CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

'Kita Dah Buat Beberapa Kesilapan' - KJ

16-7-2021 02:13 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 6860| Komen: 37

Description: Menteri Penyelaras Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK), Khairy Jamaluddin Abu Bakar mengakui menteri yang melanggar prosedur operasi standard (SOP) merosakkan kredibiliti Perintah Kawalan Per ...
Menteri Penyelaras Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK), Khairy Jamaluddin Abu Bakar mengakui menteri yang melanggar prosedur operasi standard (SOP) merosakkan kredibiliti Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) penuh di negara ini.


Dia yang juga Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi itu berkata, tindakan berkenaan antara faktor rakyat sudah kurang percaya terhadap keberkesanan Sekatan Pergerakan Penuh.


Kredit foto: Bernama

“Saya rasa dari sudut itu, kita telah melakukan beberapa kesilapan,” katanya dalam wawancara bersama The Sydney Morning Herald dan The Age.

Khairy berkata, walaupun tidak ada negara yang mempunyai tindak balas sempurna di dunia dalam membendung krisis kesihatan, kerajaan boleh melakukan perkara tertentu dengan lebih baik.

Menurutnya, setelah beberapa ketika, sangat sukar untuk membuat orang ramai mematuhi sekatan pergerakan disebabkan keletihan.


“Saya tidak menyalahkan orang ramai. Untuk mematuhi had dan sekatan di luar kebiasaan ini ke atas tingkah laku atau pergerakan anda (adalah sukar). Akhirnya, akan ada masanya rakyat tidak berwaspada.” ujar beliau.

Menyentuh percaturan program imunisasi, Ahli Parlimen Rembau itu berkata, Malaysia berupaya memacu kadar inokulasi di seluruh negara hasil rundingan semula dengan pembekal vaksin Covid-19.

Beliau berkata, pendekatan itu adalah jalan terbaik memandangkan perolehan bekalan vaksin hanya dari satu saluran bakal mengundang risiko.

“Sebab itu kita runding dengan pelbagai pihak dan memperluaskan sumber portfolio vaksin,” katanya.


Sumber: Sinar Harian
1

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (1 people)

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote nakkomenjugak 16-7-2021 02:16 PM
well u think????
Quote nellyberry 16-7-2021 02:19 PM
Kesilapan jugak nak vaksin tu kena register guna MySejahtera.
Quote noell 16-7-2021 02:22 PM
nellyberry replied at 16-7-2021 02:19 PM
Kesilapan jugak nak vaksin tu kena register guna MySejahtera.

awat sis tak dpt tarikh pi cocok lg ka camna?
Quote mbhcsf 16-7-2021 02:22 PM
u blame the public aje? hmm?

i rasa most public yg ikut akan ikut bebetul dan of course ada yg tak kisah

tapi yg sektor cluster keje  tu takkan nak kelompokkan kat public juga?
Quote Kitty_catz 16-7-2021 02:26 PM
kesilapan plg besau

tak nak reveal berapa kita bayo ukt vaccine

Quote nellyberry 16-7-2021 02:32 PM
noell replied at 16-7-2021 02:22 PM
awat sis tak dpt tarikh pi cocok lg ka camna?

Cheq dah complete 2 dose.
Tapi cheq rasa mysj tu lousy.
Apo, depa yg register awal-awal lagi sampai sudah tak dpt date.
Tak reti queuing guna FIFO ka?
Quote edayildiz 16-7-2021 02:53 PM
bila nk dpt vaksin
i jeles org lain semua dh post gmbar..i berangan nk post jua kt ig tp sbb dh lambert sgt dr org lain..xmo la post
tgk kt turki tu cpt bethol tp tamo la compare turki ngn malayze nnti kena kecam suruh pindah sana
Quote Zeatyisaac 16-7-2021 03:36 PM
Ini bukan kerana tidak mempunyai tindak balas sempurna, tapi tindak balas selfish para menteri yang langgar SOP sesuka hati tanpa dikenakan apa2 tindakan.

Rakyat dah penat disebabkan VIP pembawa rantaian Covid19.
Quote sukacactus 16-7-2021 03:44 PM
edayildiz replied at 16-7-2021 02:53 PM
bila nk dpt vaksin
i jeles org lain semua dh post gmbar..i berangan nk post jua kt ig t ...

Kannn… tgk brother malaysian yg dok kat turki tu buat video cemana nak booking slot vaksin kat sana mcm mudah dam simple je kan
Quote edayildiz 16-7-2021 04:07 PM
sukacactus replied at 16-7-2021 03:44 PM
Kannn… tgk brother malaysian yg dok kat turki tu buat video cemana nak booking slot vaksin kat sa ...

aah kan..kat sini lambert lg nk gitu
Quote I.K.A888990 16-7-2021 05:09 PM
asal kau x warning je dgn menteri2 semua
ke takut
Quote honam 16-7-2021 05:12 PM
mcm mana la KJ dengan sinovac dia
Quote noor2 16-7-2021 07:09 PM
Aku ingat kesilapan pasal vaksin yg dia terima tu....seriau aku....
Quote Ciktiekus 16-7-2021 07:28 PM
Kitty_catz: kesilapan plg besautak nak reveal berapa kita bayo ukt vaccine


Ade org yg reveal dh aritu..ape2 jenis bajet pn ade sontotan..acam tak tau {:smile
Quote missus_meow 16-7-2021 07:55 PM
yes kj, ppl dont believe in the emco anymore .... any ideas to rectify the situation?
Quote Nham22 16-7-2021 08:03 PM
Bile dh budget 70juta tp tinggal serpih2x saja jd 20juta..org ni amik sikit.. Org tu amik sikit..... Mane nak bangun dgn jayenye pogram vaksin tu... Tinggal serdakk ja budget nye...
Quote brunette 16-7-2021 08:03 PM
sukacactus replied at 16-7-2021 03:44 PM
Kannn… tgk brother malaysian yg dok kat turki tu buat video cemana nak booking slot vaksin kat sa ...

Boleh share link dia.  Aku nak tgk process dia
Quote ninja boy 16-7-2021 08:11 PM
Edited by ninja boy at 16-7-2021 08:15 PM

Buatkan style China palang rumah penduduk, sebat rakyat, stage 5 terus humban ke inisterator kasi bakar,  katup sempadan,  spray semua tempat, pasti turun cepat kes
Ini Malaysia Ada miti, semua x ikut sop, pkp sama saja,
Quote Tinot7 16-7-2021 08:17 PM
edayildiz replied at 16-7-2021 02:53 PM
bila nk dpt vaksin
i jeles org lain semua dh post gmbar..i berangan nk post jua kt ig t ...

Iols pun tak post gambaq.. chill2 jahh.

Lihat semua komen(37)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 03:42 PM GMT+8 , Processed in 0.139289 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top