CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT
Search
Carian Terbanyak:
CARI Infonet Portal Portal Utama Semasa Lihat artikel

Bapa Rampas Handphone Sebab Kerap Main Video Game- Remaja Tertekan Cuba Terjun Jejambat

17-3-2021 08:30 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 8627| Komen: 82

Description: Bentong: Seorang remaja perempuan cuba terjun dari jambatan di KM 46 Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak dekat susur Berjaya Hills Bukit Tinggi, hari ini kerana mendakwa tertekan ditegur bapa.
Bentong: Seorang remaja perempuan cuba terjun dari jambatan di KM 46 Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak dekat susur Berjaya Hills Bukit Tinggi, hari ini kerana mendakwa tertekan ditegur bapa.


Remaja berusia 16 tahun itu berjaya diselamatkan polis dan pasukan bomba dan penyelamat sebelum dihantar ke hospital untuk rawatan lanjut.

Ketua Polis Daerah Bentong, Superintendan Zaiham Mohd Kahar berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada 2.12 petang dan sepasukan polis dari Balai Polis Bukit Tinggi dikejarkan ke lokasi.


Foto: via Harian Metro

Katanya, ketika pasukan tiba, remaja itu dilihat duduk di tebing jambatan dan anggota cuba memujuknya supaya bertenang.


"Bomba juga dihubungi untuk bantuan memasang jaring di bawah jambatan.

"Namun, ketika proses memujuk itu, Ketua Balai Polis Bukit Tinggi Sarjan Mejar Maznan Omar sempat berlari ke arah mangsa dan menariknya dari belakang.

"Beliau dibantu anggota lain dan remaja berkenaan berjaya diselamatkan," katanya dalam kenyataan media, hari ini.

Zaiham berkata, mangsa didakwa tertekan selepas ditegur kerana sering bermain permainan video di telefon bimbit dan bapanya turut merampas telefon itu.

Katanya, mangsa juga dimaklumkan mengalami kemurungan dan dalam rawatan.

"Kes disiasat mengikut Seksyen 309 Kanun Keseksaan," katanya. -CARI

Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut
1

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (1 people)

  • Sedih

    Anonymity

ADVERTISEMENT

Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote tumpanglalu74 16-3-2021 08:34 PM
"Abang janji abang delete.."
Quote Buritan 16-3-2021 09:15 PM
tumpanglalu74 replied at 16-3-2021 08:34 PM
"Abang janji abang delete.."

Duit habis kena scam negro
Quote tumpanglalu74 16-3-2021 09:18 PM
Buritan replied at 16-3-2021 09:15 PM
Duit habis kena scam negro

Betoi ka kes ni?
Quote Buritan 16-3-2021 09:20 PM
tumpanglalu74 replied at 16-3-2021 09:18 PM
Betoi ka kes ni?

Khayalan ku jahh
Quote R2D2 16-3-2021 09:23 PM
Quote sukacactus 16-3-2021 10:08 PM
Ishhh! Kalau la jatuh ats kenderaan kat bwh tu, boleh accident la plak
Quote budaktua 16-3-2021 10:10 PM
nmpk mcm budak2 lg...
Quote izwan_izi 16-3-2021 10:10 PM
skang ni dh start musim bunuh diri ke..?
Quote tumpanglalu74 16-3-2021 10:53 PM
sukacactus replied at 16-3-2021 10:08 PM
Ishhh! Kalau la jatuh ats kenderaan kat bwh tu, boleh accident la plak

Ade tokoh jadi pontianak ni..
Quote sukacactus 16-3-2021 10:56 PM
tumpanglalu74 replied at 16-3-2021 10:53 PM
Ade tokoh jadi pontianak ni..

Xkesampaian...baru bercadang2 dah kena cekup
Quote EJALTI 16-3-2021 11:14 PM
Cuba terjun sebab tertekan dilarang main 'game'

https://www.hmetro.com.my/mutakh ... g-main-game-metrotv

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 16 Mac 2021 @ 8:48 PM

Ekhwan Haque Fazlul Haque
ekhwan@hmetro.com.my
[youtube]66ZHoe5Dih4[/youtube]

Bentong: Seorang remaja perempuan cuba terjun dari jambatan di KM 46 Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak dekat susur Berjaya Hills Bukit Tinggi, hari ini kerana mendakwa tertekan ditegur bapa.

Remaja berusia 16 tahun itu berjaya diselamatkan polis dan pasukan bomba dan penyelamat sebelum dihantar ke hospital untuk rawatan lanjut.

Ketua Polis Daerah Bentong, Superintendan Zaiham Mohd Kahar berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada 2.12 petang dan sepasukan polis dari Balai Polis Bukit Tinggi dikejarkan ke lokasi.

Katanya, ketika pasukan tiba, remaja itu dilihat duduk di tebing jambatan dan anggota cuba memujuknya supaya bertenang.


PASUKAN penyelamat bersedia di bawah jambatan dengan jaring bagi menyambut remaja itu sekiranya dia terjun. FOTO Ihsan Pembaca.

"Bomba juga dihubungi untuk bantuan memasang jaring di bawah jambatan.

"Namun, ketika proses memujuk itu, Ketua Balai Polis Bukit Tinggi Sarjan Mejar Maznan Omar sempat berlari ke arah mangsa dan menariknya dari belakang.

"Beliau dibantu anggota lain dan remaja berkenaan berjaya diselamatkan," katanya dalam kenyataan media, hari ini.

Zaiham berkata, mangsa didakwa tertekan selepas ditegur kerana sering bermain permainan video di telefon bimbit dan bapanya turut merampas telefon itu.

Katanya, mangsa juga dimaklumkan mengalami kemurungan dan dalam rawatan.

"Kes disiasat mengikut Seksyen 309 Kanun Keseksaan," katanya.

Quote tumpanglalu74 16-3-2021 11:22 PM
Edited by tumpanglalu74 at 17-3-2021 11:28 AM
EJALTI replied at 16-3-2021 11:14 PM
Cuba terjun sebab tertekan dilarang main 'game'

https://www.hmetro.com.my/mutakh ... g-main-game- ...
Kah3..  Jauh meleset sangkaan kita.

Anyway, diulang sekali lagi:

"Namun, ketika proses memujuk itu, Ketua Balai Polis Bukit Tinggi Sarjan Mejar Maznan Omar sempat berlari ke arah mangsa dan menariknya dari belakang.
Quote FOTHER-MUCKER 17-3-2021 01:25 AM
Edited by FOTHER-MUCKER at 16-3-2021 09:26 AM

Kerap ditegur main permainan video punca remaja cuba terjun jejambatBernama -

March 16, 2021 11:40 PM



Ketua Polis Daerah Bentong, Zaiham Mohd Kahar berkata remaja berusia 16 tahun yang sedang menjalani rawatan bagi kemurungan itu juga difahamkan tidak berpuas hati dengan tindakan bapanya merampas telefon bimbit miliknya. (Gambar Facebook)



KUANTAN: Sering ditegur kerana kerap bermain permainan video di telefon bimbit dikatakan menjadi punca seorang remaja perempuan cuba terjun dari jejambat di kilometer (KM) 46 Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak berhampiran Bukit Tinggi, Bentong, kira-kira 215km.

Ketua Polis Daerah Bentong, Zaiham Mohd Kahar berkata remaja berusia 16 tahun yang sedang menjalani rawatan bagi kemurungan itu juga difahamkan tidak berpuas hati dengan tindakan bapanya merampas telefon bimbit miliknya.

Menurut Zaiham, polis menerima panggilan daripada orang awam yang melihat remaja itu meniti jejambat tersebut sekitar jam 2.15 petang dan pasukan polis yang dikejarkan ke situ melihat dia berada dalam keadaan tidak stabil.

“Polis cuba memujuk remaja itu untuk turun namun tidak dihiraukan, dan sebaik sahaja berpeluang, Ketua Balai Balai Bukit Tinggi, Maznan Omar menarik remaja tersebut dari belakang sebelum anggota lain membantu memegang mangsa bagi menyelamatkannya,” katanya dalam kenyataan.





Quote pearl.silver 17-3-2021 01:41 AM
Org apa ni?
Melayu ke cina?
Quote Lemonademint6 17-3-2021 02:32 AM
Hailahh remaja
Quote cap_ayam 17-3-2021 03:19 AM
kesian parents.. semoga mendapat rawatan yang sepatutnya buat anak ni..
Quote dudaberhias 17-3-2021 03:56 AM
Elok terjun jah terus, sebelum melarat perangainya, ujung2 kena tanggung sampai ke tua.
Quote Perawankota 17-3-2021 05:12 AM
Kesian pon yer, geram pon ue
Quote 234126 17-3-2021 07:04 AM
Byk sangat sekarang claim sedang dilanda kemurungan untuk justify perangai bukan-bukan.  Taktau dah yang mana betul yang mana acah-acah.

Kesian untuk org yang betul murung kalau kena label mengada-ngada sebab puak yang acah-acah.

Lihat semua komen(82)

Kategori Berkaitan

ADVERTISEMENT


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT

ADVERTISEMENT

Mobile|Archiver|Mobile*default|CARI Infonet

11-8-2022 07:40 AM GMT+8 , Processed in 0.078538 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top