CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Duduk Bawah Katil Rumah Janda Buat Apa Tu?

15-7-2021 10:37 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 2074| Komen: 2

Description: Alor Setar: Seorang lelaki ditemui menyorok di bawah katil rumah seorang janda ketika pegawai masjid bersama anggota polis melakukan pemeriksaan di sebuah rumah kampung di Kota Sarang Semut di sini, h ...
Alor Setar: Seorang lelaki ditemui menyorok di bawah katil rumah seorang janda ketika pegawai masjid bersama anggota polis melakukan pemeriksaan di sebuah rumah kampung di Kota Sarang Semut di sini, hari ini.


Lelaki berusia 32 tahun itu berbuat demikian kerana bimbang dicekup khalwat kerana menumpang di rumah janda berusia 33 tahun.


Foto: Harian Metro

Ketua Penolong Pengarah Bahagian Penguatkuasa JAIK Syeikh Radzi Abdul Mutalib berkata, pada serbuan jam 7.30 pagi tadi, lelaki yang bekerja di kedai besi itu memberi alasan menumpang di rumah wanita berkenaan.

Beliau berkata, pemeriksaan mendapati, rumah itu turut dihuni bapa wanita itu dan tiga anaknya.

"Bapa wanita itu dipercayai sakit dan ketika inilah lelaki itu mengambil kesempatan menumpang di rumah wanita berkenaan.

"Ketika pemeriksaan, lelaki itu menyorok di bawah katil dalam bilik kedua rumah berkenaan untuk mengelak daripada ditahan," katanya pada kenyataan.

Radzi berkata, pasangan itu ditahan kerana disyaki berkhalwat selepas gagal menunjukkan sebarang dokumen membuktikan mereka pasangan suami isteri atau mahram.

Beliau berkata, mereka kemudian dibawa ke balai polis berhampiran untuk laporan tangkapan.

"Kes disiasat mengikut Seksyen 25 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Kedah 2014 kerana disyaki berkhalwat.

"Sabit kesalahan boleh didenda tidak lebih RM3,000 atau dua tahun penjara atau kedua-duanya sekali," katanya. -CARI

Sumber: Harian Metro
2

Bagus
3

Marah
5

Terkejut
3

Sedih
2

Lawak
4

Bosan

Friends Rank (19 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Raline 15-7-2021 10:54 AM
https://mforum1.cari.com.my/foru ... =1259824&extra=

dah ada ommm
Quote pikah89 27-7-2021 11:18 AM
Hahhahhhha adoiiii

Lihat semua komen(2)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 12:05 PM GMT+8 , Processed in 0.043606 second(s), 31 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top