CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Zikir, Doa, Al-Quran Dan Sedekah Vaksin Paling Ampuh

16-7-2021 11:25 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 4088| Komen: 36

Description: Vaksin paling ampuh dipraktikkan Brunei dan kesultanannya dalam memerangi Covid-19 adalah zikir, doa, al-Quran dan sedekah.
Vaksin paling ampuh dipraktikkan Brunei dan kesultanannya dalam memerangi Covid-19 adalah zikir, doa, al-Quran dan sedekah.

Perkara itu ditegaskan Mufti Kerajaan Brunei, Yang Berhormat Pehin Datu Seri Maharaja Dato Paduka Seri Setia (Dr.) Ustaz Haji Awang Abdul Aziz bin Juned.



MUFTI Kerajaan Brunei (kiri) ketika pelancaran buku Raja Brunei Pelopor Penggunaan Vaksin Ketuhanan di Bandar Seri Bagawan. - AGENSI

“Inilah perisai khusus yang dipegang dan digunakan oleh Brunei dengan mahunya raja kita sendiri selaku pelopor penggunaan vaksin ketuhanan tersebut.

“Sikap dan budi bicara raja ini adalah ia satu sejarah. Sejarah bagi Brunei dan sejarah baginda sendiri. Bahkan tidak salah, kalau kita sifatkan ia juga adalah sejarah kepada dunia, bahawa dalam dunia yang amat luas ini, terdapat seorang raja, kepala negara dan ketua kerajaan yang sedang memerintah sebuah negara kecil yang hanya mempunyai keluasan 5,765 kilometer persegi dan penduduknya pula tidak sampai satu juta tetapi baginda itu secara berhemah dan tersendiri telah mempelopori penggunaan vaksin ketuhanan untuk menolak Covid-19.  


“Dan ternyata, budi bicara baginda ini berhasil menagih berkat, dengan Allah mengizinkan Brunei terkeluar daripada jangkitan Covid-19,” jelas beliau seperti dilaporkan Pelita Brunei.

Beliau mengulas buku bertajuk ‘Raja Brunei Pelopor Penggunaan Vaksin Ketuhanan’ sebagai mengungkap bagaimana Brunei menghadapi dan menangani Covid-19.

Beliau berkata: “Cara menghadapi serta menangani itu pula ditentukan oleh bagaimana perkenan dan mahunya raja kita iaitu di samping sama-sama mengikut dan mematuhi protokol antarabangsa, Brunei juga dikehendaki supaya tidak boleh tidak mesti memperisai dirinya dengan vaksin ketuhanan”.


Sumber: Utusan
1

Bagus
1

Marah
1

Terkejut
1

Sedih
1

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (6 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote makadek 16-7-2021 11:31 AM
Allhamdulilah, semoga anak2 raja depa pn istiqomah
Quote mbhcsf 16-7-2021 11:35 AM
adakah ini satu issue? okaylah ikhtiar baginda dan  rakyat jelata baginda kot untuk berminajat mohon dijauhi. tak salah pun. it is okay.


kat article tu pun tulis Brunei pun patuhi piawaian antarabangsa juga, part of ikhtiar kalau apa yg i faham ni betul , maksudnya ikut SOP and ? vaccine?


tapi Brunei vaccine ape?

dia ikut Singapore ke ?
Quote Buritan 16-7-2021 11:37 AM
Aku pun dah mula berzikir khusus utk mak pak aku somi dan anak anak aku dan diri ku sendiri.. amin
Quote likilu 16-7-2021 12:02 PM
Buritan replied at 16-7-2021 11:37 AM
Aku pun dah mula berzikir khusus utk mak pak aku somi dan anak anak aku dan diri ku sendiri.. amin

Buat berjemaah sama ke buat sendiri niatkan yg lain?

Share sikit amalan
Quote dua_chzy 16-7-2021 12:10 PM
Brunei...Takda kilang sangat bukan negara industrial kan?
Quote mbhcsf 16-7-2021 12:11 PM
by the way puasa arafah in shaa ALLAH isnin ni 9 zulhijjah ...i baru dengar pagi tadi ikimfm ade talks on this zulhijjah
Quote kerunai 16-7-2021 12:12 PM
probeks nak terima ke pasal zikir2 ni seme ? diorng kan urban elit liberal non conformist ..
Quote manzilla 16-7-2021 12:27 PM
mbhcsf replied at 16-7-2021 11:35 AM
adakah ini satu issue? okaylah ikhtiar baginda dan  rakyat jelata baginda kot untuk berminajat mohon ...

Antuvax kalau tak ada magic word 'vaksin' memang tidur tak basah mandi tak lena.
Quote Tinot7 16-7-2021 01:15 PM
brunei dah habis beksin ka?

https://www.bharian.com.my/dunia ... ima-vaksin-covid-19

Brunei sudah memberi kebenaran khas tiga vaksin COVID-19 yang akan digunakan di negara ini, iaitu vaksin Oxford-AstraZeneca, Pfizer-BioNTech dan Sinopharm.

Sebagai tambahan kepada pemerolehan melalui kemudahan COVAX, Brunei akan mendapatkan vaksin melalui kerjasama dua hala. - AGENSI
Quote Samerosie 16-7-2021 01:16 PM
mbhcsf replied at 16-7-2021 11:35 AM
adakah ini satu issue? okaylah ikhtiar baginda dan  rakyat jelata baginda kot untuk berminajat mohon ...

Kawan2 i kat brunei pfizer.
Quote mbhcsf 16-7-2021 01:25 PM
Edited by mbhcsf at 16-7-2021 01:32 PM

i see

Brunei sama maca, kita

Pfizer
AZ
Sinophrma


singapore yg

Pfizer
Moderna
Az

Indonesia

Sinopharm kan

(la ni Pfizer ke US  sapa ke sumbang kan?)

kira rerata ASEAN countries sama je pilhan vaksin depa

kire okayla we are not bad.
Quote mbhcsf 16-7-2021 01:26 PM
Samerosie replied at 16-7-2021 01:16 PM
Kawan2 i kat brunei pfizer.

i see....
Quote Buritan 16-7-2021 01:30 PM
likilu replied at 16-7-2021 12:02 PM
Buat berjemaah sama ke buat sendiri niatkan yg lain?

Share sikit amalan

Aku buat sorang sorang je memandangkan mak aku demebtia.. kalo suh bpk aku dia lg pandai.. so aku buat sorang sorang niatkan pertolingan utk mereka sekali.. aku dah lana bg makan kucing niatnya adalah amalan sedekah utk mak pak aku . Segala sedeoah ke analan baik ke mmg terselit utk depa..
Quote nakkomenjugak 16-7-2021 01:33 PM
Alhamdulillah
Quote kelapaparut 16-7-2021 01:35 PM
Brunei ni mcm perlis je, kite kat malaysia smbhyg bzikir jugak
Quote Ascii 16-7-2021 01:41 PM
mbhcsf replied at 16-7-2021 01:25 PM
i see

Brunei sama maca, kita

indonesia sinovac bkn sinopharm, malaysia sinopharm ydpa yg ambik (and uae bg 2000 dos sinopharm x silap of course la utk royalty la), org biasa x ambik sinopharms ni
Quote mbhcsf 16-7-2021 01:43 PM
Ascii replied at 16-7-2021 01:41 PM
indonesia sinovac bkn sinopharm, malaysia sinopharm ydpa yg ambik (and uae bg 2000 dos sinopharm x ...

okay i see.. thanks..depa sinovac.


Quote stania83 16-7-2021 01:46 PM
kalau orang cina macam mana?
Quote reddots 16-7-2021 01:47 PM
mbhcsf replied at 16-7-2021 01:25 PM
i see

Brunei sama maca, kita

AZ dan Sinopharm dah stop. Now moderna

Lihat semua komen(36)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 09:19 AM GMT+8 , Processed in 0.054874 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top