CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

"Ahli Politik Akan Terus Bersilih Ganti, Jangan Taksub".. Nasihat Naim Daniel

17-8-2021 12:09 AM| Diterbitkan: bubuk_bearbear| Dilihat: 7145| Komen: 62

Description: Dalam keadaan kemelut politik negara ketika ini yang tidak stabil selepas perletakan jawatan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini, ramai yang kesal dengan perebutan kuasa yang berlaku di ...


Dalam keadaan kemelut politik negara ketika ini yang tidak stabil selepas perletakan jawatan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini, ramai yang kesal dengan perebutan kuasa yang berlaku disaat kita masih berperang dengan pandemik COVID-19.

Mengulas mengenai apa yang berlaku ketika ini, pelakon dan penyanyi Naim Daniel atau nama sebenarnya Muhammad Naim Daniel Baharin, 23, menasihatkan agar kita semua tidak taksub dengan ahli politik sebaliknya rakyat perlu bercakap dari perspektif sebagai rakyat.

"Senang, nak beri pendapat sekali pun, bercakaplah dari perspektif rakyat. Dari situ kita akan belajar empati."

"Ahli politik akan terus bersilih ganti, jangan taksub dengan mana-mana mereka," ciapnya dalam Twitter semalam.



Tambah Naim lagi, tidak kiralah kerajaan atau pembangkang yang memerintah, sebagai rakyat kita kena terima setiap perkara baik dan menegur jika buruk.

"Kerajaan mahupun pembangkang, yang baik terima dan buruk kita tegur. Berdiri dengan rakyat," katanya.

Sejak semalam, beberapa selebriti tanah air menjadi bahan bualan netizen selepas mereka melontarkan pendapat berkaitan kemelut politik tanah air yang berlaku ketika ini.

Terdahulu, Naim dilihat kerap menyuarakan isu rakyat yang tidak makan akibat pandemik dan meluahkan kekecewaannya melihat kes penularan COVID-19 yang meningkat akibat lockdown yang tidak sistematik. Dia juga dilihat turun padang memberikan bantuan kepada yang memerlukan.


Malah, Naim terang-terangan menyertai protes mengecam tindakan pemerintah dengan tanda pagar #LAWAN. - CARI



Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote slyfynx 17-8-2021 12:14 AM
Naim, u talk too much la.
Ade baiknye kadang2 kite diam
Quote cmf_ctrl 17-8-2021 12:22 AM
muda lagi rupanya. minat betul dia bercakap hal2 politik ya
Quote debab_78 17-8-2021 12:46 AM
owh baru 23 yer.....  bina dulu kerjaya dik... perjalanan masih jauh.. nexttttt
Quote kiwibenz 17-8-2021 12:50 AM
cmf_ctrl replied at 17-8-2021 12:22 AM
muda lagi rupanya. minat betul dia bercakap hal2 politik ya

Semua benda dia bercakap. Ini budak bingit
Quote asfaz 17-8-2021 12:58 AM
debab_78 replied at 17-8-2021 12:46 AM
owh baru 23 yer.....  bina dulu kerjaya dik... perjalanan masih jauh.. nexttttt

Baru 23 undi pun belum pernah...baik dia senyap or slow sebelum org nyampah
Quote rainbowrainz 17-8-2021 01:17 AM
Memekak le kau dik Naim..baik kau diamm je..ko dah x ade job kee
Quote badai 17-8-2021 01:28 AM
Gedik !! Naim gedik!!
Quote beta_carotene 17-8-2021 01:40 AM
See? Terpaling manusiawi la kononnyaaa

So pondan

@RatuDunia94
Quote NEmma 17-8-2021 01:44 AM
Alah, naim ni nak beli jiwa Netizen je...dia pandai ambik peluang dikala rakan2 artis ada yg kena bash.. Duduk diam je boleh x.. Dah jadi mcm Nanaz pulak, semua issue nak menyelit.
Quote Timortimur 17-8-2021 01:53 AM
Serious lah oi
Shut up.Asyik berbunyi sampai  naik muak dengar
Quote hudalarva 17-8-2021 02:22 AM
Walaupun I ni dari golongan prakertu... Tapi I rasa apa yg heols tulis tu mmg ada point...
Quote Kurex 17-8-2021 02:48 AM
Tiap kali artis bagi pendapat, masa tu jugak nak bukak benang.. tak kisah pun Naimah Daniella ni bagi pendapat, tapi ni bukan gosip
Quote marigold90 17-8-2021 05:26 AM
Jengkel la ko ni dik
Quote katakauu 17-8-2021 06:39 AM
memkaka je naeem ni lah meluatttt
Quote wirazam 17-8-2021 06:44 AM
Oklah dia nih...apa yg dia ckp tu ada point...takdelah nak mengampu je
Quote me12345 17-8-2021 07:13 AM
Suka hati lah nk sokong sapa...gaduh nape..sapa pun jd OM..sama jer..suka hati lah nk post kt sosial media masing2
Quote miznora 17-8-2021 07:17 AM
Ah ko bagi pendapat bole orang lain bagi pendapat ko suh pikir dulu. Abih ko ingat pendapat ko tu dah abih pikir?
Quote Chessman 17-8-2021 07:21 AM
I pun rengsa jugak dia ni asyik berbunyi je untuk segala isu semasa dan politik. Dah macam caprice wannabe. Tapi tak dinafikan point dia tu semua betul pun. Cuma tu lah asyik bising je.
Quote cheezel 17-8-2021 07:30 AM
eh bukan kau ke yg taksub mencapap dekat twitter faizal tahir

Lihat semua komen(62)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

24-4-2024 03:46 AM GMT+8 , Processed in 0.056082 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top