CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

'Ini Satu Penghinaan' - Bob Yusof Kesal Busana Ngepan Iban Dipersenda

28-5-2021 12:55 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 11679| Komen: 90

Description: Penyanyi Bob Yusof menyifatkan gurauan Sensasi YouTube Ryzal Ibrahim sebagai penghinaan terhadap kaum Iban di Sarawak.
Penyanyi Bob Yusof menyifatkan gurauan Sensasi YouTube Ryzal Ibrahim sebagai penghinaan terhadap kaum Iban di Sarawak.

Bob yang juga anak jati Sarawak berkata, pakaian tradisional juga termasuk dalam kebudayaan dan ia tidak wajar dijadikan bahan jenaka atau lawak.



Kredit foto: IG Bob

"Kalau nak buat lawak pun, janganlah sampai menghina pakaian tradisional kaum dan bangsa lain. Pakaian tradisional Iban bukan senang untuk dibuat dan ia sangat unik. Sama juga dengan pakaian tradisional lain di Malaysia, tetap mempunyai ciri khas dan keistimewaannya.

"Tapi, kalau menyamakan pakaian tradisional dengan kain buruk atau alas meja, itu adalah satu penghinaan. Ingatlah, sebelum bercakap, berfikirlah. Baik buruknya, kita warga Malaysia yang tinggi budi pekerti, kesopanan, kesusilaan serta berbudaya. Saya sebagai rakyat Sarawak amat kesal dengan gurauan ini," katanya.




Selain Bob, penyanyi dan pengacara, Lyssa Jean turut berkongsi kekecewaannya atas tindakan Ryzal.

"Jangan suruh saya lupakan dan maafkan Ryzal. Kenapa sedih? Sebab rasa terhina sangat. Orang di dalam bilik itu pun ikut gelak. Apa ni?" katanya.

Lyssa berkata, proses untuk menghasilkan busana Ngepan Iban itu bukanlah satu proses mudah kerana mengambil masa yang sangat lama untuk disiapkan.


Kredit foto: IG Lyssa

"Buat Ngepan Iban itu bukan jahit biasa macam jahit Baju Melayu atau Baju Kurung. Ambil masa sangat lama. Nak beli satu set pun, kena tunggu dulu sebab setiap barang dia sangat mahal.

"Aksesori dia pun kalau yang asli lagi mahal dari emas. Sebab dulu, pernah teman nenek saya pergi Lubuk Antu sebab nak cari beberapa aksesori untuk lengkapkan koleksinya," katanya.

Lyssa juga bekas peserta AF 2015 berkata, Ryzal sepatutnya berfikir terlebih dahulu sebelum berkata-kata.

"Itulah orang cakap. Buat dulu, fikir dan minta maaf kemudian. 'Oh, dia silap. Biasalah,'. Bab adat budaya orang, jangan sentuh. Cubalah orang hina budaya isteri kau, siap semua media buat liputan untuk beri kesedaran katanya.

"Tapi, kau sendiri? Daripada kau sibuk belajar cakap Korea, belajar adab dulu. Isteri kau lagi beradab dari kau. Cuba malu sikit.

"Saya sudah penat dengan orang yang sering menghina budaya Borneo. 2021 tapi masih ada gurauan bodoh," katanya.



Terdahulu, Ryzal memuat naik video di Instagram Story dan mempersenda busana Ngepan Iban yang dipakai Maryam untuk satu penggambaran.

Video itu menjadi tular sehingga mendapat kecaman warganet terutama dalam kalangan masyarakat Sarawak.


Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote laksmanabentan 28-5-2021 01:01 PM
padan muko ko la rizalll...

come on kaum iban... jangan bagi muka kat youtuber sangkak mcm nih...
bagi sikit pengajaran... nak minta maaf pun kena minta maaf secara adat la...
dia tahu leluhur adat iban tu...
Quote dani-rox 28-5-2021 01:21 PM
"Buat Ngepan Iban itu bukan jahit biasa macam jahit Baju Melayu atau Baju Kurung. Ambil masa sangat lama. Nak beli satu set pun, kena tunggu dulu sebab setiap barang dia sangat mahal.


"Aksesori dia pun kalau yang asli lagi mahal dari emas. Sebab dulu, pernah teman nenek saya pergi Lubuk Antu sebab nak cari beberapa aksesori untuk lengkapkan koleksinya," katanya.


Exactly. Ai dah tua ni baru complete set ngepan ai.

Si Rizal tu akal pendek mcm kaki dia jugak kot
Quote sarah82 28-5-2021 01:23 PM
dani-rox replied at 28-5-2021 01:21 PM
Exactly. Ai dah tua ni baru complete set ngepan ai.

Si Rizal tu akal pendek mcm kaki dia jug ...

Baling dia dgn hulu parang iban.. Biar berakai sikit.. Iols tgk video dia dok gelakkan pakaian tradisi tu iols dah banyak maki yg perlu disensor
Quote dani-rox 28-5-2021 01:27 PM
sarah82 replied at 28-5-2021 01:23 PM
Baling dia dgn hulu parang iban.. Biar berakai sikit.. Iols tgk video dia dok gelakkan pakaian tra ...

Spesis biadap. Dia ingat dia kelakar kot. Ai pun mengaku pernah rasa pelik2 dgn pakaian tradisi bangsa lain tp cakap dlm hati je la, sbb tahu tu kan pakaian turun temurun dia org.
Hello Rizal katek, apa perasaan ko kalau org gelakkan baju tradisi bini korea ko mcm kelambu bergerak?


Quote fadz84 28-5-2021 01:43 PM
Dibawah ni harga Ngepan Iban sebenar yang dikongsikan oleh Elanuris Hunter.

Sugu tinggi pirak = RM3000-RM4000
Cham sanggul pirak = RM200-RM300 satu/pcs
Tenggak buah bemban/puru = RM50-RM80 satu/pcs
Marik Empang = RM500-RM600 /Pelaga = RM 600-RM700
Tali Ujan = RM 200-RM300 semeter
Selampai = RM250
Rawai lama = RM 1300-RM1700
Lampit lama Pirak= RM 1000-RM1500
Simpai pirak = RM 500-600 sepasang(2 pcs)
Tumpa pirak = RM 1200-RM1400 (12pcs)
Tumpa rakup pirak = RM300-RM500
Sementing/Nyawir = RM800 pcs
Buah pauh = RM 1000
Selampai belakang lama = RM400-RM600
KAIN karap lama = RM400-600
Kain Kumbu = RM500-800
Kain sungkit = RM 600-RM1100
Tating kain/ringgit lama pirak =RM 50-80 satu /pcs (puluhan pcs dlm satu set pkaian)
Gerunong lama = RM 50-RM70 satu
Geruncung kaki = RM600-RM800

Buntang mata tengok harga Ngepan Iban ni. Kenapa harganya mahal sangat? Apa yang saya tahu, Ngepan Iban ni handmade. Nak buat dia renyah dan makan masa. Dibuat dengan teliti dan kemas. Jadi, faham lah kenapa harganya mahal. Sepadan dengan usaha dan pembuatan tangan.

Sumber: Blog Sihatimerahjambu
Quote uori 28-5-2021 01:45 PM
kes nih buatkan iols tahu pasai baju nih. ngepan eh namanya?
menarik jugak kan.
kenapa takde saluran yang promosikan semua budaya kita nih.
Quote sarah82 28-5-2021 01:51 PM
dani-rox replied at 28-5-2021 01:27 PM
Spesis biadap. Dia ingat dia kelakar kot. Ai pun mengaku pernah rasa pelik2 dgn pakaian tradisi ba ...

Mesti la dia akan meroyan ckp tak hormat budaya bangsa bini dia.. Kononnya nak nampak kelakar la tu.
Quote fadz84 28-5-2021 01:53 PM
uori replied at 28-5-2021 01:45 PM
kes nih buatkan iols tahu pasai baju nih. ngepan eh namanya?
menarik jugak kan.
kenapa takde salur ...

Patutnya Francisca Luhong kena pakai ngepan ni masa segmen narcos MU tu ari.. sah2 pakaian traditional nenek moyang dia..
Quote uori 28-5-2021 01:57 PM
fadz84 replied at 28-5-2021 01:53 PM
Patutnya Francisca Luhong kena pakai ngepan ni masa segmen narcos MU tu ari.. sah2 pakaian traditi ...

tengok bila ada peluang nak promosikan
dorang tak guna peluang nih
bila lagi kan nak perkenalkan baju cantik ni
ada je negara lain yang promosi baju tradisi dorang tapi dah dikomersialkan sikit dari segi material atau warna kan

Quote Johi 28-5-2021 01:58 PM
Igt  dulu ada satu kes Lin dan tak mau pakai pehiasaa di kepala orang iban teruk juga kena kecam
Quote Noraniza_Iblis 28-5-2021 02:02 PM
baju je pun.. org dh mntk maaf kan..
poyo nye la smpai nk mereport2 bagai... siap dpn balai pakai baju ulu2 cawat...ee apooo..
sis boby ni pn.. nk secebis limelight jgk ke? dikala sendu tkde job ni...
nk jgk merempan...
Quote cikperiukkera 28-5-2021 02:03 PM
uori replied at 28-5-2021 01:45 PM
kes nih buatkan iols tahu pasai baju nih. ngepan eh namanya?
menarik jugak kan.
kenapa takde salur ...

Tv okey ada chuolsss...btw padan muka satu malaysia kecam pasangan sangkak ni.
Quote cha-cha 28-5-2021 02:06 PM
Yes, don't  force the Ibans to forgive. Laki bodoh tu dah hina baju tradisi Iban kaw kaw. Berkali kali dia hina, from head to toe. Bukan mistake biasa dah, memang dia menghina. Kecik hati orang, tengah semangat nak Gawai tiba2  je ada orang hina adat budaya dorang, gila ke apa si bodoh tu. Report/boikot account socmed dia tanda protest.
Quote uori 28-5-2021 02:08 PM
cikperiukkera replied at 28-5-2021 02:03 PM
Tv okey ada chuolsss...btw padan muka satu malaysia kecam pasangan sangkak ni.

ada ke?
nanti nak tengoklah
selalu gak tengok tapi banyak pasai hutan
ada sekali tu dorang citer pasai cari orang utan yang dah lama hilang
layan jugaklah tengok program macam ni

tu lah
satu malaysia macam taknak lepaskan pasangan nih dengan mudah
apa lagi yang dorang leh buat?
saman ke apa?
nak tahu jugaklah
Quote sfrnna 28-5-2021 02:16 PM
Couple sangkak harap terus terkambus pasni boleh pi cari kerja elok macam netizen yahh. Pakaian tradisi dorg lawa kot. Boleh plak nak buat lawak bodoh.
Quote ImpianSeroja 28-5-2021 02:27 PM
Banyak benda lain kalau nk dijadikan bahan lawak kot..bukan perkara sebegini
Quote ayukpingu 28-5-2021 02:28 PM
Noraniza_Iblis replied at 28-5-2021 02:02 PM
baju je pun.. org dh mntk maaf kan..
poyo nye la smpai nk mereport2 bagai... siap dpn balai pakai b ...

helooo...its not solely about baju.
Dia menghina baju tu KAIN BURUK
Adat, costumes , budaya orang jangan dibuat main dan disentuh.
aku percaya orang yang diberi akal takkan kutuk costumes kaum yang lain lain.
kita hidup berbilang kaum.
kalau nak attention sangat, buat content lain.
dia pun bukan sape sape... kalau tak disebabkan bini dia tu korea, orang tak kenal dia pun



Quote ina_na 28-5-2021 02:32 PM
Mmg x suka dia org ni.. Mcm la wife dia seorg je dr negara luar.. Dia ckp mcm tu sbb wife dia pakai kan baju tu.. Tu menandakan wife dia x lawa.. Org lain pakai lawa je..
Quote nicolebaby 28-5-2021 02:38 PM
Mula mula I pun fikir baju jer pun...but then bila tengok full video.
Memang patut kena kecam...melampau. I did a little research about ngepan, memang sangat sacred ehh for them, baru kain belum lagi accessories lain.

Maybe design pua kumbu tu dah dikomersialkan jadi table runner lah etc...

Lihat semua komen(90)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 05:02 PM GMT+8 , Processed in 0.242765 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top