CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

Penat Masak, Siapa Tak Makan Hati Mentua Buang Lauk Belakang Rumah?

16-3-2021 02:34 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 20089| Komen: 120

Description: Memang tidak dapat dinafikan, setiap pasangan baru berkahwin pasti mahu hidup berdikari tanpa campur tangan mana-mana pihak.
Memang tidak dapat dinafikan, setiap pasangan baru berkahwin pasti mahu hidup berdikari tanpa campur tangan mana-mana pihak. 

Tetapi, ada juga pasangan terpaksa tinggal sebumbung dengan keluarga mentua atas beberapa faktor tidak dapat dielakkan.


Terbaru, seorang wanita meluahkan rasa sedih dan terkilan kerana lauk dimasaknya dipercayai dibuang mentuanya.


Kredit foto: TikTok/IG

Menerusi video pendek dikongsikan @Deknana222 di TikTok, wanita ini sedang mengalirkan air mata kerana ‘makan hati’ dengan tindakan mentuanya. 

Menurutnya, setelah memasak hidangan untuk seisi keluarga, dia mengambil wuduk untuk mendirikan solat.

Namun, seusai keluar dari tandas dia melihat periuk berisi sayur yang dimasaknya pada waktu pagi berada di dalam sinki. 

Rupa-rupanya, kesemua sayur itu telah dibuang mentuanya di belakang rumah sedangkan baki sayur masih banyak.


Lebih meruntun jiwa apabila mentuanya kemudian meminta anak perempuannya yang baru pulang dari kerja untuk memasak hidangan lain. 

Tambah wanita ini lagi, andai kata mentuanya tidak mahu menjamah sayuran yang dimasaknya itu, alangkah baiknya jika ia dibiarkan sahaja sekurang-kurangnya dia boleh makan supaya tidak membazir.



Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen memberi kata-kata semangat kepada wanita ini supaya bersabar dalam menempuhi ujian tersebut. Malah, tidak kurang jugayang berharap agar keluarga mentuanya itu diberikan hidayah supaya berubah dan lebih menghargai wanita ini.


Sumber: OhBulan

Bagus
1

Marah

Terkejut
1

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (2 people)

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote cariplease 16-3-2021 02:38 PM
Sedih kalau betul. Kalau tak betul, memang trend sekarang menangis di tiktok ya
Quote KIM.K 16-3-2021 02:42 PM
OCD sama perangai mak aku. Pagi kita cat dinding cantik2 petang dia simbah cat lain
Tu dulu la..kalau sekarang mak aku buat gitu..on the spot dia kena cat macam aku buat
Quote Mulotkoyak 16-3-2021 02:43 PM
Ape susah... Pegi laaa improve diri utk belajar memasak bg sedap. Xpayah nk menangis dpn tiktok. Aduyaiii zaman skg...  Benda kecik je...
Quote mdhelmi 16-3-2021 02:55 PM
ibarat mcm hantar report kat bos tp kene koyak
Quote bluebellvine 16-3-2021 03:21 PM
tak sedap kot, tu yang mentua campak keluar. biasaler orang tua ni kadang2 cerewet bab makanan ni.
Quote EvieWanKenobi 16-3-2021 03:25 PM
kena dengar cerita dua pihak..
Quote yunayuni 16-3-2021 03:27 PM
Bab makan2 mmg sensitive sikit..ada org tua mmg cerewet..tabahla hati.
Quote Kurex 16-3-2021 03:29 PM
Dua sumber yg tak boleh percaya, twitter & tiktoktok
Quote manehnya 16-3-2021 03:36 PM
Bleh haplod kt tiktok lg budak zaman skrg kan...

Acik dulu nagis jah simpan dlm hati
Quote opie5662 16-3-2021 03:42 PM
Rip mak mertua in future.... Menantu2 skrg ngadu kay tiktok sambil nangos2... Awassss yachhhhh
Quote Belibis 16-3-2021 03:52 PM
Mungkin makmertua nampak lalat dalam sayur.kalau berita tiktok ni benar lahhh.rasanya auta jer ..
Quote inaw1805 16-3-2021 03:53 PM
Tolong buat ceramah yg tajuk :

HARAM MAK BAPA MENTUA CAMPURTANGAN URUSAN ANAK MENANTU.

Sebab aku pun rasa terdesak nak keluar dr rumah mentua dan hidup dekat rumah sendiri. Seriously. Tolong lahhhh

Quote lattehazelnut 16-3-2021 03:54 PM
Awat byk tiktok indo jd berita sini?{:yameteh
Quote fifie_olin 16-3-2021 04:00 PM
bgs la ..
dok aibkan mak mentua sendri...skali dgn laki ko kena tempias
hrp muka je syantekkk
Quote hasniey 16-3-2021 04:00 PM
Mcm arwah mak ai...dulu2 kalau balik kg sebelah abah mak msk byk2 sbb org ramai.
Tp org xnak mkn pon.esok confirm kene buang.yg mkn kami anak beranak je.
Bila xmasak asik ungkit je bila kami adik beradik nk makan.tu mknn org bwk katanya.
Kalau menantu kesayangan dia yg msk dipuji2 walaupon cuma masak sepiring.
Igt lg musim durian,atok nk bg kteorg makan.tp nenek xbg.dia ckp dia simpan utk menantu+cucu2 kesayangan dia.pdhal abah tu bukan anak jgk ke?mak bukan menantu?kami2 ni cucu jgk?
Pdhal mak cerita abah brenti sekolah sbb nk keje utk bg duit sekolah adik2.adik2 dh bsr brjaya kaya raya xprnah pon tolong abah.nenek xsuka sbb kami xkaya.
Bila igt mmg benci sgt2.mmg paling benci nak balik kg sana smpai skrg.orgnya pon dh xde.tp sakit hati tu brpuluh tahun masih rasa.ai xprnah rasa bangga ada sedara yg berjaya mcm diorg.ai cuma balik 2-3 tahun sekali.tu pon kalau abah ajak.nak balik sendiri?xhingin!!!
Quote saviour_09 16-3-2021 04:07 PM
trending mengadu melalak meraung di tiktok & twiddeerrrrr
Quote Nana_Man 16-3-2021 04:08 PM
Arwah MIL aku pun taknk mkn masakan aku. Dia taknk sudah.. lgpun tu kt ruma aku. Dia tk mkn, aku ngan anak dia leh abiskn.
Quote skinsandstars 16-3-2021 04:11 PM
Tahi ah hang. Dari elok mak mertua suka sikit, terus mak mertua anti hang sebab buat drama kat tiktok. Belum lagi ipar duai, mak sedara, nenek sedara dll
Quote gideoncross 16-3-2021 04:36 PM
Mulotkoyak replied at 16-3-2021 02:43 PM
Ape susah... Pegi laaa improve diri utk belajar memasak bg sedap. Xpayah nk menangis dpn tiktok. Adu ...


Mil boleh je bukak mulut utk bgi komen, xyah kasar sngt.

Lihat semua komen(120)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 04:43 AM GMT+8 , Processed in 0.065547 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top