CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Syafie Naswip Cari Duit Tanam Dan Jual Sayur

15-7-2021 10:59 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 3241| Komen: 18

Description: Umpama pepatah, berbudi pada tanah pasti akan mendapat hasilnya. Itu yang kini dilakukan pelakon filem dan drama berkakiber, Syafie Naswip, 29.Pelakon filem Mukhsin dan Songlap itu begitu rancak melak ...
Umpama pepatah, berbudi pada tanah pasti akan mendapat hasilnya. Itu yang kini dilakukan pelakon filem dan drama berkakiber, Syafie Naswip, 29.

Pelakon filem Mukhsin dan Songlap itu begitu rancak melakukan aktiviti berkebun sayur-sayuran di kawasan rumahnya secara kaedah tanaman dalam pasu sejak Januari lalu.

Syafie berkata, sudah banyak kali dia menikmati hasil tanamannya itu dan ada yang dijualnya. Sekali gus dapat menjana pendapatan sampingan lain.


Foto: IG

"Alhamdulillah, walaupun sekarang masih Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 dan sudah lama saya berehat dari penggambaran, tapi sepenuh masa di rumah tetap dilakukan aktiviti.

"Dengan hasil bercucuk tanam ini, sedikit sebanyak menjimatkan perbelanjaan harian seperti membeli sayur. Malah, menariknya lagi saya juga boleh menjual untuk tambahan pendapatan. Tidaklah rasa terjejas sangat," katanya.

Bagaimanapun, baru-baru ini apabila kerajaan melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Selangor dan Kuala Lumpur, Syafie serta rakan artisnya yang sudah berlakon sejak kecil bekerjasama membuat aktiviti amal.



Mereka sepakat melakukan jualan barangan kesayangan atau'prelove' seperti pakaian pada harga berpatutan untuk mengumpul dana bagi membantu membeli keperluan dapur untuk disumbangkan kepada keluarga yang mengalami pendapatan terjejas akibat Covid-19.

"Melihat situasi penularan Covid-19 dalam negara yang makin membimbangkan sekarang, ramai orang kehilangan pekerjaan. Malah, ada juga yang mengalami kemurungan hingga sanggup membunuh diri kerana kesempitan hidup.

"Saya pun pernah hidup susah dulu, jadi saya sangat bersimpati dengan keadaan menimpa sebilangan warga Malaysia akibat pandemik ini. Terutama, bagi mereka yang berkeluarga dan mempunyai anak ramai.



"Ditambah, saya dan adik pun setiap hari mendapat kiriman mesej (DM) di Instagram dari orang ramai tidak dikenali meminta bantuan kami. Saya tiada wang yang banyak, jadi kami anjurkan jualan 'prelove' ini," katanya.

Menurut Syafie, dengan pembabitan rakan artis lain berminat untuk turut sama menyertai dapat dikumpulkan lebih RM8,000 untuk dana bantuan itu.




Malah, menerusi usaha kemasyarakatan yang murni itu, Syafie dan rakan membantu lebih 100 keluarga memerlukan. Katanya, bantuan tidak disalur secara kewangan, tetapi semua keluarga menerima sumbangan keperluan makanan diperlukan.

Bagi melengkapkan misi bantuannya, Syafie turut membuat keputusan melelong trofi kemenangannya di Festival Filem Malaysia (FFM) Ke-25 menerusi kategori Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik dengan harga RM10,000 dan difahamkan kini sudah ada pembeli. -CARI

Sumber: Harian Metro
2

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih
1

Lawak

Bosan

Friends Rank (3 people)


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote nakkomenjugak 15-7-2021 11:03 AM
bagus laa gitu... iols ngefans dengan u sayunk eh eh
Quote nazzse 15-7-2021 11:03 AM
Rajin..kebn pun kemas je
Quote makadek 15-7-2021 11:06 AM
Suka tgk dia ni emsem
Muka cam badboy giteh
Quote pinkzara 15-7-2021 11:38 AM
Tu la..bukan nak kata,
org yg susah tapi sihat tu...aku yakin sgt sebab depa pemalas.
Malas nak keluar dari kesusahan pun ye.

rumah kotor pun sebab pemalas. bukan sebab tak cukup masa ke apa.

Bersyukurlah jika anda seorg yg rajin.

Quote DayangKirana 15-7-2021 12:28 PM
bagusnye...green fingers..

iols tanam bayam brazil, bagi air, baja, gebur2 tanah, sampai kesudah gitu je la naik nye...
mak iols main campak2, hidup belaka..

fedap.
Quote chandrahusin 15-7-2021 12:33 PM
bagus jgk bdk ni
rajin
dh la berlakon pun best
lalu lalang tiktok lagu hindustan dia kat FB
terhibur tengok
Quote beni_nikaido 15-7-2021 12:36 PM
bagus dek...
Quote imanda 15-7-2021 01:15 PM
DayangKirana replied at 15-7-2021 12:28 PM
bagusnye...green fingers..

iols tanam bayam brazil, bagi air, baja, gebur2 tanah, sampai kesudah ...

i pon tgn pnsorg kata penah tanam tp sume mati, terutama bunga ros,punyala imagine nk bela n belai tup2 layu n mati. try tanam sayur pon gitu xmau jgk. hampeh.
Quote epuepy 15-7-2021 01:27 PM
Uii. Smpi padi dia tanam.
Quote lazim 15-7-2021 01:38 PM
DayangKirana replied at 15-7-2021 12:28 PM
bagusnye...green fingers..

iols tanam bayam brazil, bagi air, baja, gebur2 tanah, sampai kesudah ...

Aku plk asal tanam je baru nk naik kucing berak mati terejung
Quote DayangKirana 15-7-2021 02:14 PM
chandrahusin replied at 15-7-2021 12:33 PM
bagus jgk bdk ni
rajin
dh la berlakon pun best

adusss..iols terjebak..
sawit la plak dak pie nie.. hencem..
Quote Moyangkucing 15-7-2021 02:17 PM
Bagus dia ni. Patut dicontohi oleh rakyat malaysia.
Quote Plain-tif 15-7-2021 05:22 PM
Kagumnya iol
Quote Cece1234 15-7-2021 05:44 PM
Bagusnya..nampak cm sejenis pengemas..
Quote kechikchomel 15-7-2021 05:55 PM
DayangKirana replied at 15-7-2021 12:28 PM
bagusnye...green fingers..

iols tanam bayam brazil, bagi air, baja, gebur2 tanah, sampai kesudah ...

Samalah! Iolss siap beli lg anak pokok mulberry. Dah ada bunga lagi kot. Tak hidupppp!!! Mak iolss amik anak pokok yg tak berbunga kot dari jiran. Hidup sihat walafiat. Dah makan dah pun buah dia.
Sume pokok kat rumah ni mak iolss la yg tanam. Segar bugar. Cili, bayam brasil, daun kesum, pandan, daun kari, sume tu siap bagi org lagi.
Quote oggy 15-7-2021 06:40 PM
Kebun dia bersusun kemas je.. rajin orangnya ni.. dah la suka masak2..
Quote Manjalalu 9-10-2021 01:54 AM
Bagus laa dik
Quote ReginaGeorge 9-10-2021 11:03 PM
Baik tanam sayur daripd terjerit2 minta bantuan dana kan.. Adalah artis2 manjeh tu, takda duit nak bayar alphard..

Lihat semua komen(18)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

21-4-2024 12:36 AM GMT+8 , Processed in 3.153354 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top