CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Ikat Zakar Sendiri Guna Getah Sampai Membusuk

16-7-2021 11:47 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 2630| Komen: 7

Description: SPRINGFIELD, Illinois – Seorang lelaki yang menderita penyakit nyanyuk bertindak ‘mencekik’ zakar sendiri menggunakan getah selama tiga hati hingga ia membusuk, lapor akhbar New York Post, kelmarin ...
SPRINGFIELD, Illinois – Seorang lelaki yang menderita penyakit nyanyuk bertindak ‘mencekik’ zakar sendiri menggunakan getah selama tiga hati hingga ia membusuk, lapor akhbar New York Post, kelmarin.


Pesakit yang berusia 81 tahun yang turut mempunyai masalah kencing manis  itu dikejarkan ke hospital selepas isterinya gagal memujuk dia untuk membuka ikatan getah tersebut.

Ketika di hospital, doktor bertanya kepada mangsa tentang punca dia mengikat getah pada alat sulitnya namun gagal mendapat jawapan kerana dia kelihatan sangat keliru dengan apa berlaku.

Gambar Hiasan
Pemeriksaan lanjut menunjukkan zakar pesakit membengkak teruk dan berubah warna  menjadi kuning dan ungu sekali gus menandakan ia sudah tidak berfungsi.


Bagi mencegah kerosakan lebih teruk pada zakar itu, doktor memilih untuk membakar bahagian yang sudah mati dan mengeluarkannya menerusi pembedahan kecil.

Saluran katerer juga terpaksa dimasukkan ke dalam kemaluan lelaki itu bagi membuang takungan air kencing yang terkumpul sepanjang tiga hari itu.

Pesakit dilaporkan pulih dalam masa lima hari dengan bantuan antibiotik. Namun, dia gagal hadir janji temu susulan dua minggu kemudian. –CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote naina 16-7-2021 12:02 PM
Tak.kencing ke selama 3 hari..ayyo uncle
Quote LadyCarefree 16-7-2021 12:32 PM
Kesiannya. Nasib baik ada isteri.
Quote adelea 16-7-2021 12:45 PM
LadyCarefree replied at 16-7-2021 12:32 PM
Kesiannya. Nasib baik ada isteri.

Pompuan and laki sama je klu nyanyuk ..
Sbb tu la allah hadirkan kita pasangan ...
Utk yg xde pasangan allah hadirkan anak sedara or cucu sedara yg baik hati utk jaga mereka
Quote nakkomenjugak 16-7-2021 01:26 PM
ohh 81.
dont what to say la. haha
Quote any42 16-7-2021 01:45 PM
kesiannya bila dah nynyuk mcm2 prkara luar biasa akn bt
Quote Supersirap 16-7-2021 02:15 PM
Selepas ini diharap dapat menjaga kesihatan ya, kasihanilah orang yang menyayangi dirimu itu
Quote Adrif 16-7-2021 02:50 PM
macam style sida-sida zaman dulu untuk kena kasi

Lihat semua komen(7)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 07:55 PM GMT+8 , Processed in 0.106288 second(s), 52 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top