CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Tertekan Akibat Covid-19, Suami Isteri Bagi Anak 9 Bulan Minum Racun

16-7-2021 11:51 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 4249| Komen: 22

Description: SEREMBAN – Pihak polis telah menahan satu pasangan suami isteri di Seremban bagi membantu siasatan selepas satu video tular di Facebook memaparkan perlakuan seorang lelaki yang kelihatan kecewa serta ...
SEREMBAN – Pihak polis telah menahan satu pasangan suami isteri di Seremban bagi membantu siasatan selepas satu video tular di Facebook memaparkan perlakuan seorang lelaki yang kelihatan kecewa serta tertekan akibat penularan pandemik Covid-19.


Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Mohd. Said Ibrahim berkata, video berdurasi 16 minit tiga saat itu turut memaparkan perlakuan lelaki tersebut yang mendakwa memberi minum racun kepada isteri, anak serta dirinya sendiri sebagai salah satu cara untuk mengawal tekanan.


Kredit foto: IG

“Satu laporan polis telah diterima berkaitan video yang tular itu kerana boleh menjadi ikutan dan dorongan yang tidak baik dalam masyarakat dan unsur penganiayaan terhadap kanak-kanak.


“Hasil semakan lanjut mendapati kejadian tersebut berlaku di kawasan Seremban,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Menurut Mohd. Said, susulan laporan itu polis telah menahan pasangan suami isteri tersebut yang masing-masing berusia 29 tahun di sekitar Seremban.

“Suspek lelaki ditahan pada pukul 10.50 malam semalam manakala isterinya ditahan pada pukul 3.15 pagi tadi.

“Siasatan lanjut masih diteruskan, dan dalam video yang tular itu turut menunjukkan anak mereka yang berusia sembilan bulan,” katanya.

Jelas Mohd. Said, pihak polis menasihatkan masyarakat agar tidak mengambil apa-apa tindakan yang boleh mencetuskan ketidaktenteraman awam kerana boleh diambil tindakan dibawah undang-undang

Beliau berkata, kes disiasat di bawah Seksyen 505(b) Kanun Keseksaan, Seksyen 233 Akta Komunikasi Multimedia dan Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001.

Video yang tular di Facebook itu menunjukkan pasangan suami isteri dan anaknya berada dalam sebuah kereta melahirkan rasa tidak puas hati dengan keadaan semasa Covid-19 serta menunjukkan perlakuan mereka meminum cecair dari botol dipercayai racun dengan anak diberikan minuman sama menggunakan picagari. –CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote rainbowrainz 15-7-2021 11:43 AM
Ape nak jd lah...
Quote CiliPadiSedap 15-7-2021 12:37 PM
letak jawatanlah semua biar kerajaan kakitangan gov take over. menteri semua main politik je. rakyat jadi mangsa.

biar gov servant take over and all out perang pandemic covid. dah ada darurat pun kes mencanak naik. tak rasa malu ke??

india menteri2 dia letak jawatan dan full responsibility. lepas letak jawatan kes terus melandai. pergi tengok kes kt india tu belajar dari kerajaan india.
Quote MontanaHannah 15-7-2021 12:40 PM
rasa macam nak mencarut tp aku bertahan.
Quote nazzse 15-7-2021 12:40 PM
CiliPadiSedap replied at 15-7-2021 04:37 AM
letak jawatanlah semua biar kerajaan kakitangan gov take over. menteri semua main politik je. rakyat ...

Lamberttt lagi kaka.
Kena buang pun sanggup lompat sana sini nak masuk balik
Quote CiliPadiSedap 15-7-2021 12:43 PM
nazzse replied at 15-7-2021 12:40 PM
Lamberttt lagi kaka.
Kena buang pun sanggup lompat sana sini nak masuk balik

marah cmne pun xguna. yang penting kita xperlu pergi mengundi pru akan datang. kaka xkan keluar mengundi dah.
Quote pasa 15-7-2021 12:57 PM
ini bukan stress ni namanya B****H.

nak bagi minum racun jgn tunjuk depan org ramai.


Ko nak berak kene cirit mkn julap  ad letak kat socmed ke?
Quote Friska 15-7-2021 01:01 PM
Orang apa ini? Kalau liat di foto kayaq orang India
Quote Kitty_catz 15-7-2021 03:09 PM
tipu... biasa la kelly ng.. heols kena buang kerja sebenoehh



https://www.hiburan.myrnws.com/2 ... Zx_Sxfs24mhhrezVXQA
Quote Decaffeinated 15-7-2021 03:43 PM
Friska replied at 15-7-2021 01:01 PM
Orang apa ini? Kalau liat di foto kayaq orang India

mbak punya foto yang lebih jelas?


Quote lurve82 15-7-2021 03:46 PM
Hilg pekerjaan..kena cekup…hmmm..bila la nk normal balik ni…
Quote CARI-MRO 16-7-2021 11:51 AM
SEREMBAN – Pihak polis telah menahan satu pasangan suami isteri di Seremban bagi membantu siasatan selepas satu video tular di Facebook memaparkan perlakuan seorang lelaki yang kelihatan kecewa serta tertekan akibat penularan pandemik Covid-19.


Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Mohd. Said Ibrahim berkata, video berdurasi 16 minit tiga saat itu turut memaparkan perlakuan lelaki tersebut yang mendakwa memberi minum racun kepada isteri, anak serta dirinya sendiri sebagai salah satu cara untuk mengawal tekanan.




Kredit foto: IG




“Satu laporan polis telah diterima berkaitan video yang tular itu kerana boleh menjadi ikutan dan dorongan yang tidak baik dalam masyarakat dan unsur penganiayaan terhadap kanak-kanak.


“Hasil semakan lanjut mendapati kejadian tersebut berlaku di kawasan Seremban,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.


Menurut Mohd. Said, susulan laporan itu polis telah menahan pasangan suami isteri tersebut yang masing-masing berusia 29 tahun di sekitar Seremban.


“Suspek lelaki ditahan pada pukul 10.50 malam semalam manakala isterinya ditahan pada pukul 3.15 pagi tadi.


“Siasatan lanjut masih diteruskan, dan dalam video yang tular itu turut menunjukkan anak mereka yang berusia sembilan bulan,” katanya.


Jelas Mohd. Said, pihak polis menasihatkan masyarakat agar tidak mengambil apa-apa tindakan yang boleh mencetuskan ketidaktenteraman awam kerana boleh diambil tindakan dibawah undang-undang


Beliau berkata, kes disiasat di bawah Seksyen 505(b) Kanun Keseksaan, Seksyen 233 Akta Komunikasi Multimedia dan Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001.


Video yang tular di Facebook itu menunjukkan pasangan suami isteri dan anaknya berada dalam sebuah kereta melahirkan rasa tidak puas hati dengan keadaan semasa Covid-19 serta menunjukkan perlakuan mereka meminum cecair dari botol dipercayai racun dengan anak diberikan minuman sama menggunakan picagari. –CARI


Sumber: Kosmo
Quote Punat_button 16-7-2021 11:54 AM
Thread dah ada lah labu
Quote Skuau 16-7-2021 12:41 PM
CiliPadiSedap replied at 15-7-2021 12:43 PM
marah cmne pun xguna. yang penting kita xperlu pergi mengundi pru akan datang. kaka xkan keluar me ...


ko x pi undi(membangkang)... pihak/parti/politaik yg ko tak suka tu plak...senang naik...
Quote mamajawie 16-7-2021 12:48 PM
Skuau replied at 16-7-2021 12:41 PM
ko x pi undi(membangkang)... pihak/parti/politaik yg ko tak suka tu plak...senang naik...

alah yg kita undi pun bleh turun tukar gomen..so why bother nk mengundi buang masa je..ujung2 bleh bertukar lak gomen..puihh

Quote Belibis 16-7-2021 12:50 PM
Tak mati pulak..ke jus oren jer.
Quote Skuau 16-7-2021 12:53 PM
mamajawie replied at 16-7-2021 12:48 PM
alah yg kita undi pun bleh turun tukar gomen..so why bother nk mengundi buang masa je..ujung2 bleh ...

aku undi kang...bkn sb suka drng...sekadar mengurangkan majoriti jer...harap xde parti politik menang dgn majoriti terlalu besar....yg buat drng cam besar sgt...jugak.
Quote allshares 16-7-2021 12:53 PM
Bkn btl2 racun kan, mcm nk buat bold statement utk tarik attention gomen la caranya. Tapi libatkan anak is a big no no lah walau hanya lakonan semata.

Ramai yg comment kt fb ckp terjemah kan your frustration thru vote pru, Masalahnya selagi ade yg boleh lompat parti, selagi tu rakyat tak 100% control sape yg memerintah
Quote nakkomenjugak 16-7-2021 01:24 PM
cry for help? ramai lagi stress
Quote Adrif 16-7-2021 02:53 PM
kesian budak tu

bukan kalau kes macam ni, JKM boleh amik budak tu ke, sebab keadaan mak bapak dia membahayakan nyawa budak tu. mental pun tak stabil

harini racun
besok lusa?

Lihat semua komen(22)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 08:29 PM GMT+8 , Processed in 0.195082 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top