CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Menteri Kesihatan Sri Lanka Dipecat Kerana Galak Sihir, Jampi Lawan Covid-19

16-8-2021 10:17 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 1360| Komen: 3

Description: Presiden Sri Lanka melucutkan jawatan menteri kesihatan yang secara terbuka menggalakkan penggunaan ramuan sihir dan jampi untuk memerangi COVID-19, ketika jumlah jangkitan dan kematian akibat virus i ...
Presiden Sri Lanka melucutkan jawatan menteri kesihatan yang secara terbuka menggalakkan penggunaan ramuan sihir dan jampi untuk memerangi COVID-19, ketika jumlah jangkitan dan kematian akibat virus itu berada pada tahap tertinggi.


Pejabat Presiden Gotabaya Rajapaksa berkata, portfolio kesihatan Pavithra Wanniarachchi telah diberikan kepada Menteri Media, Keheliya Rambukwella yang juga jurucakap kerajaan, lapor AFP.


Kredit foto: SCMP/FB

Wanniarachchi berada dalam rawatan intensif pada Januari lalu selepas dijangkiti virus itu walaupun secara terbuka mengakui mengamalkan pengambilan 'ramuan ajaib' untuk COVID-19 yang dibuat oleh ahli sihir.

Dia juga menuangkan sebotol 'air berkat' ke sungai pada bulan November selepas seorang lelaki yang mengaku dewa memberitahunya bahawa ia akan mengakhiri wabak di negara kepulauan yang berjumlah 21 juta orang itu.


Kementerian Kesihatan Sri Lanka di bawah Wanniarachchi mendapat kritikan hebat minggu lalu kerana mengambil ringan jangkitan COVID-19.

Walaupun diturunkan pangkat, Wanniarachchi kelal berada dalam kabinet di mana beliau diberikan jawatan kurang penting iaitu di kementerian pengangkutan.

Jumlah kematian harian akibat COVID-19 mencecah 150 pada minggu lalu dengan krematorium berdepan kesesakan luar biasa.

Angka jangkitan harian melepasi 3,000, dan dengan hospital yang berusaha untuk mengatasi peningkatan kes, kakitangan kesihatan menyatakan jumlah jangkitan sebenarnya mungkin tiga kali lebih tinggi.

Kerajaan setakat ini menolak permintaan untuk penutupan penuh bagi menahan lonjakan, tetapi minggu lalu mengetatkan sekatan.

Acara pernikahan dan pesta dilarang mulai Selasa, sementara upacara kebesaran dan perjumpaan awam juga dilarang hingga 1 September.

Kedai dan restoran perlu mengikuti perintah berkurung malam bermula Isnin.

Dalam rombakan kabinet, Menteri Luar, Dinesh Gunawardena dan Menteri Pendidikan, Gamini Lakshman Peiris bertukar portfolio masing-masing. 


Sumber: BH Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote nakkomenjugak 17-8-2021 09:26 AM
kalau sesenang tu idok lerrr jadik teruk gini
Quote hereiam 17-8-2021 09:56 AM
adeh la...pun ade
Quote Ayda89 17-8-2021 12:31 PM
Menteri kesihatan, Lawyer lagi tapi kenapa kuno yakmat pemikiran

Lihat semua komen(3)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 02:24 AM GMT+8 , Processed in 0.039789 second(s), 32 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top