View: 3136|Reply: 36
|
Zikir, Doa, Al-Quran Dan Sedekah Vaksin Paling Ampuh
[Copy link]
|
|
Vaksin paling ampuh dipraktikkan Brunei dan kesultanannya dalam memerangi Covid-19 adalah zikir, doa, al-Quran dan sedekah.
Perkara itu ditegaskan Mufti Kerajaan Brunei, Yang Berhormat Pehin Datu Seri Maharaja Dato Paduka Seri Setia (Dr.) Ustaz Haji Awang Abdul Aziz bin Juned.
MUFTI Kerajaan Brunei (kiri) ketika pelancaran buku Raja Brunei Pelopor Penggunaan Vaksin Ketuhanan di Bandar Seri Bagawan. - AGENSI
“Inilah perisai khusus yang dipegang dan digunakan oleh Brunei dengan mahunya raja kita sendiri selaku pelopor penggunaan vaksin ketuhanan tersebut.
“Sikap dan budi bicara raja ini adalah ia satu sejarah. Sejarah bagi Brunei dan sejarah baginda sendiri. Bahkan tidak salah, kalau kita sifatkan ia juga adalah sejarah kepada dunia, bahawa dalam dunia yang amat luas ini, terdapat seorang raja, kepala negara dan ketua kerajaan yang sedang memerintah sebuah negara kecil yang hanya mempunyai keluasan 5,765 kilometer persegi dan penduduknya pula tidak sampai satu juta tetapi baginda itu secara berhemah dan tersendiri telah mempelopori penggunaan vaksin ketuhanan untuk menolak Covid-19.
“Dan ternyata, budi bicara baginda ini berhasil menagih berkat, dengan Allah mengizinkan Brunei terkeluar daripada jangkitan Covid-19,” jelas beliau seperti dilaporkan Pelita Brunei.
Beliau mengulas buku bertajuk ‘Raja Brunei Pelopor Penggunaan Vaksin Ketuhanan’ sebagai mengungkap bagaimana Brunei menghadapi dan menangani Covid-19.
Beliau berkata: “Cara menghadapi serta menangani itu pula ditentukan oleh bagaimana perkenan dan mahunya raja kita iaitu di samping sama-sama mengikut dan mematuhi protokol antarabangsa, Brunei juga dikehendaki supaya tidak boleh tidak mesti memperisai dirinya dengan vaksin ketuhanan”.
Sumber: Utusan |
|
|
|
|
|
|
|
Allhamdulilah, semoga anak2 raja depa pn istiqomah |
|
|
|
|
|
|
|
adakah ini satu issue? okaylah ikhtiar baginda dan rakyat jelata baginda kot untuk berminajat mohon dijauhi. tak salah pun. it is okay.
kat article tu pun tulis Brunei pun patuhi piawaian antarabangsa juga, part of ikhtiar kalau apa yg i faham ni betul , maksudnya ikut SOP and ? vaccine?
tapi Brunei vaccine ape?
dia ikut Singapore ke ? |
|
|
|
|
|
|
|
Aku pun dah mula berzikir khusus utk mak pak aku somi dan anak anak aku dan diri ku sendiri.. amin |
|
|
|
|
|
|
|
Buritan replied at 16-7-2021 11:37 AM
Aku pun dah mula berzikir khusus utk mak pak aku somi dan anak anak aku dan diri ku sendiri.. amin
Buat berjemaah sama ke buat sendiri niatkan yg lain?
Share sikit amalan |
|
|
|
|
|
|
|
Brunei...Takda kilang sangat bukan negara industrial kan? |
|
|
|
|
|
|
|
by the way puasa arafah in shaa ALLAH isnin ni 9 zulhijjah ...i baru dengar pagi tadi ikimfm ade talks on this zulhijjah |
|
|
|
|
|
|
|
probeks nak terima ke pasal zikir2 ni seme ? diorng kan urban elit liberal non conformist .. |
|
|
|
|
|
|
|
mbhcsf replied at 16-7-2021 11:35 AM
adakah ini satu issue? okaylah ikhtiar baginda dan rakyat jelata baginda kot untuk berminajat mohon ...
Antuvax kalau tak ada magic word 'vaksin' memang tidur tak basah mandi tak lena. |
|
|
|
|
|
|
|
brunei dah habis beksin ka?
https://www.bharian.com.my/dunia ... ima-vaksin-covid-19
Brunei sudah memberi kebenaran khas tiga vaksin COVID-19 yang akan digunakan di negara ini, iaitu vaksin Oxford-AstraZeneca, Pfizer-BioNTech dan Sinopharm.
Sebagai tambahan kepada pemerolehan melalui kemudahan COVAX, Brunei akan mendapatkan vaksin melalui kerjasama dua hala. - AGENSI |
|
|
|
|
|
|
|
mbhcsf replied at 16-7-2021 11:35 AM
adakah ini satu issue? okaylah ikhtiar baginda dan rakyat jelata baginda kot untuk berminajat mohon ...
Kawan2 i kat brunei pfizer. |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by mbhcsf at 16-7-2021 01:32 PM
i see
Brunei sama maca, kita
Pfizer
AZ
Sinophrma
singapore yg
Pfizer
Moderna
Az
Indonesia
Sinopharm kan
(la ni Pfizer ke US sapa ke sumbang kan?)
kira rerata ASEAN countries sama je pilhan vaksin depa
kire okayla we are not bad.
|
|
|
|
|
|
|
|
likilu replied at 16-7-2021 12:02 PM
Buat berjemaah sama ke buat sendiri niatkan yg lain?
Share sikit amalan
Aku buat sorang sorang je memandangkan mak aku demebtia.. kalo suh bpk aku dia lg pandai.. so aku buat sorang sorang niatkan pertolingan utk mereka sekali.. aku dah lana bg makan kucing niatnya adalah amalan sedekah utk mak pak aku . Segala sedeoah ke analan baik ke mmg terselit utk depa.. |
|
|
|
|
|
|
|
Brunei ni mcm perlis je, kite kat malaysia smbhyg bzikir jugak |
|
|
|
|
|
|
|
indonesia sinovac bkn sinopharm, malaysia sinopharm ydpa yg ambik (and uae bg 2000 dos sinopharm x silap of course la utk royalty la), org biasa x ambik sinopharms ni
|
|
|
|
|
|
|
|
okay i see.. thanks..depa sinovac.
|
|
|
|
|
|
|
|
kalau orang cina macam mana? |
|
|
|
|
|
|
|
mbhcsf replied at 16-7-2021 01:25 PM
i see
Brunei sama maca, kita
AZ dan Sinopharm dah stop. Now moderna |
|
|
|
|
|
|
| |
|