CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Lagi 30 Orang Diperlukan, Pelakon Nak Cukupkan Impian Dating Dengan 365 Orang Wanita

14-8-2021 03:14 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 3335| Komen: 21

Description: Seorang pelakon Tamil, Sunder Ramu hanya memerlukan 30 janji temu lagi bagi melengkapkan sasaran sebanyak 365 pertemuan dengan golongan wanita di negara ini.
Seorang pelakon Tamil, Sunder Ramu hanya memerlukan 30 janji temu lagi bagi melengkapkan sasaran sebanyak 365 pertemuan dengan golongan wanita di negara ini.

Sunder yang merupakan penari profesional dan jurugambar sudah bertemu dengan 335 wanita sejak beberapa tahun lalu.

Dia yang pernah mendirikan rumah tangga dan akhirnya bercerai menjelaskan janji temu itu diadakan bukan mencari jodoh mahupun pasangan hidup.


Foto: BBC

Namun, tindakannya itu lebih kepada memberi kesedaran kepada orang ramai mengenai hak wanita di India.

“Saya sememangnya adalah seorang lelaki yang romantik. Saya mencari cinta setiap hari, namun, idea di sebalik 365 pertemuan bukan hendak mencari pasangan hidup,” katanya kepada BBC di rumahnya di Chennai.


Sunder berkata, dia berkongsikan kisah setiap kali pertemuan dengan golongan wanita dalam Facebook.

Dia pernah membuat janji temu dengan seorang nenek berusia 105 tahun, pemungut sampah di apartmen, paderi berusia 90 tahun, pelakon, model, aktivis serta ahli politik.

“Saya membesar dalam suasana golongan wanita dihormati dan dilayan baik. Malah, saya pergi ke sekolah yang tiada diskriminasi jantina baik lelaki atau wanita.

“Namun, sebaik melangkah keluar, saya mula sedar bagaimana wujud jurang yang besar antara jantina dan ia adalah kejutan budaya besar buat saya,” jelasnya. -CARI

Sumber: Utusan/BBC

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote edayildiz 14-8-2021 03:22 PM
yg pakai baju biru tu ke?  
Quote nakkomenjugak 14-8-2021 04:12 PM
amboiii yang ngedate dengan dia pun lawa2
Quote Skuau 14-8-2021 04:15 PM
pompuan semua lawa..artis lelaki tu...'aku pon tak tau..woo...ooo....'
Quote Ayda89 14-8-2021 04:31 PM
Kiranya perempuan kena bangga la artis mcam dia tak memilih rupa atau taraf untuk dapat date dgn dia? Mcmtu ke hahah
Quote damsel_fiji 14-8-2021 04:43 PM
klu tgk citer tamil pelakon lelaki mmg hauk2 muka kebanyakan..tp yg pompuan lawa2 pulak
Quote midori_katana 14-8-2021 04:45 PM
edayildiz replied at 14-8-2021 03:22 PM
yg pakai baju biru tu ke?

Ku tidak memerlukan kata2 untuk memahami maksudmu!
Quote TomyamPuteh 14-8-2021 05:01 PM
Hensem tara... Manis hada
Quote Aikiko 14-8-2021 05:11 PM
Yang macam ini pun jadi ye??

Tapi takpelah bukan nak wat bibi n bukan nak wat laki ponn
Quote lurve82 14-8-2021 05:12 PM
Nama sunder..nk dkt2 sundel dh tu..
Quote Decaffeinated 14-8-2021 05:35 PM
Aku pulak tak pasti lagi berapa orang diperlukan nak kasi cukup 365. Lebih 30 kot
Quote grouper 14-8-2021 05:37 PM
Nk tgk gambo nenek usia 105 tahun tu
Quote Whitepinkrider 14-8-2021 06:36 PM
asal gentleman mmg org sukerrrrr
Quote Fortiori02 14-8-2021 08:54 PM
Seb bek duda, kalo masih ade bini, mau kena baling ngn pinggan mangkuk
Quote edayildiz 14-8-2021 08:54 PM
midori_katana replied at 14-8-2021 04:45 PM
Ku tidak memerlukan kata2 untuk memahami maksudmu!

hahaha

Quote acik79 14-8-2021 08:57 PM
Banyaknya masa dia ni…. Baik la buat perkara yg lebih berfaedah…
Quote putericahaya999 14-8-2021 08:58 PM
Ala2 sharukhan pencinta wanita
Quote Fortiori02 14-8-2021 08:59 PM
damsel_fiji replied at 14-8-2021 04:43 PM
klu tgk citer tamil pelakon lelaki mmg hauk2 muka kebanyakan..tp yg pompuan lawa2 pulak

Mungkin di mata org2 sana rupa gitu ensem kot chuols. Berperut, misai lentik, hitam manihhh
Quote kaedahnya 14-8-2021 11:07 PM
dia nak buat macam deuce bigalow tu ke dating dengan pompuan tapi tak buat bebenda tak senonoh
Quote miznora 15-8-2021 12:29 AM
Knp nak dating dgn 365 orang je. Kenapa bukan 370.. Bkn 400

Lihat semua komen(21)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

6-5-2024 06:16 PM GMT+8 , Processed in 0.362091 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top