CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Syafiq Kyle Dekatkan Diri Kepada Allah, Elak Banyak Mengeluh

15-7-2021 11:16 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 2913| Komen: 5

Description: Masalah mental yang semakin meningkat akibat pandemik Covid-19 turut mendapat perhatian pelakon Syafiq Kyle.
Masalah mental yang semakin meningkat akibat pandemik Covid-19 turut mendapat perhatian pelakon Syafiq Kyle.

Syafiq atau nama sebenarnya Mohd Syafiq Shamim Abdul Razak, berkata, dia juga mungkin boleh berdepan masalah itu jika tidak menjaga dan menitikberatkan kesihatan mentalnya.


Oleh itu, pelakon drama Nur ini berkata, dia mengelak daripada memikirkan sesuatu masalah sehingga menjejaskan emosi.


Foto: IG

"Kes bunuh diri dan kemurungan di negara kita semakin meningkat akibat pandemik Covid-19. Alhamdulillah... setakat ini saya tidak berdepan dengan masalah kemurungan.

"Tapi saya perlu memberi kesedaran mengenai isu itu dan saya tak terkejut kalau saya ada kemurungan sebab dalam keadaan sekarang ini, orang yang sihat pun berkemungkinan ada masalah itu juga.


"Sebab itu, dalam keadaan sekarang ini kita kena utamakan kesihatan mental... kena kuatkan mental. Dekatkan diri kepada Allah dan jangan terlalu banyak mengeluh dengan apa yang terjadi.



"Kalau kita terlalu memikirkan masalah dan mengeluh, boleh merosakkan mental. Kita jaga kesihatan mental, Insya-allah...Allah akan permudahkan jalan untuk kita, " katanya kepada mStar.

Pelakon berusia 29 tahun itu berkongsi pendapat mengenai perkara tersebut ketika sesi temu bual drama terbaharu lakonannya berjudul Suara Hati secara maya pada Rabu.

Dalam pada itu, Syafiq mengakui penggiat seni dan pekerja belakang tabir antara yang terkesan berikutan tiada aktiviti hiburan sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).



"Rasa-rasanya ramai anak seni terjejas akibat pandemik Covid-19 sebab ada diantara kami yang bekerja baru dapat gaji atau selesai projek baru dapat gaji. Jumlah yang dapat itu pun belum tentu cukup atau tidak.

"Bagi saya, pasti ada jalan untuk mengubah hidup masing-masing... Insya-Allah dengan doa. Macam saya sendiri dari segi kewangan tidaklah terlalu terjejas tapi kena jaga keadaan mental saja.




"Sebab itu saya cakap, kita kena utamakan kesihatan mental. Percaya pada rezeki... Allah tak kejam, akan tolong sesiapa sahaja yang tak berhenti berdoa, " ujarnya. -CARI

Sumber: mStar Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote helicornia 15-7-2021 11:40 AM
syukur la ada lg artis yg normal, yg tk simply mengaku ada kemurungan, bipolar, anxiety dll. stres tu biasa la ada ke org tk stres.tp tk payah self diagnose sikit2 mengaku ada masalah mental
Quote Minami2013 15-7-2021 11:44 AM
Syafiq kyle lepas upgrade penampilan mmg package la sbb dia pelakon yg berbakat.
Quote twins 15-7-2021 02:17 PM
Alhamdulillah... sentiasa berfikiran positif.   kita semua dalam dugaan & ujian .. seboleh-bolehnya elakkan dari mengeluh & merungut... teringat pernah dengar ceramah sorang ustaz ni, bila kita dalam ujian Allah tak kiralah yg kecil atau besar, kalau kita hari-hari sentiasa dibibir tu penuh dengan keluhan & rungutan dan mengalahkan orang berzikir... Allah akan berikan kita lebih lagi perkara yg untuk dikeluh & dirungutkan.... sebab tanpa kita sedar setiap patah perkataan kita adalah doa.. bayangkan lah kalau dah macam berzikir.. cairnya mulut tu merungut & mengeluh... lama2 semakin banyak ujian demi ujian diberikanNya untuk kita keluhkan dan rungutkan....   
Quote nakkomenjugak 15-7-2021 03:21 PM
mana datang kyle tu.
bagus laaa capiq kail. ingat tuhan.
Quote SayaSayangMama 26-8-2021 07:14 PM
Tp knp dgn mimi lana oh myyyy

Lihat semua komen(5)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 07:40 PM GMT+8 , Processed in 0.240487 second(s), 34 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top