CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

"Sabar Dulu" - Serina Nak Kahwin Sebelum Raya, Tapi Cef Wan Masih Trauma!

16-3-2021 02:54 PM| Diterbitkan: Lilrose| Dilihat: 28887| Komen: 207|Original author: Oleh: LilRose

Description: Menerusi perkongsian terbaru di Instagramnya, cef selebriti Chef Wan mendedahkan dirinya masih trauma dengan insiden perkahwinan menimpa anaknya.
Menerusi perkongsian terbaru di Instagramnya, cef selebriti Chef Wan mendedahkan dirinya masih trauma dengan insiden perkahwinan menimpa anaknya.


Kredit foto:



Datuk Redzuawan Ismail membuat luahan itu selepas Serina meminta izin untuk menamatkan zaman solonya.

Dedah Cef Wan, Serina memberitahu bahawa dia sudah bertemu 'Mr Right' dan mahu berkahwin sebelum raya tahun ini.



"Nak kahwin dengan keluarga berprofil tinggi ni bukan kaya pun tapi famous, semua benda orang nak tahu.

"Saya dah tahu dari hari pertama bekas menantu memang bangs*t sebab nak lepaskan Serina malam nikah.

"Saya sedih sebab tahu jodoh dia (Serina) tak panjang. (Tapi) dia nak sangat!" luahnya di Instagram.

Bagaimanapun, selepas bertemu calon menantunya itu, Cef Wan dapat rasakan dia merupakan seorang lelaki baik.



Namun, dia tetap menasihatkan mereka supaya tidak terburu-buru membuat keputusan memandangkan kedua-dua mereka pernah gagal dalam alam perkahwinan sebelum ini.

"Sabar dulu kalau nak kahwin pun, ambil masa untuk mengenali antara satu sama lain. Zaman kini anak muda kahwin macam orang putih, tak suka cerai macam tukar pakaian isteri tu," ujarnya.

Kata Cef Wan, ibu bapa yang akan menanggung segala drama dan malu. Sebab itulah dia sangat tidak bersetuju sekiranya Serina ingin berkahwin sebelum raya.



Ambil masa kenal hati budi masing-masing, jangan sampai pisang berbuah dua kali. - CARI
3

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak
2

Bosan

Friends Rank (5 people)


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote manehnya 16-3-2021 03:21 PM
Bila chef wan berbicara...
Quote biskut_milo 16-3-2021 03:33 PM
Betul la cakap chef tu. I agree
Quote innocent_me 16-3-2021 03:36 PM
Betul apa yg CW cakap tu tapi perlukah kau buh gambar seksi anak kau tu CW ?
Banyak lagi kut yg cantik2..kan serina dah bertudung tu.
Quote cap_ayam 16-3-2021 03:43 PM
Berat hati nampaknya Chef Wan nak bagi Serina nikah lagi.
Quote haryatie 16-3-2021 03:48 PM
fuhhhhh pjg btul celoteh nya
betul la tu, jd parents ni bukan senang
semua nak risau pasal anak2
dr lahir sampai le da kawin pun
letihhhhhhhhh
Quote yunayuni 16-3-2021 03:52 PM
Ada ke formula yg tepat supaya kawin berkekalan hingga hujung nyawa.
Quote cariplease 16-3-2021 03:54 PM
Hmmm banyak cw share tentang hidup dia. Ambil iktibar dan teladan
Quote makcun14 16-3-2021 03:55 PM
Sejak kehilangan arwah hani mohsin memang tak tentu arah hidup serena.
Kesian kat sheols.
Motipp teringat arwah hani? Hahaha..
nampak sangat iols kertu yach
Quote Xaveria 16-3-2021 04:03 PM
Betul dah tu cep wan cakap.. dia yg kena hadap so dia tau la camne.. penah nampak ex menantu kat genting masa tu ada footballer dr liverpool dtg
Quote Nenasketum 16-3-2021 04:08 PM
Aku plak teringat Chef mengamuk sakan bila ex-menantu tak bagi anak2 tido dengan atuknya. Jeng jeng jeng. Ko jer lah yang betul kan. Aniways Serina macam transsexual pulak dalam cover mag itteww.
Quote idril 16-3-2021 04:08 PM
makcun14 replied at 16-3-2021 03:55 PM
Sejak kehilangan arwah hani mohsin memang tak tentu arah hidup serena.
Kesian kat sheols.
Motipp  ...

significant sgt ke arwah hani mohsin dlm idup serena? bukan dorang kawin pun
Quote Nana_Man 16-3-2021 04:10 PM
Anak dua kn dah tutup aurat.. asal nk tunjuk yg dedah2 ni? Pelik lah org tua ni.
Quote Buritan 16-3-2021 04:10 PM
yunayuni replied at 16-3-2021 03:52 PM
Ada ke formula yg tepat supaya kawin berkekalan hingga hujung nyawa.

Takde... semua tuu rezeki dr Allah.. ujian masing masing.. kalo nak kataaa ooo patutlaa kena cerai.. jahat mulut la matrerial bla bla.. aku pun jahat mulut.. tp alhmdlh  somi ok je.. sebenonya semua tuu rezeki dr Allah..
Quote Suchi 16-3-2021 04:11 PM
yunayuni replied at 16-3-2021 03:52 PM
Ada ke formula yg tepat supaya kawin berkekalan hingga hujung nyawa.

Takda sbb perkahwinan ibarat perjudian, kalau skrg kita tgh bahagia pun kita takleh nak agak adakah ia akan berkekalan sampai  maut memisahkan..
Nak bahagia tak susah tapi nak kekalkan kebahagiaan tu susah, esok lusa bila diuji taktau sapa antara kita akan bertahan dan tetap setia.
Sedangkan pantai pun berubah apa lagi hati manusia yg sentiasa berbolak balik ni.
Doa jelaah baik2, takda sapa pun nak kawen cerai byk kali semua kalau boleh nak sehidup semati bersama pasangan masing2.
Quote sharlenetexas 16-3-2021 04:14 PM
Bf serina abam polis @tumpanglalu74
Quote tumpanglalu74 16-3-2021 04:18 PM
sharlenetexas replied at 16-3-2021 04:14 PM
Bf serina abam polis @tumpanglalu74

Napettew..
Quote irsa 16-3-2021 04:19 PM
Kadang2 sebagai anak kita memang ada masanya x bersependapat dgn org tua. Tetapi... Apa2 pun yg kita nak buat mmg restu org tua tu penting. Baru rasa aman tenteram aje kalau hati makpak kita jaga elok2
Quote tumpanglalu74 16-3-2021 04:21 PM
Bam @dudaberhias bila topik dia naik dia menikus kat sini..
Quote sharlenetexas 16-3-2021 04:22 PM
tumpanglalu74 replied at 16-3-2021 04:18 PM
Napettew..

Saja nak bagitau

Lihat semua komen(207)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 03:05 PM GMT+8 , Processed in 0.065278 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top