CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Budak 7 Tahun Jadi Pemuas Nafsu Suami Pengasuh

17-3-2021 08:47 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 3753| Komen: 24

Description: Gombak: Kanak-kanak perempuan trauma selepas mendakwa menjadi mangsa pemuas nafsu suami kepada pengasuhnya di Kepong, di sini.
Gombak: Kanak-kanak perempuan trauma selepas mendakwa menjadi mangsa pemuas nafsu suami kepada pengasuhnya di Kepong, di sini.

Difahamkan kejadian berlaku pada Januari lalu, namun terbongkar baru-baru ini selepas mangsa yang berusia tujuh tahun menceritakan insiden berkenaan kepada ibunya.


Susulan itu, ibu mangsa berusia 30 tahun membuat laporan di Balai Polis Desa Jaya, Sabtu lalu untuk tindakan lanjut.


Gambar Hiasan

Ketua Penolong Pengarah Bahagian Siasatan Jenayah Seksual, Wanita dan Kanak-Kanak (D11), Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Asisten Komisioner Siti Kamsiah Hassan mengesahkan menerima laporan kejadian itu.

Katanya, kertas siasatan sudah dibuka namun, pihaknya belum dapat merekodkan keterangan mangsa berikutan dia dalam kuarantin disebabkan menjadi kontak rapat pesakit Covid-19.


"Keterangan mangsa akan diambil sebaik selesai menjalani kuarantin. Buat masa ini siasatan lanjut dijalankan mengikut Seksyen Amang Seksual Fizikal Seksyen 14(a) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-kanak 2017," katanya kepada Harian Metro.

Menurutnya, siasatan juga dibuat mengikut Seksyen 377CA Kanun Keseksaan kerana melakukan seks luar tabii yang menggunakan apa-apa objek. -CARI

Sumber: Harian Metro

Bagus
5

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (5 people)

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote dua_chzy 17-3-2021 08:52 AM
Bodoh. Patutnya benda ni yang kita risaukan dan giat kempen against it. Bukannya dok sebok fikior Sajat pompuan tulen ke idok sampai dituntut diperiksa jantina segala (walau heshe sundri pun salah karna kuat mencapub).
Quote dua_chzy 17-3-2021 08:53 AM
Akak sedih betul la why grown men prey on kids. Why why why. Kenapa manusia jadik makhluk @ ciptaan yang gagal?
Quote umbut 17-3-2021 08:55 AM
Patut kena byk buat taska area tempat kerja or sekolah... dok umah org lagi bahaya... lagi3 yg pengasuh ada jate or anak laki2... dah byk kes pun govn x buat apa2.. tolonglahhhh
Quote Ciktiekus 17-3-2021 09:13 AM
Tolong la gubal undang2 bagi hukum bunuh je kat mereka2 yg pedo ni..kompom2 xde kes dah..
Quote Trumpettt 17-3-2021 09:14 AM
Tolong gantung dorang ni...
Quote ninja boy 17-3-2021 09:20 AM
Apalagi tubuh kelab gangster bini garang akan pukul suami jahat.
Quote makiting 17-3-2021 09:24 AM
Allahu.. kesian nya anak2 kecik ni.. lelaki tu xpuas dgn bini ke? Bkn main ramai bohsia2 kat luar.. budak kecik yg naif jugak nak ditutuh nya..
Quote Lemonademint6 17-3-2021 09:26 AM
Jantan X gunaaa!!!!!
Quote borrow 17-3-2021 09:34 AM
Pnh bc luahan hati mak.Sedih kenang masa dpn anak yg dirasakan kelam. Anak sheols dirape anak pengasuh. Time tu umur 6 tahun. After dat hidup mmg struggle. Jd pendiam , tanak bergaul dgn org. Acaner budak sekecil ni nak handle trauma & kejar cita2 dlm masa yg sama.
Quote romeor 17-3-2021 09:51 AM
Bodoh betul... geramnya la.
Quote haryatie 17-3-2021 10:00 AM
celaka betul jntn keparat tu
Quote emera 17-3-2021 10:11 AM
Setan!! Baya anak aku!!! Semoga anu kau tidak berfungsi dan kau terseksa ketika mahu kencing sampai kau mampus!!!

Excuse my language
Quote jalfa 17-3-2021 10:13 AM
Better hantar taska dr hantar pengasuh persendirian ni..kalo nak htr jugak pastikan pengasuh x dak tok laki atau anak anak jate besar...takutnya duniya skrg..aku yg punya anak anak jantan pon seremmm..selalu pesan jgn rapat rapat sgt dgn cikgu lelaki,ustaz ustaz kat skul..selalu pesan kalo kawan kawan molest ke apa tampar je muka diaorg...
Quote Nenolen 17-3-2021 10:15 AM
dua_chzy replied at 17-3-2021 08:53 AM
Akak sedih betul la why grown men prey on kids. Why why why. Kenapa manusia jadik makhluk @ ciptaan  ...

Itu sebb lah dik chazey tggjwb kita sebg parent sgt berat...selagi tak mati selagi tu lah kena pastikan anak2 kita jadi jantan berguna...moga dik chazey dan semua kaka2 porumner diberikan anak2 jantan yg baik, berakal dan soleh....
Quote SPACE COP GABAN 17-3-2021 10:22 AM
Risiko htr rumah pengasuh lg tinggi drpd taska atau nursery skrg ni. Hati2 la wahai parent. Kalau pilih taska pulak cari la yg berdaftar dan buat survey dulu. Duit yuran boleh diusahakan tp kesan masa depan anak2 tiada taruhan. Sedih baca benda2 mcm ni saban hr.
Quote cmf_almondpecan 17-3-2021 10:25 AM
Ciktiekus replied at 17-3-2021 09:13 AM
Tolong la gubal undang2 bagi hukum bunuh je kat mereka2 yg pedo ni..kompom2 xde kes dah..

Takleh nak ckp jugak. Edar dadah pun sekian lama dok hukum gantung. Tetap jugak ada pengedar
Quote Atiesha 17-3-2021 10:27 AM
Setan...bangsat.......
Quote dewi_rina 17-3-2021 10:30 AM
Tula ada parents yg sanggup tak hantar anak2 ke pengasuh
Biar anak sendiri kat rumah lagi ok
Tapi ada jugak masalah bila tinggal anak kat rumah, anak jatuh flat pulak
Quote meow_tompok 17-3-2021 10:34 AM
tu la ada yg sanggup berhenti kerja asuh sendiri anak kat rumah, lepas tu kena hina sbb x kerja. Ingat kat rumah tak bole buat duit

Lihat semua komen(24)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

24-4-2024 01:32 AM GMT+8 , Processed in 0.219146 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top