CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

"Hidung Kembang Selalu Kena Jolok, Banyak Job La Tu,"-Fad Bocey

17-3-2021 08:42 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 3713| Komen: 9

Description: Menjalani ujian calitan atau swab test merupakan salah satu syarat yang diwajibkan sebelum seseorang selebriti terbabit dalam penggambaran atau rakaman program.
Menjalani ujian calitan atau swab test merupakan salah satu syarat yang diwajibkan sebelum seseorang selebriti terbabit dalam penggambaran atau rakaman program.

Akur dengan prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan kerajaan itu, pelawak Fad Bocey atau nama sebenar Muhammad Fadzlie Mohd Nizam, 30, berkata dia sanggup menahan sakit menjalani ujian sama berulang kali demi mencari rezeki untuk keluarga.


Foto: IG

"Ini kali ketiga buat swab test... setiap kali nak masuk program baru kena swab test, perit! Memang kena berkorban banyak sekarang sebelum dapat rezeki tu.

"Lepas ni senang dah nak tahu member mana yang paling banyak job, tengok hidung kembang semacam je maksudnya banyak job la tu," katanya menerusi Instagram.




Bersama kapsyen tersebut, Fad turut memuat naik rakaman video semasa dia menjalani ujian calitan itu secara pandu lalu pada Selasa.

Pada Februari lalu, kerajaan membenarkan kerja pra-produksi penggambaran dan rakaman di studio merangkumi drama, telelem, iklan, dokumentari, sitkom, livestreaming, rakaman kebudayaan, seni dan warisan tanpa penonton.

Syarat lain perlu dilaksanakan adalah mewajibkan pelakon dan petugas belakang tabir melakukan ujian calitan sebelum produksi diberikan Sijil Perakuan Penggambaran (SPP) khas seperti yang dikehendaki Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas).



Dalam perkongsian yang lain pula, Fad turut memberikan ucapan istimewa untuk isteri tersayang, Nur Syahirah A. Rahman sempena ulang tahun perkahwinan keenam mereka yang disambut pada Ahad lalu.

"Happy anniversary mummy (Syahirah)... terima kasih untuk enam tahun yang indah, walau pelbagai cabaran yang kita tempuh, mudah-mudahan Allah permudahkan segala urusan kita dunia dan akhirat. I love you so much," tulisnya.



Fad mendirikan rumah tangga dengan Nur Syahirah atau Syaheera pada 14 Mac 2015.

Pasangan ini dikurniakan empat orang cahaya mata iaitu Favian Adrazin Hayyan, Favian Adrazin Zayyan, Nur Aminah Mishall dan Ibrahim Jibriel. -CARI

Sumber: mStar Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih
1

Lawak

Bosan

Friends Rank (1 people)

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote AshkieLa 17-3-2021 09:33 AM
dah ade job pun bunyik lagi..
ape ingat korang retis special sangat ?
kami yg sedari pkp 1 kena kerja 2 minggu sekali swab..
tak kecoh pedih hidung pun... esok dah genap setahun pun PKP...

kang check guna dubur kang baru tau...
Quote ayukpingu 17-3-2021 02:57 PM
hahahaha
Quote yeos 17-3-2021 03:03 PM
pandai dia tajuk memang clickbait sangat hahaha terkena iollsss
Quote annadonna 17-3-2021 03:05 PM
AshkieLa replied at 17-3-2021 09:33 AM
dah ade job pun bunyik lagi..
ape ingat korang retis special sangat ?
kami yg sedari pkp 1 kena ke ...

Dia melawaklaaaa
Quote Moyangkucing 17-3-2021 03:11 PM
Lawak....
Quote siputpepel 17-3-2021 03:33 PM
nak kena ketawa ke macam mana ni?
Quote AshkieLa 17-3-2021 05:50 PM

tau..
tapi rasa nak hencap gak geng2 pelawak ni...
Quote manusia_hairan 17-3-2021 10:08 PM
Sempat melawak
Quote LadyCarefree 17-3-2021 10:09 PM
Bila nak stop statement bodoh tak lawak macam ni siap jadi news

Lihat semua komen(9)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 09:43 AM GMT+8 , Processed in 0.286393 second(s), 38 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top