CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Achey Risau Gagal Hubungi Ibu Sejak Jumaat

14-8-2021 03:25 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 3959| Komen: 15

Description: Keadaan kesihatan ibu pelawak Achey iaitu Ngaisah Hassan, 72, menunjukkan perkembangan positif selepas berdepan situasi mencemaskan pada Jumaat.
Keadaan kesihatan ibu pelawak Achey iaitu Ngaisah Hassan, 72, menunjukkan perkembangan positif selepas berdepan situasi mencemaskan pada Jumaat.

Menurut Achey atau nama sebenarnya Mohd Nasir Hamzah, 35, paras oksigen dalam badan juga semakin stabil dan kini berada di wad biasa.


Foto: IG

"Setakat ini, keadaan mak yang saya tahu, dia ok dan kuat. Keadaan dia semakin baik termasuk kadar oksigen dia. Alhamdulillah dia masih dalam keadaan sedar.

"Tidak dimasukkan ke ICU atau ditidurkan... cuma kadang-kadang demam. Dia pun tak boleh nak ke mana-mana dan mungkin tertekan la kot. Saya tengah cari jalan untuk hubungi mak saya.

"Saya pun tak ada dapat nombor telefon jururawat di situ. Apa yang saya boleh buat, hanya hubungi talian yang berhubungi ke kaunter wad sahaja," katanya ketika dihubungi mStar pada Sabtu.


Ibu ahli kumpulan Bocey ini dimasukkan ke Hospital Segamat, Johor pada 3 Ogos lalu selepas disahkan positif Covid-19.


Pada Jumaat, Achey menerusi laman Instagram berharap orang ramai mendoakan keadaan ibunya yang berada dalam keadaan tidak baik.

Dalam pada itu, Achey masih berasa bimbang berikutan tidak dapat menghubungi dan bercakap dengan ibunya sejak pagi Jumaat.



"Sejak pagi semalam selepas doktor hubungi saya sehingga ke hari ini, saya tak dapat nak hubungi mak saya. Dia dah dipindahkan ke wad lain.

"Macam sebelum ini, ada kawan-kawan dia yang tolong angkatkan panggilan telefon dan tolong borak dengan dia. Kalau saya tak dapat hubungi mak, saya akan hubungi kawan dia.

"Saya agak risau juga sebab mak saya ini cepat tertekan kalau tak dapat borak dengan anak-anak dan tak nampak orang yang ambil berat fasal dia," kata Achey.



Sebelum ini, Achey berkongsi khabar duka apabila tiga ahli keluarga iaitu ibu, abang dan kakak disahkan positif Covid-19 dan menerima rawatan di Hospital Segamat.

Achey turut memberitahu adik ipar iaitu Laila dan anaknya, Anaqi pula di bawa Pusat Kuarantin Dan Rawatan Covid-19 (PKRC), Kulai pada pagi Sabtu.



Selain itu, abang Achey sudah dipindahkan ke PKRC di Tangkak, Johor selepas dimasukkan ke Hospital Segamat manakal adiknya yang juga pelawak Natasha Hamzah kini dirawat di PKRC Johor Bahru. -CARI

Sumber: mStar Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Atiesha 14-8-2021 04:11 PM
Semoga diberikan kesembuhan
Quote edayildiz 14-8-2021 04:14 PM
xkenal adik dia yg pelawak tu
btw gws makcik
Quote Ayda89 14-8-2021 04:25 PM
Semoga dipermudahkan urusan & gws ibu achey
Quote Fortiori02 14-8-2021 05:31 PM
Kesian, demoga semuanya dipermudahkan
Quote Suchi 14-8-2021 05:55 PM
Tak boleh bawak tepon ya, sebab mak dia masih sedarkan.
Kalau ditidurkan tepon tu sapa pegang ya? Ahli keluarga dtg ambil ke?
Quote misuke 15-8-2021 12:00 AM
Allahu..peritnya menanggung bila habis ahli keluarga dijangkiti covid..semoga Allah permudahkan
Quote miznora 15-8-2021 12:27 AM
Semoga cepat sembuh makcik
Quote nordin84 15-8-2021 12:32 AM
moga cepat sembuh.. achey ni pn blh tahan kuat langgar sop dan merayap mcm soeb..
Quote Rogue98 15-8-2021 01:16 AM
Semoga semua ahli keluarga achey pulih dari virus covid-19.
Quote annadonna 15-8-2021 01:53 AM
Phone mak dia habis batteri la tu plug tak cukup nak charge. Call lah wad tu mesti nurse akan jawab.
Quote imanjannah 15-8-2021 07:39 AM
moga baik2 aje
Quote Namasayaomel 15-8-2021 11:18 AM

Semoga cepat sembuh makcik
Quote RatuDunia94 15-8-2021 11:39 AM
Stress jugak yer yg jaga phone kat ward tu.. mesti every minutes waris pesakit call.. tanya update..
Quote MsIda 15-8-2021 10:04 PM
Semuga cepat sembuh buat seluruh keluarga achey & dipermudahkan semuanya
Quote syamzana 15-8-2021 10:11 PM
semoga diberi kesembuhan utk semua ahli keluarga yg +ve, terutama maknya tu. dah la cepat stress.

Lihat semua komen(15)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-5-2024 11:36 AM GMT+8 , Processed in 0.111864 second(s), 44 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top