CARI Infonet

 Forgot password?
 Register
Search
Carian Terbanyak:
CARI Infonet Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

Kantoi Tengah Hantar Mesej Kutuk Anak Orang Dalam Pesawat

17-8-2021 09:35 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 2224| Komen: 15

Description: Seorang ibu yang terlihat penumpang kapal terbang di hadapannya menulis mesej teks tentang kelakuan anak-anaknya, membuat satu video di aplikasi TikTok sebelum ia tular serta mengundang pelbagai komen ...
Seorang ibu yang terlihat penumpang kapal terbang di hadapannya menulis mesej teks tentang kelakuan anak-anaknya, membuat satu video di aplikasi TikTok sebelum ia tular serta mengundang pelbagai komen bercampur-baur netizen.


Dalam video berkenaan, ibu kepada dua cahaya mata itu, Amy Johnson berkongsi tentang mesej yang ditulis oleh penumpang itu yang menyifatkan anaknya sebagai kanak-kanak nakal dalam mesej teks yang mahu dihantar kepada kenalannya, lapor Ladbible.


Gambar hiasan

Mesej itu berbunyi, "Saya sebenarnya tidak menyangka kanak-kanak itu teruk dalam penerbangan tetapi jelas wanita itu tidak menghiraukannya."

Video itu juga menunjukkan yang wanita itu pada awalnya merujuk anak-anak Amy sebagai kanak-kanak nakal (brat) tetapi dia telah menukar perkataan itu kepada anak-anak sebelum menghantar mesej berkenaan.

Amy juga merakamkan komen balasnya tentang perkara itu dengan menyatakan bahawa dia sudah melakukan yang terbaik untuk menjaga tingkah laku anaknya yang berusia empat dan satu tahun namun dia faham yang bukan semua penumpang menyedari usahanya.


Video itu kemudiannya dibanjiri komen yang bercampur-baur apabila ada yang menyokong namun ada juga yang mengecam tindakan Amy memuat naik video berkenaan.

Ada pengguna yang menyatakan bahawa dia terdengar suara kanak-kanak dalam video berkenaan dan ia sama sekali menunjukkan bahawa sebenarnya kanak-kanak itu tidak terkawal.

Terdapat juga warganet yang mempertahankan tindakan penumpang itu dengan mengatakan bahawa dia sudah cukup sabar dengan hanya meluah perasaan melalui mesej teks dan sekadar berdiam diri sepanjang penerbangan.

Amy bagaimanapun membalas komen berkenaan dan menyatakan bahawa dia tidak mahu mencetuskan sebatang situasi kurang selesa, malah dia juga telah memohon maaf atas gangguan yang berpunca daripada anaknya kepada penumpang berdekatan semasa dalam pesawat.

Dia juga mempertahankan bahawa suara kanak-kanak berkenaan adalah milik anak kepada penumpang lain dan bukan anaknya.

Selain komen kecaman, Amy juga mendapat sokongan beberapa pengguna media sosial itu yang menyatakan bahawa mereka faham situasi sukar apabila terpaksa menguruskan kanak-kanak di dalam pesawat kerana mereka ada kalanya tidak boleh duduk diam.

Ada juga yang meninggalkan komen lucu dengan mengatakan bahawa mungkin mereka mahu anak-anak supaya diikat di kerusi dan mulut mereka juga ditutup sepanjang tempoh penerbangan.


Sumber: mStar
1

Bagus
1

Marah
1

Terkejut
1

Sedih
1

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (6 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote che-cikL 17-8-2021 09:41 AM
So, apa nak kena bincang kat sini? Apa konteksnya? Editor Cari cedok random so-called piece of news daripada random reporter?

I advise you tak yah masukkan thread ni dlm borang claim you nanti TT. Carilah bahan yg lebih baik.
Quote _blackbird 17-8-2021 10:03 AM
mana video mak yg offended anaknya tak digemari penumbang lain tu
Quote imransulaiman 17-8-2021 10:10 AM
Zaman bebas naik flight dulu, aku memang agak terganggu oleh kerenah penumpang cilik yang meragam. Tapi dapat kawal perasaan sebab mereka underage. Dan kalau aku bawa anak aku naik flight, belum tentu mereka behave terpuji.

Quote nakkomenjugak 17-8-2021 10:24 AM
teringat time flight ke obersi, budak ni sepanjang flight tu menangis. tak penat keeeee tekak wehhh
flight jauh tuuuuu
Quote supermum 17-8-2021 10:36 AM
Pernah sekali naik flight ada toddler kot menangis sepanjang flight. Aku tak annoy, lebih kepada kesian. Datuk nenek dia bawak kalau tak silap masa tu. Siap FA tolong bawak dia jalan kat aisle. Maybe telinga dia tak selesa or it was his first flight. Kalau budak nakal pegi sepak-sepak seat depan tu memang aku takleh tolerate walaupun aku ada anak jugak. Kalau anak aku tersepak-sepak seat depan memang aku cubit kaki dia
Quote damsel_fiji 17-8-2021 11:15 AM
penah naik flite dgn budak2 bising memekak..klu bayi tu x pe la gak..ni dh 6-7 tahun camtuh..mak pak dia bukan nak suruh diam..mcm monyet perangai
Quote uda 17-8-2021 01:11 PM
supermum replied at 17-8-2021 10:36 AM
Pernah sekali naik flight ada toddler kot menangis sepanjang flight. Aku tak annoy, lebih kepada kes ...

I pernah kena dengan budak2 yang suka tendang2 seat depan. Mak dia disebelah selamba aje.
Lama2 bila tak tahan, I pusing belakang dan minta stop tendang2 tu. Terus masam muka mak dia dan budak tu.
memang ada setengah parents buat tak tahu aje apa yang anak2 buat dalam flight
Quote uda 17-8-2021 01:13 PM
nakkomenjugak replied at 17-8-2021 10:24 AM
teringat time flight ke obersi, budak ni sepanjang flight tu menangis. tak penat keeeee tekak wehhh
...

I pun pernah kena utk flight London - KL. My mum kata : "kesian budak ni, boleh pengsan menagis sepanjang flight!?.
Pastu kami tertidur and bila banguna dah takda dengan budak menangis. Tanya FA- dia kata budak danemak dia dah pindah ke lower deck.
Quote becir 17-8-2021 02:48 PM
uda replied at 17-8-2021 01:11 PM
I pernah kena dengan budak2 yang suka tendang2 seat depan. Mak dia disebelah selamba aje.
Lama2 b ...

U kena budak Kan..I lak lelaki dewasa dok shaking legs sampai bergegar seat I...satu masa I dah tak tahan terpaksa toleh belakang suruh dia stop. Bini dia kat sebelah kemain sentap I tego tok laki bodo dia tu..lol
Quote becir 17-8-2021 02:53 PM
damsel_fiji replied at 17-8-2021 11:15 AM
penah naik flite dgn budak2 bising memekak..klu bayi tu x pe la gak..ni dh 6-7 tahun camtuh..mak pak ...

How long that flight? I kena flight kul - Amsterdam sepanjang flight Tu parents dia biar boys dia dua orang bergado memekak menangis sepanjang flight tu, baya2 cam u cakap Tu la..sampai Rasa nak bangun pegi sepak mak bapak dia punya terganggu dibuatnya..I perasan Ada sorang pakcik melayu ni nak ke toilet sempat tego budak2 tu eh kenapa gado, cakap lembut je tapi I agak dalam hati pakcik tu geram sebenarnya.
Quote xastor9 17-8-2021 03:42 PM
mana video??
Quote Burong_Hantuk 17-8-2021 10:50 PM
Ermm.. pandai2 la Jaga ank sendiri...
Quote chinta89 18-8-2021 04:49 PM
Amy bagaimanapun membalas komen berkenaan dan menyatakan bahawa dia tidak mahu mencetuskan sebatang situasi kurang selesa, malah dia juga telah memohon maaf atas gangguan yang berpunca daripada anaknya kepada penumpang berdekatan semasa dalam pesawat.


pun boleh
Quote chinta89 18-8-2021 04:50 PM
mcm ni kezzah takde info sgt pun boleh jd thread ke.....

porem dh membosankan la skg ni
Quote faraway1 18-8-2021 07:48 PM
Paling teruk budak cam 6 tahun menangis non stop, dari port au Prince Haïti balik Canada.

Bapak dia boleh buat bodoh aje, orang sekeliling potpet buat tak tahu last pramugari datang kasi mainan terus senyap...

Meluat betul..

Syukur walaupun umpat anak orang, my daughter ok aje, last year balik Canada time pandemic, total transit plus masa dalam plane 32 jam, my daughter  masa tu 4 tahun..

happy aje tetapi me jenis parents ads common sense hehehehe

so kat airport bribe my daughter mainan baru, kat Seoul airport, suruh anak pilih 2 mainan baru buat busy dalam plane kemudian.

Lihat semua komen(15)

Kategori Berkaitan




Mobile|Archiver|Mobile*default|CARI Infonet

25-1-2022 07:17 AM GMT+8 , Processed in 0.082991 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top