CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

Tak Layak Jadi Teman Lelaki Sebab Tak Reti Bancuh Teh

16-7-2021 01:42 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 2833| Komen: 8

Description: Seorang wanita dinasihatkan oleh orang ramai supaya meninggalkan kekasihnya kerana lelaki itu didapati tidak pandai membancuh minuman teh, lapor akhbar Daily Mail kelmarin.
Seorang wanita dinasihatkan oleh orang ramai supaya meninggalkan kekasihnya kerana  lelaki itu didapati tidak pandai membancuh minuman teh, lapor akhbar Daily Mail.

Wanita yang enggan mendedahkan identitinya itu pada minggu lalu berkongsi foto bancuhan teh yang disediakan teman lelakinya di laman web Casual UK subreddit.


Air teh tersebut  kelihatan keruh seperti ‘stok ayam yang dilarutkan dalam air’ dan turut dipenuhi buih.


Teh yang disediakan teman lelaki wanita ini berwarna kuning cair dengan buih di sekelilingnya. -Reddit

“Saya bersedih untuk secawan teh yang disediakan oleh teman lelaki saya,” demikian kapsyen yang ditulis pada gambar tersebut.

Orang ramai yang melihat foto tersebut meninggalkan pelbagai komen tentang teh itu termasuk sebilangan pengguna media sosial yang meminta dia meninggalkan teman lelakinya.

“Adakah dia (teman lelaki) anda okey? Perintah berkurung meninggalkan kesan yang pelbagai kepada orang ramai,” tulis seorang netizen.

“Adakah teh itu dibancuh menggunakan air sejuk? Atau adakah dia menggunakan uncang teh lama yang sudah digunakan?,” kata seorang lagi netizen.

Beberapa individu lain turut berkata mungkin ada sesuatu yang telah dilakukan oleh wanita itu kepada teman lelakinya, menyebabkan lelaki itu ‘melancarkan perang’.

Wanita tersebut bagaimanapun berkata bahawa teman lelakinya itu menyediakan menu sarapan pagi Inggeris yang sangat menyelerakan.


Sumber: Kosmo
1

Bagus
1

Marah
1

Terkejut
2

Sedih
2

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (8 people)

  • Sedih

    Anonymity

  • Kakopi

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Supersirap 16-7-2021 02:12 PM
Jika tidak pandai bancuh teh, boleh belajar apa
Quote nakkomenjugak 16-7-2021 02:15 PM
*tengok casualuk di artikel*

ahhh no wonder
Quote doubleharmonic 16-7-2021 03:49 PM
nak buat teh pon kena ikut standard ISO ko mampoo?

[youtube]nAsrsMPftOI[/youtube]



Quote Xim 16-7-2021 08:22 PM
Rela putus drpd hadap perangai pelik org cmni.....
Quote salmon-suki 18-7-2021 01:03 AM
Putus laa awal2 drpd sengsara lps kawin nti
Quote heythere123 31-7-2021 10:27 PM
tapi teh apa yg dia buat tu sebenarnya?
Quote heythere123 31-7-2021 10:28 PM
untuk si ex-bf tu, mungkin boleh tengok youtube banyak2 lepas ni
Quote heythere123 31-7-2021 10:28 PM
sebelum mengorat, mungkin kena tanya dulu la apa requirement yg nak kena dipenuhi

Lihat semua komen(8)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 05:01 PM GMT+8 , Processed in 0.050329 second(s), 37 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top