CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Persenda Soal Malaikat Munkar Dan Nakir, Diva AA Dan DJ Radio Dikecam Biadap Kerana Tak Sensitif

15-8-2021 01:14 AM| Diterbitkan: bubuk_bearbear| Dilihat: 18203| Komen: 138

Description: Azwan Ali atau lebih popular sebagai Diva AA merupakan pengacara terkenal yang tidak pernah lekang dengan pelbagai kontroversi kerana "bermulut laser".



Azwan Ali atau lebih popular sebagai Diva AA merupakan pengacara terkenal yang tidak pernah lekang dengan pelbagai kontroversi kerana "bermulut laser".

Terbaru, nama pengacara berusia 55 tahun itu sekali lagi menjadi buah mulut dan menjadi sasaran kecaman netizen apabila didakwa biadap dan seolah mempermainkan agama apabila diajukan soalan mengenai malaikat Munkar dan Nakir.

Menerusi video yang dikongsikan di Twitter Que Sign No Vek yang mana merupakan video "podcast" terbitan penyampai radio Singapura, OKLETSGO, Azwan ditanyakan soalan yang dihantar oleh pendengar podcast berbunyi, "Apa persiapan Diva AA bila bertemu malaikat Munkar dan Nakir"


Dengan bersahaja Azwan kemudian menjawab soalan tersebut dan disambut dengan hilai tawa dua penyampai yang mengendalikan podcast tersebut.

"Aku akan "sound" Munkar dan Nakir, suruh sebat mak bapak kau dulu," jawabnya selamba.


Video tersebut kemudiannya mendapat perhatian ramai dan turut di muat naik oleh personaliti TV terkenal, Fedtri Yahya di Instagramnya yang terkejut dengan soalan dan jawapan yang diberikan.

"Lawak yg tak sesuai.tak kena tempat.yg jawab tu lagi lah.bila nk sedar tak tau..benda cmni di buat main.tak da akai btol" tulisnya.



Selain Fedtri Yahya, beberapa rakan artis turut terkejut dengan jawapan yang diberikan oleh Azwan.


Video tersebut turut mendapat respon daripada pendakwah terkenal, Ustaz Abdullah Khairi yang turut kesal dengan perkara tersebut.


Netizen yang kurang senang dengan soalan yang diberikan dan juga jawapan biadap pengacara itu turut berharap Azwan Ali akan segera bertaubat.



Diharapkan perkara-perkara mengenai agama janganlah dipersenda atau dijadikan bahan jenaka kerana ia amat sensitif serta berkait dengan soal akidah. - CARI


1

Bagus
2

Marah
2

Terkejut
1

Sedih
2

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (9 people)

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Asdira 15-8-2021 01:26 AM
3-3 tak reti takut..
astaqfirullah..
bertaubatlah sblm terlmbt..
Quote prettyuglybabe 15-8-2021 01:30 AM
abis yang satu retis tu kata malaikat pun malas nak soal bini dia tu apa pulak?
Quote toxicated 15-8-2021 01:33 AM
Aku wonder diva aa mati nnt mcm mana la kan. Takut mati sorg2 dlm rumah tu. Usia dh lanjut, bila nak berhenti mencarut. Dlu bleh accept la dia punya gila tu tp now di saat ramai je artis lain berubah ke arah kebaikan, ko masih la duk mencarut n org pulak yg nak kena paham style bahasa dia
Quote stokin 15-8-2021 01:34 AM
What do u expect? Diva AA kan? Mulut capoi tak takut tuhan.
Quote siq 15-8-2021 01:39 AM
boleh tak banned je so-called diva aa ni? its not funny anymore, but eh, memang tak pernah funny pun selama ni

selalu bila camni orang akan kata "moga sempat bertaubat", tapi dia ni............. ntah, nak doakan yg baik2 pun aku dah tak sudi
Quote Mulotkoyak 15-8-2021 01:42 AM
Video ni dh lame kot.. Rase tahun 2019..nape skg br nk up balik...  Kite patutnye dh ignore pondan tua sekor ni... Die mmg attention seeker. Nk limelight. So xyah peduli kan.
Quote annadonna 15-8-2021 01:45 AM
Alaa esok esok pondan menangislah minta maaffff...
Quote annadonna 15-8-2021 01:46 AM
siq replied at 15-8-2021 01:39 AM
boleh tak banned je so-called diva aa ni? its not funny anymore, but eh, memang tak pernah funny pun ...

Zaman media dah banyak alternatif ni mana boleh ban dah. Selalu yg ban ni media mainstream. Skrg org pun tak layan mainstream. Diva pondan pun menyundal kat media sosial. Tak boleh buat apa. Kecuali tangkap dan penjara dia 7 hari ajelah. Biar kena sondol dlm tu seperti yg dia hajatkan.
Quote lyshafull 15-8-2021 01:48 AM
Kesian betul agama pun bolh buat main
Quote LadyCarefree 15-8-2021 01:49 AM
prettyuglybabe: abis yang satu retis tu kata malaikat pun malas nak soal bini dia tu apa pulak?


Yang tu sedang berada di fasa suci.
Quote aduh2sayang 15-8-2021 01:50 AM
prettyuglybabe replied at 15-8-2021 01:30 AM
abis yang satu retis tu kata malaikat pun malas nak soal bini dia tu apa pulak?


retis mana tu?



Quote readbaca 15-8-2021 01:55 AM
zaman dulu, artis rambut panjang tak boleh masuk tv.
artis laki buka baju pun tak boleh.
knp sekarang artis pesenda agama dibiarkan?
Quote aduh2sayang 15-8-2021 01:58 AM
sedap la nak melawak macam tu sebab hidup masih senang dan masih sihat walafiat. jgn sampai Allah murka, nauzubillahi min zalik... tobat la masa masih ada masa,umur pun dah lanjut.

ke covid sekarang tak cukup menyedarkan..hari2 berpuluh orang meninggal. ingat kita selamanya sihat?
Quote Galgadot22 15-8-2021 02:07 AM
Elok berenti bagi publisiti kat achik pondan ni. Kita dengar rasa seriau
Quote Kiambangmalam 15-8-2021 02:13 AM
Sedih tgk muslim sendiri mainkan agama. Kalau non muslim yg buat confirm lunyai kena bantai.. ni muslim, so boleh dh kot rejam sampai mati si AA ni
Quote awenda507 15-8-2021 02:14 AM
Bongkak. Smga sempat la tobat sblm goll nti aa
Quote naina 15-8-2021 02:16 AM
aduh2sayang replied at 15-8-2021 01:58 AM
sedap la nak melawak macam tu sebab hidup masih senang dan masih sihat walafiat. jgn sampai Allah mu ...

Kan. Sekali Allah tarik nikmat hidup senang dia baru tahu nak cakap baik kot. Baru tahu nak minta simpati pada yang dia dah maki kot
Quote Aikiko 15-8-2021 02:29 AM
Mengarutlah semua nihh

Hope menteri agama sound pondan tua ini n kasik hukuman sekalik

Ini pasal agama islam!!
Lagi satu ko sape nak bagi2 arahan kat munkar nankir...jumpa pun kecut wehh
Quote edayildiz 15-8-2021 02:29 AM
i dok tau la apa mslh dia ni..kuat mencarut.psl malaikat pun buat main ..sian mak ayah dorg ada ank semua mcm xmenjd

Lihat semua komen(138)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

4-5-2024 02:07 AM GMT+8 , Processed in 0.055774 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top