CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

Instafamous Tak Tahan Sebak Melaka Jadi Padang Jarak Padang Tekukur

19-7-2021 10:43 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 8171| Komen: 35

Description: Satu perkongsian video pensohor media (instafamous), Otam Blurr atau nama sebenarnya, Mohd Rustam Johari membuatkan ramai sayu hati apabila negeri kelahirannya, Melaka yang terkenal dengan aktiviti pe ...
Satu perkongsian video pensohor media (instafamous), Otam Blurr atau nama sebenarnya, Mohd Rustam Johari membuatkan ramai sayu hati apabila negeri kelahirannya, Melaka yang terkenal dengan aktiviti perlancongan kini boleh diibaratkan seperti padang jarak padang tekukur.


Menerusi video yang dimuat naik, Otam yang terkenal dengan untaian video parodi itu mengalirkan air mata mengenang nasib negeri Melaka yang kini vakum daripada sebarang lawatan pelancong disebabkan wabak Covid-19.


Seorang 'instafamous' berkongsi rasa sedih melihat keadaan di Bandaraya Melaka yang tidak lagi riuh seperti dahulu.

“Jalan-jalan di sini tapi rasa sebak. Betul sebak.. (menahan nafas panjang).

“Sebab tak tahu nak cakap macam mana. Selama ini, kita di sini tengok pelancongan giat sangat di Melaka. Tapi, apabila tiada pelancong, sumpah weh sedih sangat,” ujar Otam dalam nada penuh beremosi seraya mengalirkan air mata dalam video yang dimuat naik.


Hantaran video lelaki itu turut mendapat perhatian aktres hebat, Nad Zainal yang menulis dalam ruangan komen: “Nanti habis dos kedua, aku datang ya Otam. Tunggu habis Covid ini.”

Sebelum Covid-19 melanda, negeri bersejarah itu memang jarang lengang daripada aktiviti pelancongan.

Terkenal dengan juadah signatur asam pedas dan aktiviti malam bersukaria menghayati panorama Bandaraya Melaka termasuklah berjalan perlahan-lahan sambil duduk berehat menaiki beca berwarna-warni, kemeriahan itu kini hanya tinggal kenangan sehinggalah wabak Covid-19 benar-benar dapat dikawal sepenuhnya di negara ini.

Satu laporan media sebelum ini menyebut, berdasarkan jumlah pembaharuan keanggotaan dengan Persatuan Ejen-ejen Pelancongan dan Pengembaraan Malaysia (MATTA) tahun 2021, 50 peratus pengusaha sektor pelancongan di negeri bersejarah tersebut telah menutup pintu perniagaan masing-masing. 


Sumber: K! ONLINE

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote exclusive_vvip 19-7-2021 11:01 AM
mcm2…org cameron,melaka time zaman pelancong berduyun, mengomel itu ini…time PKP takde pelancong, menangeh pulak..hmmm
Quote nuhanis 19-7-2021 11:04 AM
Tapi orang melaka mesti suka kan? Sebab tak sesak and tak jam. Kan?
Quote dejure 19-7-2021 11:06 AM
exclusive_vvip replied at 19-7-2021 11:01 AM
mcm2…org cameron,melaka time zaman pelancong berduyun, mengomel itu ini…time PKP takde pelancong,  ...

Itulah kan..hari tu bila langkawi org datang berpusu2 semua memekak takut kluster baru katanya..hakikatnya xde pon kluster tu.tp kesian jugalah pada pengusaha pelancongan skg ni.
Quote sapeka 19-7-2021 11:10 AM
Dah kenapa?
Sblm pandemik bukan dok bising ke weekend je Melaka sesak
Dah x sesak ni
Enjoy la
Quote ctamira 19-7-2021 11:17 AM
sapeka replied at 19-7-2021 11:10 AM
Dah kenapa?
Sblm pandemik bukan dok bising ke weekend je Melaka sesak
Dah x sesak ni

kan... betul gak tu
Quote mdhelmi 19-7-2021 11:20 AM
aku pon sebak sbb x bole main futsal
Quote nellyberry 19-7-2021 11:22 AM
Masa ni la geng-geng Melaka nak p makan Asam Pedas, jalan-jalan ambik gambar kat A Famosa, naik cruise tu.  Selama ni kan sesak dgn org luar.
Quote hidet 19-7-2021 11:23 AM
bertabah la sektor pelancongan semuaa..iols ni kalau sempadan negeri dah dibuka..tak sabar rasanya nak rempuh..hihi
Quote SedihPedih 19-7-2021 11:42 AM
Laa..awat nk emo2 ni?..semua pun sama daa.. mall pun x ramai..
Quote salmon-suki 19-7-2021 11:49 AM
Yenstafeymes??sape dia ni? Self-claimed jgk ke?org xnak melawat tmpt2 bersejarah dah,lg tggu2 nk g pantai,nature pny haa..relax2 minda
Quote Orix 19-7-2021 12:37 PM
Iols rinduuu nak jalan Banda Hilir - Kg Jawa - Jonker - Dataran Pahlawan - Klebang
Quote kakigojes 19-7-2021 01:23 PM
Errr sorry to say, but kenapa nak sedih? Kau lagi suka orang datang Melaka, pastu dapat covid and sakit and meninggal??

I mean, aku tak tau la apa significantnye melaka dgn kau, but mcm over pulak nak sedih sebak bagai. Melainkan kau bawak beca kat melaka, takde pendapatan langsung, lantas tak mampu bayar duit sewa, lantas dihalau rumah, dan kini merempat di jalanan, makan sisa2 sampah. Yang tu boleh la nak sebak2 masuk bersamamu.

Ntah2 tak sebak mana pun, content je lebey… sorry ter-hitam sikit hati.. but if you sebak sangat; bukan tak boleh cari jalan kreatif, I wonder why orang tak buat “virtual tour” - just 1-2hr mengenai sejarah ke, and if you orang sana yang boleh keluar, then bawak la phone buat vlog (but kene work dengan MOTAC la) karang sesak pulak dgn tourist guide, tak pasal2 ada cluster baru
Quote Thecatnextdoor 19-7-2021 01:27 PM
Pelik sungguh laaa
I dok kedah so time pkp boleh rentas daerah tu pergi langkawi best sangat sbb tak sesak, tp mmg kesian sgt tgok kereta2 sewa langkawi tersadai je sbb takde pelancong
Tp yelah time mcm ni la locals ptt aktif tengok2 negeri sendiri
Quote lifeline 19-7-2021 01:34 PM
last iols p melaka ni tahun lepas la bulan 9...pastu dah mereput smpi skrng..sempat la bulan 12 tu jalan2 ja

aishhh rindunyaaaa hai nak jalan jalan
sblum ni pantang wiken msti x lekat kt rumah

skrng ni dah xtau nk duduk mcm mana lagi da kt rumahh
Quote jebatmaspunyer 19-7-2021 02:16 PM
apo nak sedih? sebelum Covid19 orang Melaka jugak y banyak merungut tak senang nk bergerak kenderaan banyak org mai Melaka. Siap kata apalah y menarik sgt ni suka sgt mai Melaka. Bersyukurlah skrg x ramai. Nikmati kebebasan y ada ni..
Quote nakkomenjugak 19-7-2021 03:13 PM
enjoy while it lasts
Quote hotmak 19-7-2021 04:19 PM
dulu kemain marah org lembah klang dtg every weekend, skrg enjoy lah dah takde sapa boleh masuk bandar korang tu

katanya dekat jonker walk byk kedai tutup dah kan
Quote sayawifenikmie 19-7-2021 09:05 PM
.. serius you all tak sedih ?

dia sedih melihat melaka sunyi sepi
orang lain sedih tak daopat balik ziarah ibu ayah keluarga
orang lain swedih kehilangan kerja

ramai orang sedih ....
Quote cmf_premierleag 19-7-2021 09:35 PM
gediknya la kan.ms ramai org dtg sana dulu, org melaka gak yg ckp TAK SUKA sbb jem bagai
skang ni bersayu2 syahdu tangkap pilu apsal?
korang yg nak sgt tak jem kan
so?? Tuhan dh makbulkan doa tu tak reti2 nk bersyukur ke?

Lihat semua komen(35)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

16-4-2024 07:30 PM GMT+8 , Processed in 0.607575 second(s), 64 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top