CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Ayu Damit Sambung Belajar Di Aswara Sebab Tak Nak Dicop ‘Penyanyi Kosong’

17-8-2021 08:06 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 3513| Komen: 24

Description: Biarpun sudah bergelar seorang penyanyi profesional, Ayu Damit masih gigih untuk menuntut ilmu apabila bakal menyambung pengajian pada peringkat Ijazah Sarjana Muda dalam program Asasi Seni Kreatif di ...
Biarpun sudah bergelar seorang penyanyi profesional, Ayu Damit masih gigih untuk menuntut ilmu apabila bakal menyambung pengajian pada peringkat Ijazah Sarjana Muda dalam program Asasi Seni Kreatif di Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (ASWARA).


Berkongsi kepada Kosmo!, Ayu atau nama penuhnya Norayu Damit, 32, berkata dia berasa teruja apabila ditawarkan untuk menyambung pengajian dalam bidang berkaitan kariernya sebagai penyanyi kerana tidak mahu bergelar ‘penyanyi kosong’.


Kredit: Kosmo

“Alhamdulillah. Kalau ikutkan saya sudah menerima surat tawaran untuk mengikuti pengajian di ASWARA beberapa minggu lalu, namun saya terlepas pandang surat yang dikirim menerusi emel.

“Saya pun sudah menghadiri sesi temu duga baru-baru ini dan akan menyambung pengajian dalam masa terdekat selama tiga semester (setahun). Insha-Allah,” katanya teruja.

Kata Ayu, dia terfikir untuk menyambung pengajian walaupun selepas sekian lama bergelar penyanyi kerana merasakan dia perlu mempunyai ilmu dalam bidang muzik dan dapat menggunakan ilmu tersebut untuk menjadi seorang penyanyi yang baik.

“Sejujurnya saya tidak mempunyai asas ilmu dalam bidang muzik. Mana tahu suatu hari nanti saya dapat menjadi seperti guru vokal, Datuk Syafinaz Selamat?

“Saya merasakan ilmu itu sangat penting untuk menjadikan seseorang itu berjaya dalam karier yang diceburi mereka,” jelasnya kepada Kosmo!

Bertanya tentang pandangan suaminya, Syed Fauzi Syed Baharuddin, Ayu berkata suaminya itu tidak mempunyai apa-apa halangan apabila dia mengambil keputusan untuk menyambung pelajarannya.


Kredit foto: IG Ayu

“Tapi suami ada ingatkan supaya pandai membahagikan masa. Sebab dia tahu saya banyak melakukan pelbagai pekerjaan. Mana nak uruskan perniagaan kek pisang, kuih bahulu dan ladang cili,” katanya.

Dalam pada itu, Ayu percaya usahanya itu mampu menjadi inspirasi kepada orang lain supaya tidak pernah sesekali jemu untuk menuntut ilmu dan berharap dapat menghabiskan pengajiannya. 


Sumber: K! ONLINE

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (1 people)


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote annadonna 17-8-2021 08:11 AM
Kenapa pulak artikel tu tulis dia sambung ijazah sarjana muda. Kan terang terang dia tunjuk surat tawaran tu Asasi Seni Kreatif. Nanti kan esok esok orang cop dia menipu pulak. Even dia sebut lagi dlm interview 3 semester aje.

Good Ayu. Jangan stop belajar.
Quote midori_katana 17-8-2021 08:17 AM
baguih ayu ni.. sentiasa positif dan berpandangan jauh.. iols kagum... macam ni baru lah boleh dijadikan ikutan..
Quote slyfynx 17-8-2021 08:41 AM
Biarpun sudah bergelar seorang penyanyi profesional, Ayu Damit masih gigih untuk menuntut ilmu apabila bakal menyambung pengajian pada peringkat Ijazah Sarjana Muda dalam program Asasi Seni Kreatif di Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (ASWARA).


Jap, ko penulis artikel pun, die baru amik ASASI setahun. Ijazah kalau die sambung lepas tu
Quote mojarean 17-8-2021 08:43 AM
Btw nasi lemak kerang kedai makan dia sedap. Tp apasal ko punya design pintu masuk kedai makan ko punyalah eksklusif ala2 restoran mahal. Orang pun segan nk walk in masuk.
Quote Suchi 17-8-2021 08:51 AM
mojarean replied at 17-8-2021 08:43 AM
Btw nasi lemak kerang kedai makan dia sedap. Tp apasal ko punya design pintu masuk kedai makan ko pu ...

Kat mana kedai dia? Wah banyak ya bisnes dia tp dia nampak biasa2 je hidup.
Patutla dia takde merempan pun,ni siap nak sambung belajar lagi.
Terus je jalan ke depan mcm tu la tau takleh nak buat show bagai haa ada masa terluang buat kek pisang bagai.
Quote Gianna111 17-8-2021 08:56 AM
All the best ayu damit...
Quote mojarean 17-8-2021 09:03 AM
Suchi replied at 17-8-2021 08:51 AM
Kat mana kedai dia? Wah banyak ya bisnes dia tp dia nampak biasa2 je hidup.
Patutla dia takde mer ...

Kt bukit antarabangsa. Boleh tahan sedap kedai dia bg aku.
Quote Tinot7 17-8-2021 09:13 AM
mojarean replied at 17-8-2021 08:43 AM
Btw nasi lemak kerang kedai makan dia sedap. Tp apasal ko punya design pintu masuk kedai makan ko pu ...

Woww.. voley la jjcm bg sapot lepas pandemik..

Ada jual kat grabfood tak?
Quote nakkomenjugak 17-8-2021 09:17 AM
Go ayu!
Study baik2
Quote mojarean 17-8-2021 09:25 AM
Tinot7 replied at 17-8-2021 09:13 AM
Woww.. voley la jjcm bg sapot lepas pandemik..

Ada jual kat grabfood tak?

Aah dia available dlm grab food dan juga food panda. Ni gambar restoran sblm pandemic.
Quote Tinot7 17-8-2021 09:35 AM
Edited by Tinot7 at 17-8-2021 09:36 AM
mojarean replied at 17-8-2021 09:25 AM
Aah dia available dlm grab food dan juga food panda. Ni gambar restoran sblm pandemic.


Tunggu lepas pandemik la.. tak voley hantaq kat tmpt iols..
Quote midori_katana 17-8-2021 09:46 AM
mojarean replied at 17-8-2021 09:03 AM
Kt bukit antarabangsa. Boleh tahan sedap kedai dia bg aku.

banyak juga kedai nama tok mak ni yer... kat tempat iols kedai runcit yg jual barang2 masakan melayu nama sama macam ni juga..
Quote winky1 17-8-2021 09:54 AM
Rajin ayu ni. Jenis tak duk diam cari rezeki.
Quote missbigrockstar 17-8-2021 10:06 AM
Suchi replied at 17-8-2021 08:51 AM
Kat mana kedai dia? Wah banyak ya bisnes dia tp dia nampak biasa2 je hidup.
Patutla dia takde mer ...

Kedai makan ada, ladang cili ada, lani kek pisang pula, nak sambung belajar lagi. Steady ayu ni
Quote lucky_peace 17-8-2021 10:17 AM
bagus ayu, mmg pandai bt bisnes, macam2 dia ceburi... skg sambung belajar lak, dpt jadi contoh untuk anak2 dia juga..
Quote supermum 17-8-2021 10:24 AM
Artis lain yang kurang job bolehla ikut jejak langkah Ayu ni. Tak segan dia jadi farmer dulu. Dah berjaya dia expand buat bidang lain pulak.
Quote Ayda89 17-8-2021 12:46 PM
Rajin nya ayu. Bagussss. Semoga maju jaya ya
Quote Fly_over 17-8-2021 06:32 PM
bagus dia ni. selayaknya di sapot
Quote weirdwaniey 17-8-2021 06:34 PM
Suami dia syed tu dlu mmber sekelas aku.. mmg nakal la dlu… tp dia baik dan xlupa kawan2..

Lihat semua komen(24)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 09:28 PM GMT+8 , Processed in 0.114842 second(s), 50 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top