CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT
Search
Carian Terbanyak:
CARI Infonet Portal Portal Utama Semasa Lihat artikel

Sultan Selangor Dukacita Umat Islam Murtad, Keluar Kata-kata Jejas Akidah

16-3-2021 04:23 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 4994| Komen: 28

Description: Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah melahirkan rasa amat dukacita dengan sikap serta tingkah laku segelintir individu beragama Islam di negara ini khususnya di Selangor yang tidak berhati-h ...
Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah melahirkan rasa amat dukacita dengan sikap serta tingkah laku segelintir individu beragama Islam di negara ini khususnya di Selangor yang tidak berhati-hati dalam mengeluarkan kata-kata yang boleh menjejaskan akidah serta keislaman mereka.



Kredit foto: IG

Setiausaha Sulit Sultan Selangor, Datuk Mohamad Munir Bani menerusi kenyataan memaklumkan, baginda menegaskan apa-apa juga iktikad (pernyataan dalam hati) atau percakapan atau perbuatan oleh mana-mana orang Islam yang berhasrat untuk keluar dari agama Islam dikhuatiri boleh membawa kepada tergelincir akidah dan menyebabkan terkeluar seseorang itu daripada agama Islam.

"Asas kepada kepercayaan umat Islam adalah mengakui akan keesaan Allah SWT dengan mengucap kalimah syahadah dan seorang Islam perlulah sentiasa berpegang kepada keyakinan bahawa hanya Allah SWT yang berhak disembah dan nabi Muhammad SAW sebagai pesuruh Allah SWT.


"Seseorang yang berpegang dengan Islam sebagai agamanya adalah berpegang secara mutlak terhadap prinsip tauhid dan akidah sepanjang kehidupannya. Justeru, tindakan segelintir umat Islam khususnya di Selangor yang mengugut untuk keluar daripada agama Islam apabila berhadapan dengan sesuatu masalah hanya menunjukkan rapuhnya keyakinan mereka terhadap agama Islam dan Allah SWT," katanya menerusi satu kenyataan yang dimuatnaik di Facebook Selangor Royal Office, tadi.



Menurut kenyataan itu lagi, Sultan Selangor sangat berpegang kepada keyakinan bahawa Islam dan iman adalah satu anugerah dan nikmat dari Allah SWT. kepada umat Islam, maka ia hendaklah dijaga dengan baik dan penuh kesabaran dalam apa juga situasi termasuk dalam keadaan selesa (aman) atau kepayahan.

Jelas kenyataan itu, perbuatan murtad juga adalah kesalahan yang serius yang mana jika digambarkan di dalam bentuk hukuman mengikut hukum syarak bagi seseorang yang murtad atau keluar dari agama Islam dan yang sudah diberi peluang untuk bertaubat namun tidak mahu bertaubat adalah boleh dihukum mati menurut pendapat majoriti para ulamak termasuk mazhab imam Syafi'e.

"Justeru, baginda menasihatkan umat Islam agar sentiasa berpegang teguh kepada akidah Islam dan tidak mudah terpesong dari aqidah Islam sebenar," katanya.

Menurut kenyataan itu, tindakan pihak berkuasa agama seperti Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) yang menguatkuasa undang-undang adalah suatu tindakan dan proses biasa berlandaskan peruntukan undang-undang.


Sumber: Harian Metro
1

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih
1

Lawak
3

Bosan

Friends Rank (5 people)

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

ADVERTISEMENT

Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote lattehazelnut 16-3-2021 04:31 PM
Sila seru mn sajad hadap sini
Quote rajamoney 16-3-2021 04:33 PM
tak perlu berdukacita Tuanku

kalau setakat gay pondan pedo sekor tu murtad

tk luak mana ruginya kedaulatan Islam di negeri Selangor ni Tuanku

ampun Tuanku

sembah patik harap diampun
Quote jazaa100 16-3-2021 04:42 PM
Tuanku sejak kawin dgn Tengku Puan NoorAshikin, lebih concern hal rakyat......
Quote KIM.K 16-3-2021 04:47 PM
Tuanku sindir ada sorang raja tu ke
Quote trisnalovezul 16-3-2021 05:01 PM
dalam al-quran kata ga ada paksaan dalam berugama kan..jadi maksudnya sapa2 boleh bebas berugama yang mereka pilih..betul kan? atau tafsiran ayat itu salah mngikut fahamanku
Quote tumpanglalu74 16-3-2021 05:02 PM
Rahim anak tamby ape kabo?  
Quote Mulotkoyak 16-3-2021 05:44 PM
Kalau islam yg bertatu tuanku?  
Quote makcun14 16-3-2021 05:50 PM
Huk aloh.. kalao bersenggama bertahun lamanya di istana ngan wanita non muslim macam mana pulak eh.. musykil jugak
Quote ImamKampong 16-3-2021 05:54 PM
trisnalovezul replied at 16-3-2021 05:01 PM
dalam al-quran kata ga ada paksaan dalam berugama kan..jadi maksudnya sapa2 boleh bebas berugama yan ...

Salam.. tu permahaman yang salah... maksud tiada paksaan itu yakni orang-orang Islam tidak boleh memaksa orang-orang bukan Islam memeluk ugama Islam... kerna itu dalam mana-mana daulah atau Kerajaan Islam.. masih ada orang-orang bukan Islam ..

Tetapi setelah menjadi penganut ugama Islam... maka ikutlah ajaran yang sebenar yakni jangan melakukan mungkar tetapi lakukan kebaikan..
Quote darkness 16-3-2021 06:05 PM
trisnalovezul replied at 16-3-2021 05:01 PM
dalam al-quran kata ga ada paksaan dalam berugama kan..jadi maksudnya sapa2 boleh bebas berugama yan ...

Jangan terbawa-bawa dakyah dan perbuatan dan keredhaan dari negara kamu ke malaysia. Malaysia berpegang kepada yang mana islam tetap islam selagi mana dia masih mengakui Allah adalah Tuhannya. Bukan dengan sewenang-wenang canangkan itu ini tanpa medalami islam sebenar. Maksud surat itu jelas2 menyatakan yang mana non muslim, beribadahlah sbg non muslim dan tak perlu sebar2kan kepercayaannya kepada muslim lain. Bukan senang2 atas sb kamu berdasatkan otak akal sahaja. Muslim kalau sesat, perlu dibawa balik ke ajaran islam..bukan dibiarkan seperte mana pemahaman kamu
Quote sharlenetexas 16-3-2021 06:09 PM
trisnalovezul replied at 16-3-2021 05:01 PM
dalam al-quran kata ga ada paksaan dalam berugama kan..jadi maksudnya sapa2 boleh bebas berugama yan ...

Negara kami ada undang-undang.
Quote gekkou 16-3-2021 09:19 PM
kalau sultan dukacita atau murka, apa kesan kepada negara atau rakyat kah>
soalan serius
Quote Belibis 16-3-2021 11:35 PM
Ada kuasa sebagai ketua agama,buat apa nak kesal2 lagi.keluar titah ajer.semoga tuanku laksanakan amanah menjaga agama .
Quote dua_chzy 16-3-2021 11:41 PM
KIM.K replied at 16-3-2021 04:47 PM
Tuanku sindir ada sorang raja tu ke

Hahahahaha.
Quote dua_chzy 16-3-2021 11:42 PM
makcun14 replied at 16-3-2021 05:50 PM
Huk aloh.. kalao bersenggama bertahun lamanya di istana ngan wanita non muslim macam mana pulak eh.. ...

Asalkan semayang, cukup. Dosa tu antara tuanku dan Allah.
Quote LadyCarefree 17-3-2021 12:46 AM
makcun14: Huk aloh.. kalao bersenggama bertahun lamanya di istana ngan wanita non muslim macam mana pulak eh.. musykil jugak


Alamakkkkkk!!!
Quote Duriancreep 17-3-2021 02:55 AM
trisnalovezul: dalam al-quran kata ga ada paksaan dalam berugama kan..jadi maksudnya sapa2 boleh bebas berugama yang mereka pilih..betul kan? atau tafsiran ayat itu  ...

Asbab nuzul ayat itu perlu dikaji juga.  Ayat itu turun kerana kafir Quraisy negotiate dengan Rasulullah,  apa kata sehari sembah tuhan kamu. Sehari sembah berhala,  asalkan kita berdamai. Not in the context of the freedom of doing kufur without being entagled to the law of the religion.  
Quote ultra78 17-3-2021 07:40 AM
Ini related dengan video sajat tu kan?
Quote batmana 17-3-2021 07:48 AM
Pakcik Sajat tu org negeri mana?

Lihat semua komen(28)

Kategori Berkaitan

ADVERTISEMENT


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT

ADVERTISEMENT

Mobile|Archiver|Mobile*default|CARI Infonet

11-8-2022 07:07 AM GMT+8 , Processed in 0.071454 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top