CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Fazley Yaakob Tolak Banyak Job Berlakon, Teringin Buat Lagu Baharu

17-3-2021 08:57 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 4917| Komen: 41

Description: Selepas aktif menyanyi dan berlakon, kini nama Datuk Fazley Yaakob, 43, cukup menjadi perhatian dalam bidang kulinari. Malah, beliau turut memiliki beberapa restoran.
Selepas aktif menyanyi dan berlakon, kini nama Datuk Fazley Yaakob, 43, cukup menjadi perhatian dalam bidang kulinari. Malah, beliau turut memiliki beberapa restoran.

Kecintaan mendalam pada sajian makanan tradisional, air tangan bapa empat anak ini sememangnya menepati cita rasa pelanggan yang menikmati menu masakannya.



Justeru, sempena Ramadan ini untuk orang ramai yang tercari-cari lokasi berbuka puasa dengan hidangan 'ala kampung', bolehlah berkunjung ke Hotel Four Seasons Kuala Lumpur.

Fazley berkata, pelbagai menu enak tradisional disediakannya untuk memberi peluang pengunjung mengimbas semula kenangan berbuka puasa dengan ibu bapa dan keluarga di kampung.


Foto: IG

"Saya memperkenalkan lagi Sajian Merentasi Zaman yang mana bermacam-macam hidangan tradisional dari semua negeri dalam Malaysia ada disediakan untuk dinikmati pengunjung.

"Ia lebih kepada mengingati kenangan zaman kanak-kanak bagi pelanggan seusia saya terhadap kampung halaman. Untuk saya, hingga kini masih merinduinya dan tidak mampu dilupakan.

"Sebagai lelaki yang pernah membesar di kampung, saya pernah bermain dengan pacat serta lintah, berlari-lari di sawah, tangkap ikan di parit, mencari kayu api dan sebagainya.

"Kenangan zaman kecil itu sampai sekarang masih saya ingat dan percaya pasti ramai mereka yang seusia saya ada memori indah kanak-kanak masing-masing. Ditambah, sajian enak 'ala kampung' juga amat menyelerakan," katanya.



Menurut Fazley, walaupun perubahan zaman kini bergerak maju dan usia juga kian meningkat, namun memori ketika kanak-kanak akan terus kekal sampai bila-bila.

Katanya, sekalipun masa tidak boleh diundur semula, namun mengingati kenangan itu sudah memadai.

Berbicara mengenai kerjaya seninya, Fazley berkata, ia masih tidak dilupakan dan dia tetap ada perancangan untuk menghasilkan dan muncul dengan lagu baharu untuk peminat.

"Saya sebenarnya ada merancang untuk merakamkan single baru tetapi kini jadual kerja agak padat dan saya perlu masa untuk mengaturkannya semua. Insya-Allah, jika tiada aral saya akan laksanakan impian itu.

"Selain itu, saya juga akan terbabit dengan penggambaran beberapa program masakan untuk stesen TV. Buat masa ini, satu program sudah siap dan berbaki empat lagi untuk penggambarannya dilakukan," katanya.



Fazley berkata, dia juga ada menerima tawaran berlakon drama, namun terpaksa ditolak.

Katanya, dia tidak mampu memberikan komitmen dan enggan menyusahkan pihak produksi nanti.

"Apabila ada tawaran berlakon, berminatlah juga. Tapi, sedar saya tidak dapat memberikan komitmen sebaiknya yang dituntut, maka lebih baik lepaskan. Saya pun takkan membebankan orang lain di lokasi.

"Jika masih ada rezeki berlakon akan datang dan kena pada masa, mungkin saya terima. Tapi, sekarang memang tak dapat kerana terlalu banyak kerja yang perlu saya uruskan dahulu," katanya. -CARI

Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Straya 17-3-2021 09:22 AM
Apasal la aku gatal gi tik tok video dia eww
Quote dudaberhias 17-3-2021 09:24 AM
kak @MontanaHannah kata dia dan adik dia try soo hard sangat nak nampak hensem. tukar warna rambut sana sini, pesen sana sini. tapi tetap la hauk...

elok la tolak tawaran berlakon. sape yang selera nak tengok dia berlakon?
Quote Trumpettt 17-3-2021 09:26 AM
Tak sesuai sungguh rambut tu...
Quote Normabaru 17-3-2021 09:39 AM
Charlie Chaplin msia
Quote MsKathryn 17-3-2021 11:11 AM
Edited by MsKathryn at 17-3-2021 03:28 PM

Gambar pakai baju belang tu mnpk mcm bangla
Quote MadameOnion 17-3-2021 11:17 AM
kalau ko berlakon pun aku tak hingin nak tengok...muka tak hensem..hark tuihhh
Quote tagas 17-3-2021 11:39 AM
Adik beradik perasan jadik rebutan para wanita

abangla tip kedai mamak laki ensem dr korang

hokeyyy
Quote ezacbee 17-3-2021 11:42 AM
Dah tua2 pun gedik
Quote mrsbale 17-3-2021 11:45 AM

Tah2 di offer offer ayam je

Quote anony-mous 17-3-2021 11:47 AM
dudaberhias replied at 17-3-2021 09:24 AM
kak @MontanaHannah kata dia dan adik dia try soo hard sangat nak nampak hensem. tukar warna rambut s ...

Itu pon entah betul ke x dpt tawaran. Cm propa jah. Seolah2 hint nak ksi tau producer heols open for job berlakon. Suara/rupa / bakat x suit as pelakon. Pelakon2 baru hanak hekan lg yummy n boleh pegi jauh, buat apa nk sunting heols yg kertu n xde rupa?
Quote anony-mous 17-3-2021 11:49 AM
Straya replied at 17-3-2021 09:22 AM
Apasal la aku gatal gi tik tok video dia eww

Uwahhh!!! I pon menyesal sgt2. Ingatkan x horror. I ingatkan dia menyayi rupanya lg hauk dri menyanyi!!!!
Quote AshkieLa 17-3-2021 02:14 PM
muka bajet kacak betul..
dah tua tu bawak2 sedor diri..
takyah buat style2 rambut seluk2 tepi pastu tinggal yang tebal sejambul kat atas..
misai takyah cakap la... ingat dah habis hot daddy idaman malaya leteww...
muntahhhhhhhh....

patut laa bekap si sumbang.. sama2 spesis tak sedor diri...
Quote tikusmakmal10 17-3-2021 02:15 PM
bakalan ke lembah sendu
Quote fido_dido 17-3-2021 02:20 PM
fokus jela kedai tu.. tolong takpayah berlakon menyanyi dan yg sewaktu dengannya
Quote taji2906 17-3-2021 02:35 PM
hahah... try hard nk jd hensem tu memang betul la. kelakar plak tgk.
tp dpt job sebulan la kan kat four season. asyukkk tu.
Quote ayukpingu 17-3-2021 02:36 PM
euwwww...misai kontot
Quote Boomibulat 17-3-2021 02:39 PM
Abang Asmara..
Quote Nenasketum 17-3-2021 02:51 PM
Dia nyanyi sumbang mambang kan?
Aku sorang je ke yang rasa depa dua ni dah macam naik sewel?
Quote red_velvet 17-3-2021 02:55 PM
Kenapa dlm tiktok tu dagu die macam terlebih panjang dagu dia.. ewww tolongla bersara dari dunia retis ni, suara menyanyi dah lah penyek, berlakon pun kayu kayan, glemer dulu sbb gosip ngan ct je... Misai tu tolong buang, geliiiiiii

Lihat semua komen(41)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 06:03 AM GMT+8 , Processed in 0.049419 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top