CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Antarabangsa Lihat artikel

Kareena Kapoor Didakwa Hina Agama, Penganut Kristian Buat Laporan Polis

16-7-2021 12:55 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 3438| Komen: 8

Description: Aktres Bollywood Kareena Kapoor dituduh menggunakan sentimen agama terhadap sebuah buku yang dikarangnya berjudul 'Pregnancy Bible'.
Aktres Bollywood Kareena Kapoor dituduh menggunakan sentimen agama terhadap sebuah buku yang dikarangnya berjudul 'Pregnancy Bible'.

Susulan itu, sekumpulan penganut agama Kristian membuat laporan polis di Kota Beed, Maharashtra terhadap aktres berkenaan pada Rabu.


Menurut pengadu yang juga Presiden Alpha Omega Christian Mahasangh Ashish Shinde, perkataan suci Bible yang digunakan pada judul buku yang dikarang oleh aktres tersebut menggores hati dan perasaan penganut Kristian.

Foto: Times of India

"Perkataan suci Bible telah digunakan dalam judul buku dan ini telah menggores hati dan sentimen keagamaan orang Kristian," kata Presiden itu.

Kareena didakwa sengaja berniat jahat bertujuan untuk memalukan perasaan penganut agama mana-mana kelas dengan menghina kepercayaan agama tersebut.


Pada 9 Julai, Kareena Kapoor melancarkan buku berjudul Pregnancy Bible yang mengisahkan rahsia dan pengalaman melahirkan dua cahaya matanya.

Kareena berkahwin dengan pelakon Saif Ali Khan pada 2012 dan dikurniakan dua orang anak lelaki Taimur Ali Khan,5 dan Jeh, 5 bulan. -CARI

Sumber: mStar/ TimesOfIndia

Bagus

Marah
1

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (1 people)

  • Terkejut

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote scarflicious 16-7-2021 01:43 PM
Islam ke dia ni?
Quote pearl.silver 16-7-2021 02:07 PM
Oh.. I xnk komen pasal diorg marah guna perkataan bible tu
Kang dia nk guna perkataan quran plak
Tp i selalu je nampak tajuk buku guna perkataan bible ni
Quote Orangelily 16-7-2021 02:08 PM

Xde maknanya Islam..same cam bini SRK tu. Laki nye dikabokan keturunan Islam, ketrunan raja gitu..klu x silap iols la
Quote lavendernovella 16-7-2021 02:16 PM
scarflicious: Islam ke dia ni?


Idok.
Quote djzara81 16-7-2021 02:25 PM
My 1st pregnancy dulu aku beli buku tajuk
Your Pregnancy Bible by Dr Anne Dean. Xde ajaran bible pon dlm tu. Rilek2 je western christians xde nk mogok or ban buku tu sbb depa pon tau buku tu juz guna perkataan Bible utk tajuk sbb buku tu complete with information. Lagipon asalnye Greek word Ta Biblia meaning books.
Quote printercomel 17-7-2021 07:07 PM
Now you feel what we felt bila nak guna nama Allah for your worship idols.

Moral, tak payah sibuk nak cross - religion semua ni.
Quote kukukatablog 20-7-2021 01:22 PM
buat la Pregnancy Ramayana Level ker...
Quote SalenaGomez 20-7-2021 06:28 PM
djzara81 replied at 16-7-2021 02:25 PM
My 1st pregnancy dulu aku beli buku tajuk
Your Pregnancy Bible by Dr Anne Dean. Xde ajaran bible po ...

Kan…bible ni maksud nya mcm buku rujukan, a to z info

Bukan ada ajaran bible dlm tu…

Lihat semua komen(8)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

24-4-2024 08:15 AM GMT+8 , Processed in 0.317803 second(s), 37 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top