CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Dua Remaja Perempuan Nyaris Maut Diseret Kereta Terbabas

16-7-2021 04:06 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 2318| Komen: 10

Description: Dua pelajar perempuan berusia 13 dan 15 tahun nyaris maut apabila dirempuh kenderaan di Jalan Apas Parit, pada Khamis.
Dua pelajar perempuan berusia 13 dan 15 tahun nyaris maut apabila dirempuh kenderaan di Jalan Apas Parit, pada Khamis.

Sebelum kejadian pada pukul 2.30 petang itu, kereta Toyota GL yang dipandu lelaki berumur 37 tahun itu dari arah bandar Tawau hendak menuju ke Batu 15 Jalan Apas Parit.


Ketua Polis Daerah Tawau, ACP Peter Umbuas berkata, apabila kenderaan tersebut tiba di selekoh tajam, brek kenderaan gagal berfungsi menyebabkan pemandu hilang kawalan dan kenderaan dipandu terbabas ke bahu jalan ke arah jalan bertentangan.



"Pada masa sama, kedua-dua mangsa sedang berjalan kaki di bahu jalan sebelah kanan lalu dirempuh dan diseret kenderaan tersebut hingga menjunam ke dalam parit menyebabkan kedua mangsa terperosok di bahagian bawah hadapan kenderaan tersebut,” katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.

Orang awam yang berada di lokasi kejadian itu segera membantu mengeluarkan dan terus menghantar mangsa ke wad kecemasan Hospital Besar Tawau untuk mendapatkan rawatan.


"Akibat kejadian itu, mangsa Fatimah Chaw, pelajar tingkatan satu mengalami kecederaan patah paha kaki kanan dan terseliuh bahu sebelah kanan dan dilaporkan stabil, manakala mangsa kedua Ramadhani, pelajar tingkatan tiga patah paha kaki kanan dan dilaporkan kritikal,” jelas beliau lagi.

Siasatan awal polis di lokasi kejadian mendapati pemandu tidak mempunyai lesen memandu dan merupakan pemegang pasport IMM13 serta turut membawa penumpang lelaki berumur 40 tahun yang duduk di bahagian hadapan kiri ketika kejadian.

Polis turut mengenal pasti kemalangan berpunca daripada sikap pemandu yang memandu laju sehingga hilang kawalan di kawasan selekoh menyebabkan dia terbabas ke bahu jalan bertentangan.

Kes disiasat di bawah Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.


Sumber: AWANI
2

Bagus
1

Marah
1

Terkejut
1

Sedih
1

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (7 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote ultra78 16-7-2021 04:16 PM
Agaknya umur kereta lagi tua daripada umur pemandu
Quote Belibis 16-7-2021 04:18 PM
Tulis paha orang dah tau la..tak perlu sambung paha kaki kanan..paha kaki kiri..
Quote Skuau 16-7-2021 04:28 PM
Pemegang pasport IMM13???
Quote nakkomenjugak 16-7-2021 04:38 PM

IMM13 adalah Pas lawatan sosial bagi pelarian Filipina yang memasuki Sabah tanpa dokumen perjalanan antarabangsa yang sah dari akhir tahun 1972 hingga beberapa ketika pada tahun 1984. Sebanyak 73,000 orang telah didaftarkan pada masa Kementerian Dalam Negeri berhenti memberikan IMM13 ini pada tahun 1984.
Quote Skuau 16-7-2021 04:59 PM
nakkomenjugak replied at 16-7-2021 04:38 PM
IMM13 adalah Pas lawatan sosial bagi pelarian Filipina yang memasuki Sabah tanpa dokumen perjalana ...


kiranya kes ini ''SABAHAN DILANGGAR PILAK'???(amik drp Singapura dilanggar todak)
Quote nakkomenjugak 16-7-2021 05:48 PM
Skuau replied at 16-7-2021 04:59 PM
kiranya kes ini ''SABAHAN DILANGGAR PILAK'???(amik drp Singapura dilanggar todak)

Nampak gaya gitu lerrr
Quote I.K.A888990 16-7-2021 07:29 PM
kesian budak2 tu psl kan org bodoh memandu
Quote any42 16-7-2021 07:51 PM
ngeri baca part tperosok tu. dah la xde lesen pastu bwk kete laju
Quote Fortiori02 17-7-2021 07:42 AM
Dah la x dek lesen, bawak laju pulak tu. X pasal2 eksiden menyusahkan org. Kesian mangsa2 tu
Quote JunkMail 17-7-2021 08:13 AM
Pas lawatan sosial ni takde expired date ke? Lama dah tu bersosial di Sabah

Lihat semua komen(10)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

18-4-2024 01:09 PM GMT+8 , Processed in 0.055953 second(s), 39 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top