CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Lima Beranak Lemas Jeti Runtuh Ketika Swafoto

28-5-2021 01:40 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 2279| Komen: 4

Description: Lima anggota sebuah keluarga di Indonesia lemas apabila jeti tempat mereka merakam swafoto runtuh beberapa minggu selepas kemalangan maut serupa berlaku.
Lima anggota sebuah keluarga di Indonesia lemas apabila jeti tempat mereka merakam swafoto runtuh beberapa minggu selepas kemalangan maut serupa berlaku.

Menurut AFP, Keluarga besar terdiri daripada 14 anggota itu berada di Tasik Kandi, Sumatera Barat dan  berkumpul di atas binaan kayu tersebut untuk bergambar, namun berat keseluruhan mereka menyebabkan jeti itu runtuh, kata polis.



PEMANDANGAN dari udara hari ini menunjukkan jeti yang runtuh di Tasik Kandi, Padang dalam wilayah Sumatera Barat. - AFP

Seorang remaja berumur 17 tahun merupakan antara lima mangsa yang lemas, manakala semua anggota keluarga lain terselamat dalam nahas tersebut semalam.

“Mereka merakam swafoto di atas jeti apabila kemalangan berlaku,” kata ketua polis tempatan, Junaidi Nur.

 Katanya, pengawal keselamatan tiada tempat itu kerana kejadian berlaku selepas jeti ditutup.


“Usaha menyelamat kemudian menemui mayat mangsa, manakala siasatan sedang dilakukan,” kata Junaidi.

Pada bulan ini, sembilan pelancong lemas apabila bot lebih muatan yang dinaiki  terbalik apabila mereka cuba merakam swafoto.

Kejadian berlaku di sebuah ketika pusat takungan air di Pulau Jawa.


Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Carcosa 28-5-2021 05:51 PM
Mana taknya, bila selfie / wefie, semua senyum sambil tahan napas, ada yg kempis kan perut biar nampak kurus, lagilah menekan menambahkan berat di jeti.
Agichewww meols spekulasi
Quote Artemesiaa 28-5-2021 05:56 PM
Tempat macam tu kadang ada binaannya yang dah uzur kalau dah beramai2 disitu mana tak mengundang bencana
Quote whadda 30-5-2021 03:57 PM
Malang tak berbau
Quote feez_amy 3-6-2021 10:07 PM
Kun fayakun

Lihat semua komen(4)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 07:51 AM GMT+8 , Processed in 0.221590 second(s), 33 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top