CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Drama Dayang Senandung Ditayang, Wani Kayrie Tutup Komen Takut Bergaduh Lagi

15-7-2021 11:27 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 3597| Komen: 16

Description: Pernah dikecam kerana isu mempermainkan warna kulit, pelakon dan penyanyi Wani Kayrie mengambil keputusan untuk menutup ruangan komen di laman Instagramnya ketika drama Dayang Senandung disiarkan Ahad ...
Pernah dikecam kerana isu mempermainkan warna kulit, pelakon dan penyanyi Wani Kayrie mengambil keputusan untuk menutup ruangan komen di laman Instagramnya ketika drama Dayang Senandung disiarkan Ahad lalu.


Wani atau nama sebenarnya, Syazwani Abdullah, 21, berkata dia terpaksa mengambil keputusan tersebut bagi mengelakkan sebarang pergaduhan di media sosialnya dan mengembalikan isu yang pernah viral itu.


Foto: mStar

"Saya ada promote drama ini di laman Instagram pada Selasa dan banyak juga dapat feedback positif daripada penonton.

"Tapi dalam ramai-ramai itu pasti ada juga beberapa komen negatif yang kembali mengaitkan isu Blackface sehingga menyebabkan saya terpaksa ambil keputusan untuk off komen.


"Saya buat macam itu supaya tidak ada sebarang pergaduhan yang terjadi di antara netizen, saya rasa langkah itu yang paling baik, " katanya ketika dihubungi mStar.

Tahun lalu, Wani dikecam apabila dituduh tidak sensitif dengan isu warna kulit terutamanya ketika kempen dunia Black Life Matter melibatkan kaum kulit hitam.



Menerusi drama bersiri terbitan Zeel Production itu, Wani tampil melakonkan watak gadis terkena sumpahan sehingga menyebabkan wajahnya bertukar hitam.

Wani berkata, dia tertarik untuk mengambil tawaran tersebut kerana jalan cerita drama berkenaan yang mengandungi banyak nilai positif.

"Saya ambil tawaran drama ini kerana memang jalan cerita dia banyak terkandung nilai-nilai positif.

"Cerita Dayang Senandung yang ini telah dimodenkan dan memang banyak ada dua versi yang direkodkan oleh pihak penerbitan iaitu di akhirnya dia jadi hitam atau putih.



"Kami para pelakon pun tak tahu apa kesudahannya dan akan tunggu juga kejutan sama seperti penonton semua nanti, " katanya.

Sementara itu, Wani meluahkan rasa sedih apabila amenyedari terdapat dalam kalangan rakannya yang turut menulis kata-kata kecaman ketika isu itu sedang hangat diperkatakan.

"Masa isu ini viral tahun lalu, saya akui sedikit sedih sebab ada kawan baik saya yang turut sama bash saya di media sosial.



"Kalau dia kawan saya, sepatutnya dia cakap depan-depan saya pasal perkara itu, tapi tak sangka dia pun ibarat tikam belakang saya.

"Dia dah pun minta maaf... saya maafkan dia, tidak berdendam tapi memang susah nak lupakan apa yang dia dah buat pada saya, " ujarnya lagi.



Dayang Senandung ditayangkan pada setiap Isnin hingga Ahad, pukul 12 tengah malam di saluran TV Okey.

Selain Wani, drama arahan Chad Abdul Rahman ini turut dibintangi Rozita Che Wan, Scha Elinnea, Shah Iskandar, Syura, Hun Haqeem, Fathia Latiff dan Delimawati. -CARI

Sumber: mStar Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote apedehal 15-7-2021 11:40 AM
Xfaham sbnarnya apa yg cucu madey ally mukriz tu dgn sapentah iman moy nk meroyan sgt..bkn ke citer dayang senandung tu way back when before kita2 lahir lg..citer ni remake kan. Payah la gitu kalau ko sntap sgt dgn warna kulit pun..xkn nak angkat citer snow white kut. Papepun tgk snippet cite ni pun xlalu dgn wani who aa yus ni, dgn che ta n si schabikini ckp pelat..wtf
Quote azimodin 15-7-2021 12:54 PM
Bagi iouls ini bukan blackface la sebab watak dia bukan watak orang "kulit hitam" pon. Cuma zaman sekarang ni seeloknya xpayah la watak2 camni, mmg akan mengundang kontroversi
Quote babycc 15-7-2021 01:50 PM
Hitam dia tu pekat sgt.. mcm x logik.. kalau mcm hanisya hanee tu ok..
Quote nakkomenjugak 15-7-2021 03:19 PM
sape yang tag along black people dalam hal ni sebenarnya dulu?
Quote fealefea 15-7-2021 03:44 PM
tu crite bidasari dongeng dr dulu. bukan bawak agenda BLM pon.
Quote haruslah 15-7-2021 04:07 PM
Halah2 sentap manjang
Xde isu dgn BLM pon
Dongeng jer pon....
Quote lemak_masin 16-7-2021 12:04 AM
Yg sentap tu ada bau-bau bacang ngn mat nigger ke? Ko duduk malaysia.. takyah ler nk ber BLM sgt..
Quote Didi_dido 16-7-2021 01:44 AM
Xyah nak BLM sangat. Nigga kat sana pun ada yg anti Asian.
Quote Reira77 16-7-2021 05:59 AM
Kurus ngat dia kalau dlm tv. Nampak kepala je besar
Quote kerz 16-7-2021 11:56 AM
fealefea replied at 15-7-2021 03:44 PM
tu crite bidasari dongeng dr dulu. bukan bawak agenda BLM pon.

Citer bidasari tu bukan ke watak sarimah kongsi nyawa dgn ikan mas? Yg kulit gelap mmg la citer dayang senandung pun lakonan sarimah
Quote dua_chzy 16-7-2021 12:01 PM
Ai suka tengok video yang dia jadik conductor choral speaking.
Quote dua_chzy 16-7-2021 12:03 PM
fealefea replied at 15-7-2021 03:44 PM
tu crite bidasari dongeng dr dulu. bukan bawak agenda BLM pon.

Bidasari berlainan dari Dayang Senandung. Tapi masa kecik2 suka betul tengok filim itam putih Bidasari tu sebab acik Sarimah gojes.
Quote fealefea 16-7-2021 06:06 PM
dua_chzy replied at 16-7-2021 12:03 PM
Bidasari berlainan dari Dayang Senandung. Tapi masa kecik2 suka betul tengok filim itam putih Bida ...

Eh cam sama eh. Tapi cerita tu urban legend. Kita pon hitam gak. X de pon terasa tgk cite tu.
Quote kiah_mai_pulak 16-7-2021 06:33 PM
Reira77 replied at 16-7-2021 05:59 AM
Kurus ngat dia kalau dlm tv. Nampak kepala je besar

ingtkan kakiah je tgk dia kepala lebih besar dari badan
Quote seri_mawr 12-10-2021 11:45 AM
dia jadi hitam tu lebih cantik pulak aku tgk....dari dia cerah tu...huuhuh

walaupun hitam tu pekat likat...kena sumpahan kan..tu hitam lain mcm....
Quote eely_shana 16-10-2021 12:31 PM
dah byk berlakon wani ni. dlm tahyul tv3 pun ada

Lihat semua komen(16)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 01:50 PM GMT+8 , Processed in 0.062211 second(s), 45 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top