CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Lim Guan Eng Datang Rumah Anjali Jam 2 Pagi

15-7-2021 11:42 AM| Diterbitkan: kp5x| Dilihat: 2990| Komen: 6|Original author: Oleh: kp5x

Description: "Suami minta saya bersiap kerana ada tetamu akan datang. Saya dimaklumkan beliau adalah Lim Guan Eng. Saya turut mengejutkan ibu yang sedang tidur sebelum bertemu dengan Guan Eng, malah kami sempat ...
"Suami minta saya bersiap kerana ada tetamu akan datang. Saya dimaklumkan beliau adalah Lim Guan Eng. Saya turut mengejutkan ibu yang sedang tidur sebelum bertemu dengan Guan Eng, malah kami sempat bergambar untuk kenangan," kata Datuk K Geethanjali Gausilla, 35 yang juga merupakan saksi pertama bagi kes rasuah berhubung pembinaan terowong dasar laut dan projek pembinaan jalan utama di Pulau Pinang membabitkan bekas Ketua Menteri Pulau Pinang dan Menteri Kewangan Lim Guan Eng.



Foto : FMT

Memetik Sinar Harian, Geethanjali yang juga merupakan seorang pelakon memberitahu Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur pada Selasa bahawa dia tidak mengetahui perbincangan sulit antara suaminya dan Lim Guan Eng ketika bekas Ketua Menteri Pulau Pinang itu hadir di rumahnya di Petaling Jaya pada jam 2 pagi sekitar Ogos 2017.

Ketika membaca pernyataan saksi, dia berkata, dia tidak pernah berkongsi maklumat atau berbincang apa-apa isu berkaitan suaminya, Datuk Sri G Gnanaraja dengan Lim Guan Eng.


Di dalam kejadian empat tahun lalu itu, dia telah dikejutkan oleh suaminya pada jam 2 pagi memaklumkan kehadiran seorang tetamu dan selepas selesai sesi bergambar, suaminya meminta dia dan ibunya beredar kerana mereka perlu berbincang perkara sulit dengan seorang lagi individu dikenali iaitu Datuk Zarul Ahmad Mohd Zulkifli. 

Menurutnya, itulah kali pertama Guan Eng datang ke rumahnya, namun Zarul hadir beberapa kali atas urusan perniagaan.

Ketika pemeriksaan utama oleh Timbalan Pendakwa Raya, Wan Shaharuddin Wan Ladin, Geethanjali mengesahkan beberapa gambar yang diambil menggunakan telefon bimbit Zarul.

Ketika disoal balas oleh peguam yang mewakili Lim Guan Eng, Gobind Singh Deo, Geethanjali berkata, dia sudah biasa bertemu dengan ahli politik dan ia bukan satu perkara luar biasa.

Gobind : Kadangkala Datuk akan ambil gambar bersama ahli politik?

Geethanjali : Ya

Gobind : Jika di rumah, Datuk kerap diziarah ahli politik?

Geethanjali : Tidak sangat. Saya rasa tak pernah sebab biasa jumpa di pejabat.

Gobind : Jadi pertemuan dengan ahli politik bukan satu masalah atau perkara luar biasa?

Geethanjali : Ya


Gnanaraja dan Zarul. Foto : Mkini

Zarul yang merupakan Pengerusi konsortium yang terlibat dengan projek kontroversi infrastruktur Pulau Pinang itu telah direman selama 11 hari susulan serbuan oleh SPRM pada Januari 2018 namun sehingga kini tiada sebarang tuduhan lagi yang dikenakan terhadapnya manakala suami Geethanjali, Gnanaraja telah dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Shah Alam pada April 2019 atas tuduhan memperdayakan Zarul sebanyak tiga kali pada tahun 2017 untuk mempercayai bahawa dia mempunyai hubungan politik yang mampu membantu untuk menutup siasatan SPRM terhadap Zarul.

Gnanaraja juga didakwa lagi sekali di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur pada tahun sama atas 68 pertuduhan melibatkan diri dalam aktiviti penggubahan wang haram berjumlah 11.4 juta. 

Darjah Kebesaran yang membawa gelaran Datuk Seri yang diterima olehnya daripada Istana Pahang juga ditarik balik berkuatkuasa April 2019. 

Lim Guan Eng, 60, didakwa sebagai Ketua Menteri Pulau Pinang menggunakan kedudukannya untuk menerima suapan wang berjumlah RM3.3 juta dengan mengambil tindakan membantu syarikat milik Zarul supaya dilantik melaksanakan projek pembinaan jalan-jalan utama dan terowong di Pulau Pinang bernilai RM6,341,383,702.

Bagi pertuduhan pindaan kedua, Gun Eng didakwa meminta suapan sebanyak 10 peratus daripada keuntungan yang akan diperolehi daripada Zarul sebagai upah bagi membantu syarikat milik ahli perniagaan itu dilantik untuk projek sama.

Ahli Parlimen Bagan itu juga dituduh atas dua pertuduhan menyebabkan dua lot tanah milik kerajaan negeri Pulau Pinang bernilai RM208.8 juta dilupuskan kepada syarikat pemaju berkaitan perojek terowong dasar laut di negeri itu yang didakwa dilakukan di Pejabat Tanah dan Galian Negeri Pulau Pinang, Komtar pada 17 Februari 2015 dan 22 Mac 2017. - CARI
1

Bagus
2

Marah
1

Terkejut
2

Sedih
2

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (9 people)

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote a4_paper 15-7-2021 12:24 PM
Bapak arhh .. kaw2 baham duit kopi.. tu baru kejap je
Quote kasibiman 15-7-2021 12:28 PM
35 kau dah datuk?


hahahahaha hampassss
Quote MontanaHannah 15-7-2021 12:38 PM
Malaysia  negara xde intergriti

ahli politik sampah


yg disanjung penuh dolat pun sampah

rakyat sahaja yg betul-betul manusia.
Quote sambaldurian 15-7-2021 02:42 PM
knp dtg 2 pagi. klu ikutkan waktu cayman island klu 2 pagi waktu msia, sana pukul 1 ptg
Quote nakkomenjugak 15-7-2021 03:13 PM
perghhhhhh tudiaaa macam tak mati esok pulak kan
Quote R2D2 15-7-2021 07:17 PM
ingatkan suci murni

mohon lancar semula Tabung yg dulunya claim dah cecah RM4 juta
last2 kantoi jumlah

Lihat semua komen(6)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 03:46 PM GMT+8 , Processed in 0.222114 second(s), 35 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top