
gatal noo tangan pergi upload gambar.
Quote AverageJoe 17-8-2021 09:21 AM
tak silap Bukit Bangkong ni ada hari tertentu abam Polis dah standby kat bawah tu.
check pendaki semua mana yang datang dari luar kawasan atau langgar SOP terus kena kompaun.
mungkin nasib korang baik hari tu takde Polis ronda dekat situ.
tapi yang kurang cerdik nya pergi upload dekat IG dah kenapa.
Quote gigahertz 17-8-2021 09:39 AM
blekkep: Tgk rambut dh tau set2 rempit

ntah2 kena ratah dan di kenduri atas bukit
tapi yg tu x nak upload pulak.
Quote merrissa 17-8-2021 09:40 AM
bodoh bertingket2...nt positif duk merempan sana sini
Quote delia3003 17-8-2021 09:43 AM
Hopefully bukan bbnu yg #kerajaangagal kat socmed. Kalau ye, sila #dirisendirigagal.
Quote twins 17-8-2021 09:45 AM
mungkin kot sebenarnya dorang ni bukan satu group...
bukit bangkong ni tak la tinggi.. biasa org naik pun 2-3 org jer satu group..
tapi mungkin masa dorang bergambar tu kat atas ramai .. jadi
masing2  enter frame.... kalau naik satu group seramai ni memang la
cari pasal.....
Quote mclaren 17-8-2021 09:56 AM
domestobot replied at 17-8-2021 08:20 AM
kalau tak upload camne nak tunjuk kat orang ramai depa pegi hiking? lagipun kalau tak upload kat soc ...

Ni sebenarnya ha ha
Quote orgsepang 17-8-2021 10:47 AM
Baca tajuk ingatkan bukit bangkung di sungai pelek, selangor.
Quote Ayda89 17-8-2021 12:47 PM
Nanti kata gambar throwback pulak

Lihat semua komen(20)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 05:44 PM GMT+8 , Processed in 0.065874 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top