CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Kilang Jijik, Buat Roti Guna Air Tandas

25-9-2020 11:34 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 13001| Komen: 89

Description: Sebuah kilang roti dikesan menggunakan sumber air tandas untuk menghasilkan makanan itu.
Sebuah kilang roti dikesan menggunakan sumber air tandas untuk menghasilkan makanan itu.

Kilang yang terletak di Jalan Kuchai Lama itu didapati basah dan kotor dengan sisa makanan selain dinding tempat menyediakan makanan berdaki hitam.


Foto: DBKL
Harian Metro melaporkan, keadaannya yang jijik itu menyebabkan  pihak Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) mengarahkan supaya premis tersebut ditutup.

DBKL dalam kenyataanya memaklumkan, tahap kebersihan premis itu tidak memuaskan dengan bahan mentah dan penyediaan makanan di atas lantai.

Foto: DBKL
"Peralatan serta kelengkapan pemprosesan makanan juga dalam keadaan kotor dan usang.

"Terdapat juga kesan najis tikus di kawasan stor peralatan dan bahan mentah di kilang terbabit, manakala 10 pengendali makanan termasuk enam warga asing mempunyai suntikan tifoid," katanya.

Foto: DBKL
DBKL turut menyita dan meroboh dua gerai perniagaan yang dikendalikan peniaga Indonesia di Jalan 1/23E Taman Setapak Indah dan Jalan Jernai 1.

"Operasi membabitkan 16 anggota itu bermula pada 11 pagi dengan menguatkuasakan tindakan mengikut UUK3(1) Undang-Undang Kecil Pelesenan Penjaja dan Gerai 2016.

"Tindakan ini akan diteruskan dari semasa ke semasa oleh DBKL.

"Orang ramai boleh menyalurkan aduan ke Pusat Panggilan Setempat DBKL di talian 1800883255 atau terus ke Pejabat Cawangan DBKL jika ada maklumat mengenai warga asing yang mengendalikan aktiviti perniagaan." -CARI

Bagus
4

Marah
2

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (6 people)

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote sarah82 25-9-2020 11:44 AM
Roti apa?? Huhuhu
Quote dizekni 25-9-2020 11:46 AM
Iman tak dapat diwarisi dan dijual beli

itu la pentingnya HALAL dalam erti kata sebenar

kerana halal mencakupi segala aspek berkait fitrah manusia
Quote rospinki 25-9-2020 11:52 AM
aku tak sampai hati guna air paip buat  jualan aku tu...guna air mesin.
Quote belacan_gurl 25-9-2020 12:02 PM
Adoii roti mana plak ni....aku dahla suka mkn roti
Quote wafeloren 25-9-2020 12:04 PM
Kilang apr ni. Tolong si sampai ke lubang cacing.
Quote rospinki 25-9-2020 12:10 PM
samalah..aku suka roti.  puas menahan diri dari buat roti.
Quote matchstick 25-9-2020 12:19 PM
Agaknya ni roti jenis yg biasa dijual oleh uncle India naik motor tu kot. Ataupun bakery yg pelanggannya penduduk kt situ je. Takkan kilang roti mcm gardenia, Massimo, fuji bakery etc.
Quote msdummy.2018 25-9-2020 12:25 PM
sepatutnya bgtau jer roti apa..snenag kita pun xbeli...takdernya diaorg nk trik smula produk yg dh keluar tuh
Quote Atata 25-9-2020 12:29 PM
Dayyum.... Sbb ni la aku gigih buat roti pakai bread maker tp ntah la knp roti tu x pernah sedap mcm roti beli.. ke sbb bread maker murahan
Quote coco 25-9-2020 12:31 PM
https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2020/09/734716/dbkl-arah-kilang-roti-guna-air-paip-tandas-ditutup
Quote hotmak 25-9-2020 12:38 PM
Atata replied at 25-9-2020 12:29 PM
Dayyum.... Sbb ni la aku gigih buat roti pakai bread maker tp ntah la knp roti tu x pernah sedap mcm ...

tak sedap kenapa u? klu ada fb boleh search kelab roti, kat situ ramai org share resepi roti best2, lg sedap & fluffy gebu dari roti beli, bukan salah bread maker tu, uli tangan pun klu betul teknik mesti sedap

patut informlah kilang roti apa ni, takde lah org lain terbeli lg nanti, mcm dulu yg ada org share kilang roti kat penang yg tak pernah cuci loyang roti tu, pengotor betul
Quote angelofish 25-9-2020 12:41 PM
msdummy.2018 replied at 25-9-2020 12:25 PM
sepatutnya bgtau jer roti apa..snenag kita pun xbeli...takdernya diaorg nk trik smula produk yg dh k ...

roti yang takde jenama la tu..
Quote rospinki 25-9-2020 12:43 PM
Atata replied at 25-9-2020 12:29 PM
Dayyum.... Sbb ni la aku gigih buat roti pakai bread maker tp ntah la knp roti tu x pernah sedap mcm ...

nk rasa seperti roti kedai lavender pyah sikitla..sipi sipi ok. tepung biasa atau high protein flour/ yeast/improver/softener/tepung susu/fresh milk/butter antara bahan utama.
teknik uli dan masa proofing juga penting. hasilnya lembut/gebu dan tahan lama.
Quote amerald 25-9-2020 12:58 PM
siapakah pemilik kilang roti ituuuuu
Quote Skuau 25-9-2020 01:00 PM
selalu jer x bgtau roti apa buat kat situ...buat apa ko habaq..kalo ore tak tau roti apa...xkan nak boikot semua roti sb x tau yg mana 1.Bengong betuiiii.
Quote mrsbale 25-9-2020 01:01 PM
Serupa xpyh hbq kalau xmau expose brand apa.. org beli lagutu jg
Quote msdummy.2018 25-9-2020 01:12 PM
angelofish replied at 25-9-2020 12:41 PM
roti yang takde jenama la tu..

dah tuh ko bgtau gitee jer kami nk boikot pun xblh..takkan ttup 2minggu, kena sita, byr denda, ingt diaorg insaf ker? xdernyaaa...buat lagi..boikot jer skali br masuk otak kan
Quote Atata 25-9-2020 01:19 PM
rospinki replied at 25-9-2020 12:43 PM
nk rasa seperti roti kedai lavender pyah sikitla..sipi sipi ok. tepung biasa atau high protein flo ...

Pakai bread maker kaka.. bahan tu semua dah sama tp kejadiannya, dia mcm dense. Hadoi entah la mcamana nak buat. Dah paksa bread maker tu uli sampai 40 minit, pun sama.
Quote zaraaqilah 25-9-2020 01:22 PM
Sure roti xde cap dagangan nih... Jijik betul tempat tu.. Eloklah DBKL pantau kerap kilang2 proses makanan nih...Kalau nengok keadaan tempat n peralatan mcm dah lama x kena ambush jer

Lihat semua komen(89)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 10:49 AM GMT+8 , Processed in 0.058431 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top