CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Masuk Laut Nak Kencing, Mati Diratah Jerung

15-7-2021 10:51 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1985| Komen: 3

Description: Rio de Janeiro: Seorang lelaki yang dipercayai mabuk maut akibat diserang seekor jerung selepas dia memasuki laut untuk membuang air kecil, di pantai Brazil.
Rio de Janeiro: Seorang lelaki yang dipercayai mabuk maut akibat diserang seekor jerung selepas dia memasuki laut untuk membuang air kecil, di pantai Brazil.

Marcelo Rocha Santos, 51, dilaporkan minum bersama beberapa rakannya sebelum dia memasuki air dan diserang jerung.

Portal The Sun melaporkan, saksi kejadian mengambil gambar mangsa di pantai.

Marcelo cedera parah termasuk hilang tangan dan kakinya selepas digigit haiwan pemangsa itu.

Kredit foto: Harian Metro


Dia sempat dikejarkan ke hospital di Recife, namun disahkan meninggal dunia.

Serangan mengerikan itu berlaku kira-kira 2 petang, Sabtu lalu di Pantai Piedade di bandar Jaboatao dos Guararapes di Brazil.


Pantai itu dikatakan kawasan panas untuk serangan jerung kerana ia terbuka dan tidak dilindungi karang.

Mekanik, Edriano Gomes berkata, Marcelo memasuki air kira-kira 2 petang ketika cuaca mendung dan laut berombak

"Rakan saya berada di laut dengan mangsa. Tiba-tiba, dia melihat lelaki itu sedang bergelut dan banyak darah di dalam air," katanya.

Saksi kejadian, Ademir Sebastiao da Silva berkata, mereka memasuki air untuk kencing kerana pantai itu tidak mempunyai tandas. -CARI

Sumber: Harian Metro
1

Bagus

Marah
3

Terkejut

Sedih
4

Lawak
2

Bosan

Friends Rank (10 people)


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote orangbiasaje 15-7-2021 03:05 PM
Dah kamu kencing dalam rumah dia, mengena dah.  
Quote Decaffeinated 15-7-2021 03:35 PM
Pepatah:

seperti mencurah kencing kelaut

maksud:

bodoh tak boleh bincang

Quote tripleid 15-7-2021 04:09 PM
Cash on the spot sbb mencemarkan alam..

Lihat semua komen(3)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 02:26 PM GMT+8 , Processed in 0.396498 second(s), 32 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top