CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Seronok Tengok Haiwan Sengsara, Lelaki Dipenjara 12 Minggu

16-7-2021 02:00 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 2207| Komen: 9

Description: Seorang lelaki menganiaya tujuh kucing kerana mempunyai alahan kepada bulunya dan menganggap tidak salah untuk mencederakan haiwan itu kerana ‘ia hanya haiwan’, dihukum penjara 12 minggu.
Seorang lelaki menganiaya tujuh kucing kerana mempunyai alahan kepada bulunya dan menganggap tidak salah untuk mencederakan haiwan itu kerana ‘ia hanya haiwan’, dihukum penjara 12 minggu.

Berita Mediacorp melaporkan Leow Wei Liang, 37, mengalami gangguan spektrum autisme dan personaliti antisosial lain. 

Namun, penilaian Institut Kesihatan Mental (IMH) mendapati kesalahannya itu dilakukan akibat didorong keinginan untuk menyebabkan kesakitan dan kesengsaraan pada haiwan ‘hanya untuk memuaskan hati dan menghiburkan dirinya’.



Tertuduh mengaku bersalah atas tiga tuduhan berlaku kejam terhadap haiwan, manakala empat lagi tuduhan diambil pertimbangan semasa menjatuhkan hukuman.

Mahkamah diberitahu bahawa beberapa kucing dijumpai cedera dalam tempoh sebulan di estet perumahan Ang Mo Kio. 

Seorang penyiasat Lembaga Taman Negara menerima maklum balas tentang insiden mengelar kucing antara 25 April dengan 23 Mei lalu.


Tertuduh dikenal pasti sebagai orang yang bertanggungjawab atas serangan-serangan tersebut. Dia mengaku menggunakan pisau lipat yang dibeli pada April lalu untuk mencederakan tujuh kucing.

Tertuduh memberitahu mahkamah, dia mula terfikir hendak mengelar kucing tahun ini kerana berasa ‘alah pada bulunya dan mahu berseronok memandangkan kucing-kucing itu adalah haiwan jalanan dan bukan manusia’, menurut dokumen-dokumen mahkamah.

Antara mangsanya adalah seekor kucing berwarna putih dengan tompok-tompok kelabu bernama Miki, seekor kucing hitam bernama Kopi, seekor kucing kelabu bernama Milo, seekor kucing bertompok hitam coklat bernama Daughter, seekor kucing calico bernama Mummy, seekor kucing kelabu bernama Dino dan seekor kucing hitam bernama Boyboy.

Kesemua kucing terbabit mengalami luka pada bahagian perut dan bahagian antara tulang rusuk dan punggung hingga ‘luka besar kulit terlapah’ pada bahagian belakang badan.


Sumber: Utusan
1

Bagus
1

Marah
1

Terkejut
1

Sedih
1

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (6 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote nakkomenjugak 16-7-2021 02:09 PM
ohhhh. kat sini kalau deme langgar orang, deme dapat oku kad. memang jenis senang mental ke apa entah. idk.
neway, cederakan diri sendiri jela. nak cederakan pun makhluk tak melawan.
Quote clarizsa 16-7-2021 02:49 PM
Kejamnya ish ish
Quote namr 16-7-2021 03:02 PM
Psychopath
Quote manzilla 16-7-2021 03:59 PM
Tak lama lagi orang Melayu sudah boleh gantikan takut hantu dengan takut orang gila.
Quote I.K.A888990 16-7-2021 04:43 PM
baik kau jadi binatang je.
kejan giler
Quote SecretLuv 18-7-2021 01:22 AM
Patut cederakan diri kau sendiri. Menganiaya binatang yang tak boleh melawan buat apa. Sakit pulak hati baca berita ni. Sepatutnya hukum penjara lama sikit. Bagi sebatan sekali biar dia rasakan macam mana sakitnya kucing tu terseksa.
Quote gigahertz 18-7-2021 10:51 PM
SecretLuv replied at 17-7-2021 05:22 PM
Patut cederakan diri kau sendiri. Menganiaya binatang yang tak boleh melawan buat apa. Sakit pulak h ...

i rasa kalau dia ada wife pun habis wife jadi mangsa toreh
Quote aiyaya2708 26-7-2021 07:10 PM
Yang kejam sangat ni napeeee
Quote laradelara 26-7-2021 08:33 PM
12 minggu je penjara? Hmm... Semoga cpt cash lah hidup di dunia ni

Lihat semua komen(9)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 01:43 AM GMT+8 , Processed in 0.041544 second(s), 38 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top