CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

"Cristiano Ronaldo Bodoh, Gila, Lelaki Yang Sakit"

15-7-2021 10:45 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 5270| Komen: 35

Description: London: Presiden Real Madrid menganggap Cristiano Ronaldo sebagai seorang yang bodoh dan Jose Mourinho pula tidak normal dalam perbualannya yang bocor pada 2012.
London: Presiden Real Madrid menganggap Cristiano Ronaldo sebagai seorang yang bodoh dan Jose Mourinho pula tidak normal dalam perbualannya yang bocor pada 2012.

Pendedahan audio itu hanya 24 jam selepas ketua Bernabeu terbabit menyelar legenda kelab Raul dan Iker Casillas sebagai penipu pada 2006.

El Confidencial mula mendedahkan lebih banyak audio Florentino Perez yang berusia 74 tahun itu dan kini dia mula menyasarkan penyerang Juventus dan Special One.


Foto: Agensi

Dalam perbualannya pada Oktober 2012, Perez menyerang Ronaldo yang kemudiannya menjadi penjaring terbanyak Real sepanjang zaman.

Mengenai pemenang lima kali Ballon d'Or, dia berkata: "Dia gila, bodoh dan lelaki yang sakit.


"Anda fikir dia normal tetapi dia tidak normal. Kalau tidak, dia tak akan lakukan semua perkara yang dia lakukan."

Ronaldo menyertai Real dari Manchester United pada 2009 sebelum berpindah ke Juventus sembilan tahun kemudian selepas meledak 450 gol dalam 438 perlawanan.

Ketika di Bernabeu dia meraih dua gelaran LaLiga, dua Piala Raja Sepanyol dan menjulang Liga Juara-Juara empat kali.

Perez turut mengkritik Mourinho yang membawa Real menjuarai Piala Sepanyol pada 2011 sebelum menguasai liga setahun selepas itu.

Bercakap mengenai hubungan Ronaldo dan Mourinho dengan ejen Jorge Mendes, dia menambah: "Mendes tidak membantu apa pun dengan Ronaldo. Sama seperti ke atas Mourinho walaupun untuk temu ramah. Tiada apa. Mereka adalah lelaki yang mempunyai ego yang tinggi."-CARI

Sumber: Harian Metro
1

Bagus

Marah
1

Terkejut
2

Sedih
2

Lawak
2

Bosan

Friends Rank (8 people)

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote noor2 15-7-2021 11:20 AM
Tapi dia good looking. ..
Quote supernaturalee 15-7-2021 12:18 PM
noor2 replied at 15-7-2021 11:20 AM
Tapi dia good looking. ..

Perez ke



Quote MontanaHannah 15-7-2021 12:22 PM
Aku sanggup kahwin dengan dia

peduli apa buruk org kata


yang kaya bukan yang papa kedana

rupa pun hensem

ahli sukan

mulut org dengki xkan nak keluar ayat yang elok

kita yang cekpa menilai bagaikan jauhari mengenal manikam
Quote matchstick 15-7-2021 12:31 PM
MontanaHannah: Aku sanggup kahwin dengan diapeduli apa buruk org katayang kaya bukan yang papa kedanarupa pun hensemahli sukanmulut org dengki xkan nak keluar ayat y ...

Masalah nya dia sudi ke kawen dgn ko deknah
Quote ElizabedahTan 15-7-2021 12:38 PM
matchstick replied at 15-7-2021 12:31 PM
Masalah nya dia sudi ke kawen dgn ko deknah

auchhhh.. sisss silap2 jd kaka tenot!

Quote noor2 15-7-2021 12:46 PM
supernaturalee replied at 15-7-2021 12:18 PM
Perez ke

Perez tu sapa. ...
Quote Lagubestbest 15-7-2021 12:54 PM
yg ni bodoh, sorang lagi baju biru belang putih tu autisme.. hmm patutla champion org biasa takkan mampu nak sepak bola 24jam macam robot bertahun2.
Quote illa 15-7-2021 01:29 PM
matchstick replied at 15-7-2021 12:31 PM
Masalah nya dia sudi ke kawen dgn ko deknah

hihihi. tak thn nk gelak...
Quote alesandra 15-7-2021 02:11 PM
noor2 replied at 15-7-2021 12:46 PM
Perez tu sapa. ...

Ohh dear ..artikel dlm bahasa melayu je kot
Quote alesandra 15-7-2021 02:13 PM
Kenapa la dia nak stay lagi kat turin..whyyyyyy
Quote VioletsAre_Blue 15-7-2021 02:58 PM
alesandra replied at 15-7-2021 02:13 PM
Kenapa la dia nak stay lagi kat turin..whyyyyyy

Dia penyerang terbaik juve pernah ada.. Nak harapkan siapa lagi nak score? Dybala yang flop tu?
Quote mbhcsf 15-7-2021 03:02 PM
MontanaHannah replied at 15-7-2021 12:22 PM
Aku sanggup kahwin dengan dia

peduli apa buruk org kata

wow ...hebat you ye ...jgn pedulik, u kahwin je dengan Ronaldo.
Quote VioletsAre_Blue 15-7-2021 03:04 PM
Perez patut sedar diri kau tu bukan owner kelab pun macam kelab2 epl.. Dah la project european super league pun hancur lebur tak jadi, memalukan betul dia nih
Quote orangbiasaje 15-7-2021 03:07 PM
Banyak je benda yg kita tak puas hati apabila bekerjasama dalam dunia pekerjaan, cuma bezanya tak sampai jadi audio yg boleh disebarkan
Quote noor2 15-7-2021 03:24 PM
alesandra replied at 15-7-2021 02:11 PM
Ohh dear ..artikel dlm bahasa melayu je kot

Hahah. .ya amponm nila bahana baca topik terus reply. ..padan muka akak
Quote nakkomenjugak 15-7-2021 03:25 PM
Edited by nakkomenjugak at 15-7-2021 03:26 PM

kalau aku jadik ronaldo, aku gelak je. duit da berlambak, hensem pun hensem.
Quote dua_chzy 15-7-2021 06:40 PM
Betul. Aura douchebag kuat.
Quote Tinot7 15-7-2021 06:41 PM
MontanaHannah replied at 15-7-2021 12:22 PM
Aku sanggup kahwin dengan dia

peduli apa buruk org kata

bkn ke CR dah ada kuarga?
Quote haruslah 15-7-2021 06:43 PM
Ronaldo cuma x dpt world cup jer
Lain2 semua dia sapu
Dia tapaw dgn messi....
10 thn lgpon susah nak dpt ape yg pak do dah capai....
Rupa...harta...bakat....
Dia layak dapat utk ape yg dia korbankan
X mcm player malaysia

Lihat semua komen(35)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 09:27 PM GMT+8 , Processed in 0.066630 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top