CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1160|Reply: 3

Duduk Bawah Katil Rumah Janda Buat Apa Tu?

[Copy link]
Post time 15-7-2021 10:37 AM | Show all posts |Read mode
Alor Setar: Seorang lelaki ditemui menyorok di bawah katil rumah seorang janda ketika pegawai masjid bersama anggota polis melakukan pemeriksaan di sebuah rumah kampung di Kota Sarang Semut di sini, hari ini.


Lelaki berusia 32 tahun itu berbuat demikian kerana bimbang dicekup khalwat kerana menumpang di rumah janda berusia 33 tahun.




Foto: Harian Metro




Ketua Penolong Pengarah Bahagian Penguatkuasa JAIK Syeikh Radzi Abdul Mutalib berkata, pada serbuan jam 7.30 pagi tadi, lelaki yang bekerja di kedai besi itu memberi alasan menumpang di rumah wanita berkenaan.


Beliau berkata, pemeriksaan mendapati, rumah itu turut dihuni bapa wanita itu dan tiga anaknya.


"Bapa wanita itu dipercayai sakit dan ketika inilah lelaki itu mengambil kesempatan menumpang di rumah wanita berkenaan.


"Ketika pemeriksaan, lelaki itu menyorok di bawah katil dalam bilik kedua rumah berkenaan untuk mengelak daripada ditahan," katanya pada kenyataan.


Radzi berkata, pasangan itu ditahan kerana disyaki berkhalwat selepas gagal menunjukkan sebarang dokumen membuktikan mereka pasangan suami isteri atau mahram.


Beliau berkata, mereka kemudian dibawa ke balai polis berhampiran untuk laporan tangkapan.


"Kes disiasat mengikut Seksyen 25 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Kedah 2014 kerana disyaki berkhalwat.


"Sabit kesalahan boleh didenda tidak lebih RM3,000 atau dua tahun penjara atau kedua-duanya sekali," katanya. -CARI


Sumber: Harian Metro
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-7-2021 10:54 AM | Show all posts

Comments

Thread wartawan tak boleh usik. tak boleh merge or close. sorry eh  Post time 15-7-2021 03:18 PM
Reply

Use magic Report

Post time 27-7-2021 11:18 AM From the mobile phone | Show all posts
Hahhahhhha adoiiii
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 07:13 PM GMT+8 , Processed in 0.199216 second(s), 32 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list